Monday, November 2, 2009

KAMU SUKA SENIORITI ?

pernah dengar hal senioriti? Sistem kasta yang ada dalam institusi yang ada junior dan senior. pasti sudah biasa dengar bukan? tambah pula jika kamu menghabiskan hidup-masa-belajar di institusi asrama atau yang sama waktu dengannya. pasti ada bukan? syukur aku tidak begitu mengenali senioriti dalam usia menengah di sekolah dahulu. betul, ada abang ada adik. tapi semangat senioriti melampau yang dikompang-kompang ini suatu lagu yang tidak sedap.

aku sendiri menolak perbezaan semangat senioriti yang melampau. seorang adik perlu menyapa abang jika berselisih, apa salah jika abang juga beri salam ketika adik lalu disebelah? tidak salah bukan? yang jadi hal disini, bila sesetengah orang yang hidupnya dibayangi semangat senioriti yang melampau, terbawa-bawa budaya sekolah hingga ke umur dewasa sekarang. pantang ada salah, hentak dengan akal buku lima.

mungkin timbul isu junior takut hendak bertegur sapa dengan senior. pada aku ini tidak menjadi masalah. itu cuma masalah komunikasi. kita belum pernah kenal orang, mana mungkin untuk terus rapat bukan? pada aku, umur atau batch/cohort adalah perbezaan nombor atau angka cuma. tidak perlu ada perbezaan. mungkin perlu ada nilai moral disitu. moral untuk menghormati, saling menghormati. juga respek, betul?

aku masih tidak janggal di bahasa aku kau, lu gua, abang adik dengan sesiapa yang lebih muda pun. tidak ada masalah. tidak ada jarak janggal disitu. cumanya kita perlu faham konsep hormat menghormati. yang besar tidak semestinya selalu betul dan yang kecil tidak semestinya selalu salah. semua sama.


"tiada beza, kau aku dan mereka, sama saja, kita semua manusia" LanggarXLari


*****



seorang senior dihantam beberapa junior

17 comments:

F. Hanim M. said...

ye dik..ai x mrh yu b'bahasa 'kau aku' dgn ai..

rilek la..

ai bkn makcik yu pun.

faqhrule said...

k.anim:
haha ai rilek je k.anim. ai follooww

bro.zabar said...

Bukannye seronok sgt idup dlm suasana bersenioriti ni..tapi kt perlu gak tgk pada keadaan semasa..bimbangla gak bile duk dalam satu kapal tapi masing2 buat hal masing2;dh xkenal sape nakhoda sape anak kapal..papepun"antara 1muslim dgn 1muslim yg lain adlh bersaudara"

faqhrule said...

zabar:
haaa betul tu zabar. dalam satu kapal kena kenal mengenal bukan? aku setuju dengan zabar. eh abang zabar haha

sA said...

yup...aku la 2...knl ke..huhuh

sharamli said...

student cekgu ke tu?
seram....

sharamli said...

eh...ganas kan juni0r tu

al razy said...

Lu kena panggil gua abang beb.. kalau tak, siap la lu , gua carik lu kat bahau n mintak lu blanja karaoke kat ACBE

faqhrule said...

sA:
ko yang main futsal aritu passing member skil tak pandang.

sha:
yup. ganas seperti ikan piranha

ateng:
hahaha orait bro, stakat karaoke kat ACBE apa ada hal

farae said...

tak penah pulak aku ade abang adik angkat.kakak adik skg p0n tak terjaga.ngeh ngeh

faqhrule said...

farae:
iya la tu tak ada?
jangan-jangan ramai sampai tak terangkat kot?

ainko said...

i pon xkisah if u ol xpanggil i 'kak'..i lg sukeee...nmpk mcm mude sket..hehe

faqhrule said...

k.ain:
bukan kalau panggil kak ain tu macam makcik-makcik ke hehehe opsssss

dobot said...

anak murid cekgu keh?
pelakon pelakon yg cool,
;)

ainko said...

haa..jgn slh bc kak ain tulis "i pon tak kisah if u ol tak panggil i 'kak'..means xpayah panggil kak ain la..hehe..pggl ain je i xkisahh..hehe

kc kassim said...

kan besh i dpt buli junior2 i.tp junior2 i tak kenal i sbg senior langsung!hehe tp syok bila junior2 kata i kiyut.haha *perasan*

faqhrule said...

fifa:
itu bukan lakonan tau!

k.ain:
yela ain hehehe

kc:
lagi syok kalau junior kata u muncet hahaha