Thursday, February 4, 2010

GUA, BIBIR DAN DANIEL CRAIG.

tajuk: sesi perkenalan dengan cikgu kajian tempatan baru (praktikum)
lokasi: tahun lima amanah
period: kajian tempatan.

cikgu: baik semua, saya cikgu kajian tempatan kamu yang baharu. mulai minggu depan saya akan mengajar kajian tempatan untuk tiga bulan ini. sebelum itu saya nak berkenalan dengan kamu semua. nama saya mohammad fakrullah bin abdul razak. kamu semua boleh panggil saya cikgu fakrul.

murid: alaaa cikgu, dah ada cikgu fakhrul azam yang baru masuk tahun ni. takkan nak panggil cikgu fakrul juga?

cikgu: awak boleh panggil saya cikgu fakrullah kalau macam tu.

murid: macam panjang sangat la cikgu.

cikgu: dah macam tu kamu nak panggil saya apa?

murid: cikgu nabil la.

cikgu: eh apa pasal panggil saya cikgu nabil?

murid: sebab muka cikgu macam nabil la. bibir cikgu pun serupa nabil jugak. hahahaha
(ramai murid ketawa, mengiyakan)

cikgu: okey, kamu boleh panggil saya cikgu Craig, Daniel Craig. yang berlakon james bond tu.

murid: eh kenapa pulak cikgu?

cikgu: sebab bibir daniel craig tu macam bibir saya.

murid: elehhhhhh...

***

murid: cikgu dah ada awek belum?

cikgu: tak. saya tak ada awek ke teman wanita ke isteri, tak ada.

murid: elehhhhh.. tipulah. takkan cikgu hensem macam ni tak ada awek?


gua terkedu sekejap.

26 comments:

dobot said...

cehh cehh
nak kata cekgu hensem laa tuuu!

:DD

faqhrule said...

fifa:
chegu tak cakap. kanak-kanak comel ni yang cakap.
diorang tak menipu kan?

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

budak-budak tu nk bodek je lebih.

Khaleeqa Idrus said...

aku da lama da cakap pun tp ckp dlm hati je lah. murid tu tlg sampaikan :D haha.

faqhrule said...

naddy:
rasa macam tak ada sebab dorang nak bodek


khaleeqa:
*blushing*

Shahrul Tanaka Safeai said...

macam nak lempang bibir lu laju2

faqhrule said...

saruk:
gua pun rasa nak sepak lu laju2

F. Hanim M. said...

Kecik2 dh kuat bodek.haha

faqhrule said...

k.anim:
bodek ke? rasanya kata-kata jujur mereka lah

crazy_labelle said...

wahaha... wa patut kate over confident ke, perasan ke ape...
mane yg lg selamat?

faqhrule said...

crazt_lebelle:
lu tolong aminkan je kata-kata anak murid gua

cud the ★ said...

cuak nk prektikum nih..,,,

faqhrule said...

cud:
nak cuak apa nya?
tenana saja

LORD ZARA 札拉 said...

chegu mata coklat.

bibir danial craig.
muka taufik batishah.
boleh?

=]

kalau chegu mata coklat tinggalkan nombor telefon pada cikgu mata hitam, harus sahaja cikgu mata hitam senyum suka.

cikgu mata hitam.

faqhrule said...

cikgu mata hitam:
muka taufik batishah? bibir lebih tepat barang kali.

tengah berfikir, hendak beri atau tidak.

trivia: chegu mata choklat seorang yang pemalu.

Paan said...

Metaphor je tuh...haha!

faqhrule said...

paan:
budak kecik tak pandai berbphong tau

qishie said...

budak kecik sangat naif.senang je nak umpan kalau pakai gula2..
dah2 la cegu..terima je la..bibir cikgu cam ning baizura.=p

faqhrule said...

qish:
chegu tak guna umpan gula-gula oke!
ning baizura? wahhh teruja!

Pais Chaos said...

gua dah bayar upah budak2 tu supaya berkata demikian..huh

faqhrule said...

pais:
ada nada cemburu disitu

yoro okino said...

budak2 tu nak bodek ko jer tu..huhuh~~

izzad b* said...

kecik2 dah membodek!haha

faqhrule said...

yoro:
bau cemburu disitu.

izzad b:
budak kecik mana tau menipu

:: murasaki :: said...

iyo lahhh abg ensemmm...hahahaha

faqhrule said...

cheyam:
hehe baru tau ke?