Thursday, January 7, 2010

ENTRI INI LAGU TEMANYA MACAM TELEFILEM TASBIH CINTA.

Di satu sudut aku lihat satu susuk tubuh duduk tertunduk sampil memeluk erat dua lutut rapat ke dadanya. Tuan punya batang tubuh memang aku kenal rapat. Fathir namanya. Orangnya kurus tinggi, pandai juga mudah didekati, riak muka garang tapi hatinya baik. sepertinya dia mengalami sesuatu yang payah mengganggu dirinya. puntung rokok bertaburan atas lantai. sejak bila dia merokok aku tak tahu.

Aku dekati fathir perlahan. Sentuh perlahan bahunya. “apa buat ni tir?” aku tegur. Fathir angkat muka yang sembam. Riak kerut dahi dengan mata yang layu seolah dia sedang bermurung durja. “kenapa ni?” aku tanya lagi. Sebelahnya aku labuhkan punggung. “ada masalah sikit la,” jawabnya perlahan tak bermaya. “kusut benar aku tengok kau satu dua hari ni, besar sangat ke masalah?” aku tanya lagi. Fathir diam. “masalah dengan awek la ni? Hahaha” aku tanya sinis. Fathir angguk mendiam diri. “ceritalah mana tahu aku boleh bantu,” memujuk dia membuka cerita. rokok pall mall light dinyalakan, untuk beginner-smoker macam dia ni, light mungkin sesuai.

berat benar menceritakan apa yang membuku dibenaknya. Sememangnya dia seorang yang begitu, perahsia dan suka memendam rasa. disedut rokoknya, hembus asap putih merawang. berkepul-kepul kemudian hilang. Dia menghela nafas panjang. Dalam-dalam ditariknya oksigen petang itu dan didengus keluar mengeluh karbon monoksida. “awek aku minta putus,” mukadimah simpul murungnya dibuka. “baik, aku mendengar,” aku tunjuk rasa prihatin dengan masalahnya. “dia mahu Cuma jadi kawan sahaja sekarang. Katanya itu yang terbaik buat aku dengan dia. Tapi aku tak boleh. Aku takkan boleh untuk jadi Cuma kawan pada dia. Tak ada makna,” sedikit-sedikit dibuka masalahnya. “takkan tiba-tiba?”aku soal. “atas alasan apa?”. “Dia kata aku tak lagi percaya pada dia. Betul tapi tidaklah seratus peratus aku percayakan dia, sedikit sangsi mesti ada terdetik betul tak?” hujah fathir. Tepat anak matanya meyakinkan aku.

“dulu, dia pernah berubah hati pada lelaki lain, tak apa. aku beri peluang betulkan kesalahannya semula. Tapi mana mungkin kepercayaan itu akan terus berada pada angka 10? Aku berikan 7 dan 8 angka percaya dari 10 yang pernah aku berikan dahulu,” dia hujah panjang. Nada kecewa jelas terpacul pada setiap susun katanya itu. Kecewanya jelas.

“mungkin kau berubah lepas semua tu?” aku tanya. “betul aku berubah. Aku jadi seperti yang mana dia mahu aku hendak. Aku turut apa dia mahu. Aku tak mahu sia-siakan hubungan setahun, lagipun aku tak pandang perempuan lain aku dah rancang untuk hubungan lebih serius dari sekarang ni,” “kau tak jelaskan pada dia semua ni? Aku tanya lagi. “puas dah. Tapi dia tetap mahu jadi kawan. Cuma kawan. Aku tak mahu itu.” Mengeluh hujung katanya. Berkaca-kaca matanya seperti hendak menangis tapi tetap ditahan-tahan. Malu barangkali untuk menitiskan air mata jantan depan aku. Ego lelaki. “Aku tahu aku tak kacak, aku sedar aku tak kaya, kereta tak ada, dengar muzik bising, badan tak gagah, tak pandai main futsal, tak pergi gym senang cerita tak dapat jadi macam apa yang dia hendak. Aku tau aku serba serbi kurang. Senangnya perempuan berubah hati. Haihh” megeluh lagi.

