Tuesday, February 9, 2010

GUA KENA TIPU HIDUP-HIDUP.

kehidupan aku dalam dua minggu ini memang agak celaru. bangun seawal 5.50 pagi bertolak ke hulu langat 6.40 pagi tiba semula ke di bilik sekitar jam 2.30 petang. malam pula tidur lewat pagi menyiapkan tugasan sekolah esok harinya. semua macam serabut dan tidak normal. tambah pula cuaca sekarang gila panas memang buatkan badan jadi letih.

hari ini mula mengajar. 2 kelas kajian tempatan tahun lima. tiada masalah, semuanya berjalan seperti dalam rancangan mengajar yang telah disiapkan. cuma, tempoh masa yang lama tidak mengajar membuatkan tekak berada dalam keadaan selesa, dan hari ini peti suara, kerongkong, anak tekak semua bekerja keras. tambah pula cuaca panas sekarang betul-betul mencabar kejantanan suara.

penat hari ini aku basahkan dengan mandi. biar luntur segala penat dan lelah ganti dengan segar nyaman bau wangi sabun lifebouy. lepas mandi aku ambil masa sikit untuk tidur. kepala rasa berat semacam, kelopak mata pun kuyu keletihan. pasang kipas dengan putaran maksimum- aku lena.

buka mata aku jadi gelabah. jam dinding sudah pukul 5.30. cis aku kena turun training takraw petang ni! bingkas bangun terus mandi. berwudhu' dan kembali kebilik bersiap solat asar. kepala masih separa sedar biar badan agak segar. bentang sejadah dan solat. solat pun tidak berapa fokus bilangan rakaat hilang hitungnya. sampai tahiyyat akhir dan salam, syukur tertib semua cukup. tadah tangan dan berdoa agar yang maha esa tabahkan hati dan mudahkan segala urusan. amin.

selesai menekup muka mengaminkan doa, sayup-sayup azan jauh bergema. maghrib kah? kenapa masih terang. cepat-cepat capai telefon bimbit, lihat paparan jam baru 4.50 petang. demmm. bateri jam dinding dah kong! aku capai kopiah dengan kunci motor, terus pergi masjid. dalam hati rasa bengang ditipu jam dinding mati!

14 comments:

chekgu alan said...

haha
brader,
jom la g pasar mlm beli bateri jam 2
4 singgit
haha

Shahrul Tanaka Safeai said...

bagus la kene tipu..kalau tak lu solat sorang2..berjemaah lagi bagus..

faqhrule said...

alan:
brader gua penat la nak pergi pasar malam.

saruk:
alhamdulillah =)

qishie said...

ari2 jam tu tipu pun takpe.haha

sharamli said...

ada hikmahnya kan?

dari si shahrul tu..bangun awal pastu tid0 balik..

faqhrule said...

qish:
chegu jadi kelam kabut nanti

maksu:
aik maksu ada apa-apa ke dengan saruk ni?

faqhrule said...
This comment has been removed by the author.
Rajuna said...

budak2 belum tunjuk belang ke rul? haha..

faqhrule said...

juna:
ada dah. tapi aku tau nak buat apa

Razman said...

leh caye ke g masjid ni?hahaha

faqhrule said...

razman:
maktab aku ada masjid, asrama pun dekat je dengan masjid. :)

dobot said...

kadang2, diri ni tk perasan, kita tak diberi perhatian oleh diri sendirii
:)

crazy_labelle said...

asar je pon... gi masjid?
waaa..
nak berkenalan bole?

faqhrule said...

fifa:
terima kasih ingatkan chegu

crazy_lebelle:
alang-alang ada wudhu' dengan azan baru berkumandang, baik pergi je kan?