Sunday, February 7, 2010

SOLUSI

saya tak pasti,
samaada tadi;
sungai gombak atau sungai langat,
deras arus yang menderu laju,
menjadi saksi berwakil wali,
kepada ijab dan talaq,
simpulan tindih kasih cinta kita.

bukit-bukit bangsar,
jauh terlopong memerhati,
mana hujungnya diskusi hati,
soal saya, soal perasaan, soal awak,
soal cinta kita.
lama berkecamuk kian membarah.

hujungnya masih persis,
gagak terbang - pulang kembali,
atas ranting cinta yang kian sekah,
tanpa konklusi.

***

*mencarut bahasa kesat*

karya asal disini:

http://hatibisu.blogspot.com/

7 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

chegu mata choklat.

cikgu mata hitam renung karya kamu.
diam.
hayati.
membisu.

hebat chegu.
-]

faqhrule said...

cikgu mata hitam:

hebat? hahaha tidaklah sehebat penulisan dunia sebelah cikgu mata hitam

sharamli said...

mana carutannya?

faqhrule said...

sha:
*&%$##@&****!!!!

chekgu alan said...

cm hujan kate:
belum tersimpul mati..
ikatan dulu kubuka sendiri
......
mencari konklusi


usah diribut2
pasti ketemu juga 6t pak

hahaha

faqhrule said...

alan:
hujan? tidak berminat langsung.

chekgu alan said...

sesekali lyn r band lembut2
xkn maw lyn metal je brader
hahha