Aku paut bahunya. “sudahlah tir. Orang dah tak hendak, tetap tak hendak. Buatlah macam mana pun, tetap tak mahu tir. Biarkanlah, sekurang-kurangnya kau ada usaha pertahankan hubungan kau ini. kira kau dah berjuang untuk cinta kau,” seolah kaunselor aku tenangkan fathir. “banyak lagi benda kau boleh buat dari duduk meratap macam ni. Biarlah benda dah lepas tu biar lepas tak payah nak ingat-ingat. Bila kau ingat yang sakit nanti hati kau juga. Setiap manusia punya masalah, setiap manusia benci kegagalan jangan kau seksa batin kau sendiri, lekas bangkit dari kekalahan!” "semangat ditabur pada fathir. "kata techgrind, progressive death metal, crusties kental tak payah la macam ni". konon motivasi si doktor cinta. padahal aku sendiri celaru dengan cinta tak kesampaian.

“rul..” sapa fathir pendek. “terima kasih, rasa lega sikit,” katanya pendek. “tak apa, kita kawan kan?” aku senyum jawab katanya tadi.

“kita couple nak rul?”tiba-tiba fatihr bersuara. “couple dengan siku gua nak?” jawab aku sambil acungkan siku kanan padanya.

14 comments:

abib-gae said...

alah perempuan sekarang dah boleh baca lah. kau hensem, kau ada duit, ada kereta boleh dapat awek2 denyut punya. kalau setakat pakai moto cabuk tu, tak siapa pandang john!

tambah pulak kalau jauh tak ada depan mata. dah ada bf mengaku single lagi. banyak dah aku tengok. kata dengan bf nak study, bz padahal kuar dengan scandal lain.

bila dah tak hendak, macam-macm alasan bagi, padahal dah ada sparepart.

qishie said...

aku geram bila pompuan jenis cemni..
dah tinggal laki dia..gi kejar laki orang.bangang punye pompuan type ni.
ko nak senang je,,bila laki ko susah, ko carik laki lain.bull shit. tak pikir laki orang dulu pun pernah susah gak..tapi awek dia sentiasa ade di sisi dia.

emo plak.=.="

abib-gae said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sharamli said...

bak sini n0 f0n fathir...


sy jnji xkan wt mcm mn awek dy wat kt dy cekgu..janji..

azzy said...

xsume pompuan cmtu....llki pun ade jgak ape....

hehe..
peace =p

jgn putus ase....llki kena kuat!!!!

untuk kwn fakrul r ni....

CharMiea said...

lebih kurang macam cakap dengan cermin kan?

ngeh3

giGGLe said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

b4 nak bagi comment ke apa, dgr la cite from both sides...lelaki time orang setia giler kat dia dulu, then wat skandal an...mms lar ape lar dari gurl2 dalam blog ni la gak an...then kata orang

Anonymous said...

another thing, awal-awal lagi i dah kata kat u, i x pandang harta pun betul tak? i accept u x kira siapa pun u.my father x kasi i dgn u, i back up u.u 2 je x habis2 kata i pandang harta la ap la.i x pnah kesah ke u ada kereta ke apa.sepanjang i couple dengan u, penah ke i ungkit pasal meterialistik semua ni? fikirkan lah. semua xtvt i wat, i bagi full report kat u. then u x caye kat i lagi.u nak ap lagi?

abib-gae said...
This comment has been removed by a blog administrator.
chekgu alan a.k.a mohd azlan bin saheimi said...

laki-laki x boleh nanges..
harus selalu kuat,harus jadi banteng..
tp agak bersetuju ngan kata2 azzy
x sume gurl cm 2
ade gk yg setia
cume gurl yg setia 2 kekadang tersalah pilih boy yg x setia..
sepatotnye yg setia bersama yg setia..
playboy dgn womanizer..baru la adil

faqhrule said...

to anonymous:

i tau u sapa. should i reveal all those shit happened here?

full report? i dont think so dear...
think back on what have u done dear..think ****ing back!

Anonymous said...

bpisah mcm tu ok lg..tp mcm mana kalo terpaksa bpisah sbb family choice...rasa terhina kan?

faqhrule said...

anonymous:
family choice tu tak boleh buat apa lah. sama ada fight for the love or akur je dengan kehendak keluarga.
pilih yang mana?