Sunday, January 10, 2010

KAMIL; PERJALANAN BERMULA!

Justify Full
aku cuma ada seorang adik lelaki yang ini. muhammad kamil nama dia. kecil saja susuk badan tapi besar jiwa. macam abang dia yang seorang ini juga.

hari ini merupakan hari pertama kamil akan bersekolah menengah. dan hari ini kamil pergi mendaftar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol, Negeri Sembilan. menginjak ke usia awal remaja dan bakal mengharungi kehidupan berasrama tidak lagi tinggal di bawah payung kehidupan keluarga. aku harapkan kamil dapat mengharungi setiap hari baru dengan baik. mampu belajar sesuatu untuk kehidupan remaja.

aku sempat pesan pada kamil, kena ragging tu perkara biasa hidup diasrama, tapi kalau dah kena pukul teruk itu, penderaan. jangan takut bila kau tak salah. telefon aku bila ada masalah. selamat menempuhi alam remaja, jangan abaikan pelajaran dan nikmati hidup ini.

*gambar sewaktu mencuba pakaian sekolah menengah baharu dan belajar mengikat tali leher.

bakal merindui adik lelaki yang menjadi teman bila aku tak ada teman. akan jarang aku buli.
saya sayang adik saya.

15 comments:

~EiMa~ said...

Tahniah kamil..
patutla td nmpk pakcik razak kat sekolah ni..
uruskan pendaftaran kamil rupanya..
ganti kakak nya plk ye..

Anonymous said...

ha nanti bolehla jmah tolong tengok-tengokan kamil tu ea

faqhrule said...

eima:
tu la baru nak bagitau eima yang adik masuk situ.

dobot said...

kim salam peluk cium kat kamil. AHAHA.
:)

faqhrule said...

fifa:
nanti kamil cuti chegu kirimkan

chekgu alan a.k.a mohd azlan bin saheimi said...

2 gmbr time ktne?

faqhrule said...

alan:
ni gambar dalam bilik gua la

sharamli said...

sure ke kamil ni f0rm 1..
abg prefect suka buli bdk2 kecik yg nak amek sign time 0rentasi ni..

jaga diri baik2 dek erk...
xm0 h0msik2 mcm abg adek tau!!

faqhrule said...

maksu sha:
yeap form 1.
abang dia homesick? mana ada, just abang dia suka duduk dekat rumah kat kampung tu

Pais Chaos said...

yeahh kamil.. da besar nnt jadi punkers okey!!

kc nur qasedah said...

laa kiranya adek i sama baya ngn adek u la yeh :)

ainko said...

besnye jd bdak skola..cekgu jugak yg tenatt..huhuhu

Rajuna said...

budak baru nak naik ni kena selalu monitor.

Azri Rotten said...

ko dah training adek ko blom? masuk asrama ni byk ujian die.

faqhrule said...

pais:
kamil banyak dengar stuff crust-metal

kc:
kira-kira i taktaw pulak sebaya

k.ain:
hehehe cikgu baru memang tenat sikit kan?

juna:
pengaruh rakan sebaya tu

azri:
biar alam raya jadi guru kata marjinal