Tuesday, February 9, 2010

ABANG-SAYANG TIDUR LEWAT

jam dinding sudah 2.30 pagi. suasana dini pagi sunyi amat. tanpa ada bunyi cengkerik seekor pun. semunya gelap, tiada bewarna.

"nanti baju kahwin abang nak warna apa? tanya si dia. "ikut sayang lah, abang ikut aja," balas ringkas pendek jawapan. "betul ke ni abang nak kahwin dengan sayang ni?" tanya dia bersungguh. "hehehe kalau dah jodoh, abang on je," sambil senyum meleret-leret. "hehehe sayang nak buat macam-macam, jadi kalau macam tu, abang kena ready duit lah," perbualan nikah kahwin makin rancak.

"kena kongsi la macam tu, sayang sikit abang sikit," balas kata-kata si dia tadi. " kalau macam tu, sayang nak baju kahwin warna biru. ha chop dulu hehehe," gurau manja berebut warna macam anak kecil berebutkan mainan. "biru lembut ke?" aku tanya untuk kepastian. "yup," jawab dia ringkas sambil senyum.

"okey, kalau dekat rumah abang nanti, baju warna cream tau," cerita nikah kahwin makin panjang. "okey jugak tu bang. nikah nanti warna gold, tunang pun sayang nak warna gold juga," yakin jawapannya. "cantek," jawabku ringkas. aku dan dia merenung jauh kehadapan. entah kemana jauh sayup benar penglihatan. iris mata semakin mengecil. mata terkatup.

***
bangun pagi tadi 5.50 kepala aku rasa berat sangat. memang hampeh!! tidur 3 jam boleh pulak mimpi nak kahwin. mimpi kahwin tak apa lah jugak, ni mimpi berebut nak warna baju kahwin. apa punya mimpi ni? ini semua Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Sivik dan Pendidikan Seni visual punya hal. tak pasal-pasal gua kena tidur lewat. mimpi rebut warna baju kahwin pulak tu. hampeh!

GUNA ABANG-SAYANG YANG TAK BOLEH TAHAN TU!

tak pasal-pasal mata gua stim buat rancangan pengajaran harian kat sekolah tadi!

17 comments:

Cahaya Kekasih said...

la.....ingat drama realiti tadi :P

sharamli said...

chekgu ni....tu p0n nk gad02...amek je kaler itam...

faqhrule said...

cahaya kekasih:
hahaha mimpi keletihan.

maksu:
dalam mimpi mana ada warna

Shahrul Tanaka Safeai said...

lu dah pandai hisap ganja dalam sekolah!

faqhrule said...

saruk:
cantek sikit mat. gua pangkah tangan ok!

faqhrule said...
This comment has been removed by the author.
qishie said...

ala chegu..tak rock la..kale warna warni la meriah..

faqhrule said...

qish:
hitam putih baru rock qish

sue said...

comel.haha

faqhrule said...

sue:
haha baru tau ke?

faqhrule said...
This comment has been removed by the author.
LORD ZARA 札拉 said...

chegu mata choklat.

itu dalam bilik guru kah?

=]

faqhrule said...

cikgu mata hitam,

itu bilik data juga bilik alatan muzik juga bilik spbt. guru praktikum tiada tempat khas, jadi petadbiran letak kami disitu. kena kemas dan duduk disitu mau tidak mau.

cud the ★ said...

ayan gle muke...
hehehe

faqhrule said...

cud:
ust. alif kassim yg ambik gambar tu

dobot said...

ishh!!! ingtkan betul2 tadii
cekguu niii,

faqhrule said...

fifa:
hehehe terkena ke?