Thursday, December 24, 2009

BILA DAH KESEDAPAN, AKU LUPA TEKAN BUTANG KE BAWAH.

baru-baru ini, berpakat bersama tujuh orang teman sepersekolah-menengah-an, bersama-sama pergi makan angin ke melaka. asalnya cuma cadangan untuk membuat aktiviti tahunan, sebagai kesinambungan trip pertama tahun lepas di port dickson. cuma kali ini jumlah anggota yang sekepala untuk turut serta ke melaka cuma bertujuh. kurang, tak seperti tahun lepas. trip yang cuma 2 hari 1 malam berjalan seperti yang dirancangkan. untuk gambaran lebih lanjut boleh la tengok gambar menarik trip kali ini dalm facebook aku.

**

perancangan sebelah malam berjalan seperti yang dirancang. bertolak awal dari hotel budget Hotel Bachang menuju ke Umbai. matlamat perjalanan memang jelas, memang satu tekad; menikmati ikan bakar yang popular di mulut-mulut penggemar makanan. mencari spot menarik untuk menikmati makan malam dengan jayanya. berlatar belakang muara sungai, lampu malap dengan angin malam yang nyaman. ikan dipilih, menu terbaik ditempah, perut keroncong sengaja dibiarkan begendang.

seperti yang ditempah, semua menu terhidang atas meja beralas kain merah itu. harga seratus lebih dah tak kesah! baik pak ustaz, cikgu, abang jurutera paip, sampailah abang jual jamu semua anggota trip memang tak sabar. baca doa makan secara jemaah dan sesi mengisi perut berlangsung rancak. tiada hilai tawa lagi, berbual pun tak tahu apa buah butirnya. ada butir-butir nasi melekat di hujung bibir lahap sang anggota trip kali ini. sebutir beras tu ibarat setitik peluh petani.semua menikmati nikmat makanan anugerah yang maha kaya. burp...alhamdulillah.

usai makan, walaupun keadaan meja masih berselerak dengan pinggan mangkuk, tulang dan sisa makanan, aku duduk bersandar. seorang bakal guru kemahiran hidup menyalakan rokok dihujung bibir. dia tersenyum puas, puas dengan makanan dalam perutnya separai buncit itu. aku bersandar di kerusi. pandangan aku layangkan pada bot-bot nelayan ditengah laut gelap. ada cahya lampu berbalam-balam. nyaman malam ini. perlahan aku keluarkan telefon bimbit dari poket seluar coduroy coklat. dengan laju aku tekan butang-butang aksara hufur roman menulis mesej teks.

messaging.
write new.
text message.

"sayang, sedap la makan ikan bakar dekat sini. siakap masam manis pun boleh tahan. nanti kita keluar makan macam ni nak? teringin pula nak makan sama macam ni. asyik makan dekat restoran multinasional je. bosan. sesekali tukar angin pula. amacam?". begitu lebih kurang isi mesej yang terpapar pada telefon aku.

continue.
send to.
contacts look up.
select.
send.

***

pulang dari melaka tempoh hari, aku berkongsi keseronokan dengan keluarga. cerita pergi sana-pergi sini, beli itu-beli ini. makan itu makan ini. sampai cerita makan, abah menyampuk. "makan ikan bakar dengan siakap masam manis kan? sedap kan? nanti boleh kita pergi sama" kata abah sambil tersenyum. pelik! mana abah tahu semua ni?

aku capai telefon tengok semula mesj di item dihantar. demmit! aku hantar mesej dekat abah! bukan dekat sayang! demm. malu tak tahu nak sorok celah mana. aku minta diri masuk bilik. abah senyum lain macam, sindir la tu!

17 comments:

Daffodil D said...

ha ha. aku pun pnah tersalah hantar. double damn!


ps : ok sayang. nanti kita makan same2 cenggitu yek! :P

F. Hanim M. said...

haha..tu la..len kali tgk betul2...

eh, pasni u buat trip pi sarawak la..i dpt srwk u...

sharamli said...

lain kali hati2 nak tekan send..

pakai je n0kia 3 3 sekupang

qishie said...

ahaha...kalau aku kantoi dengan bapak aku, memang tak balik msia dah pastu.

ahahaha

Cik Chuie said...

gilak!! haha malu...malu...silap2 jap g abh pkcik terus suh hntr rmbongan merisik.hahak. senang sket abh dh tau kan..haha

Paan Ovrtd said...

Jijik siak sikap lu pada abah lu...hahahaha!

faqhrule said...

D:
hehehe belanja i la

k.anim:
cantek gak tu trip g sarawak.
gud luck taw kat sana

sha:
pakai 3310 pun bleh buat silly mistake jugak

qish:
hahaha siap la kau kalau balik msia nanti!

sue:
abah i rilek-rilek je

paan:
tu tanda gua sayang abah gua dul

Rajuna said...

haih.
indahnya hidup berpasangan kan.

faqhrule said...

juna:
indah la jun,
carik la sorang baru tau indah ke tak.manusia tu kan dicipta berpasang-pasangan.

Paan Ovrtd said...

Abah lu dah teringin sgt menimang cucu tu...apa lagi? Rembat je la...ahahahaha!

faqhrule said...

paan:
hotak lu main rembat-rembat? abah gua rembat gua nanti tak pasal je. bila nak jamming nya ni? main macam bridge to solace la maun?

Shahrul Tanaka said...

patut gua msg tak bals..anta kat abah rupanya..

faqhrule said...

saruk:
tu lu msg qish bukan gua dul

qishie said...

hahaha..lu nak makan kaki ke cegu?

Anonymous said...

Woahh, abah da bg green light tuu, cepat2 sikit,
;DD

Unknown said...

hehehe..abah saja senyum macam tuu :)

Nurul K said...

hahak! klaka la cikgu.