Thursday, December 10, 2009

NIKMAT BILA DIA TARIK, KITA LAYAN SAMPAI DIA MENGGELEPAR! PUAS.

berhabuk. ada debu-debu malas melekat pada paparan blog aku. sudah seminggu hampir aku tidak menjengah kemari. biasalah, bila cuti bermula banyak juga aktiviti sampingan buat isi masa lompong di rumah. kalau boleh disukat nilai atau digit malas dalam suasana cuti sekarang ni, rasanya keberadaan malas itu berada pada tahap yang paling maksimal. cuti jadi malas!

idea musim cuti pun rasanya tumpul. tak tajam mencucuk. tak mencurah macam air hujan malam buatkan tidur terlajak sampai pagi gajah. faktor internet juga barangkali pemangkin rasa malas untuk selalu unpdate blog.

cuti-cuti sekarang aku semakin rajin pergi memancing. tak kira waktu. tapi yang jadi kegilaan sekarang memancing waktu malam. mula lepas isya' bawak ke awal pagi cecah ke pukul 2. NIKMAT BILA DIA TARIK, KITA LAYAN SAMPAI DIA MENGGELEPAR! PUAS. memang gila sebab mak akan selalu bising bila aku berembun. macam biasa dengan lembut aku cakap dekat mak. "angah bukan pergi kacau anak dara orang ke, merempit ke, buat kerja tak elok. pergi memancing ikan je mak." mak tak akan jadi marah kalau aku pulang bawa hasil ikan tilapia ke keli ke dalam 2 kilo lebih. paling tidak jimat duit tak payah beli lauk. gambar tak sempat nak update. nantilah aku letak ok.

* sedang gila melayan Bridge To Solace sekarang. apa barang dengar Bring Me The Horizon bhahaha.. ha satu lagi tengah layan socialcrime. siot jepun punya crust pun layan. memang tengah trend dark-crust-metal sekarang ni.

ok jumpa lagi nanti.

12 comments:

sue said...

keli 2kilo!

mus@akim said...

brani ada dtg r gerik.. layan kat tasik banding..

al razy said...

datang gemas laa.. baru setengah jam dari serting. gua bawak lu mancing kat sg.muar

Shahrul Azry said...

eleh..

Rajuna said...

sapa dengar Bring Me The Horizon biasanya dapat date dengan awek seksi pakai short. Awek orang atau tunang orang itu lain cerita. Janji awek.

Kasut Pink said...

memancing? mcm bosan jer.. ngeee..

CharMiea said...

siapa dengar bring me the horizon bukan dalam golongan lintang pukang pemikirannya.

bibie_boodyn said...

bile nk blanje makan??senyap jer??

bibie_boodyn said...

bile nk blanje makan??senyap jer??

diba said...

ok la..lau dpt ikan..xdpt xyah blik umah..hehe

Pais Chaos said...

kasi aku dengar dark-crust-metal..

dobot said...

the-black-dahlia-murder laa menggoda!