Sunday, February 21, 2010

SIBUK CUMA ALASAN BODOH.

Miggu ketiga : 15 FEBRUARI 2010 – 20 FEBRUARI 2010

Tarikh

18, 19, dan 20 Februari 2010

Tajuk

Latihan Rumah Sukan (7.45 – 10.00 pagi)

Peristiwa

Minggu latihan rumah sukan menjelang sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Serai.

Bisikan hati/ Perasaan

Saya telah dilantik sebagai guru penasihat rumah sukan untuk rumah Hijau. Saya amat berbesar hati dengan tugas yang diberikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Menganalisis / Menilai

Memandangkan guru penasihat rumah Hijau sesi pagi terdiri daripada majoritinya guru perempuan, sudah menjadi tanggungjawab saya yang menjadi tenaga pengajar dalam melakukan pengajaran, penerangan dan tunjuk cara bagi acara seperti lompat tinggi, lontar peluru, lompat jauh dan acara pecut.

Kesedaran Baru / Harapan

Saya amat bersyukur dengan ilmu yang telah dipelajari semasa latihan di IPG dimana segala teori dan pengalaman dalam subjek Pengurusan Olahraga dapat diguna pakai sewaktu latihan rumah sukan dijalankan.

Pengetahuan tentang olahraga yang dipelajarai juga mampu disalurkan sewaktu latihan rumah sukan. Saya juga berpeluang untuk melakukan demonstrasi serta tunjuk cara dalam melatih rumah sukan Hijau untuk menghadapi kejohanan sukan tahunan yang bakal berlangsung.

Saya berupaya mempelajari bagaimana untuk mengurus murid dalam bilangan ramai dimana semua murid tahun satu, lima dan enam terlibat serentak dalam latihan rumah sukan. Pendekatan serta kaedah dalam melatih murid dalam aktiviti fizikal merupakan suatu pengalaman baharu yang saya pelajari dimana ia merupakan situasi yang berbeza dengan pengajaran dalam bilik darjah.

Saya juga turut berasa gembira dan berbesar hati dengan sumbangan yang saya mampu berikan terhadap rumah Hijau dalam latihan rumah sukan. Secara tidak langsung saya dapat membantu guru yang majoritinya perempuan dalam melicinkan lagi perjalanan latihan rumah sukan dimana saya berpeluang mengendalikan aktiviti pemanasan badan, regangan, konsep serta cara perlaksanaan aktiviti yang bakal dijalankan.

Cadangan / Tindakan

Dalam tempoh menjelangnya sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, saya akan sedaya upaya untuk membantu murid terutamanya yang mewakili rumah Hijau untuk berjaya dalam setiap acara yang dipertandingkan. Latihan serta motivasi yang perlu akan saya cuba terapkan dengan baik.

Saya juga harus memperbaiki teknik penyampaian, penerangan serta kepelbagaian aktiviti bagi menjadikan latihan rumah sukan menjadi suatu aktiviti yang menarik minat murid dan murid mampu memperkembangkan potensi diri mereka tidak hanya terhad dalam akedemik namun juga dalam aktiviti sukan di luar bilik darjah.

9 comments:

sharamli said...

chegu..kat sek0lah sy dulu..rumah hijau selalu main kec0h..benci!!

faqhrule said...

maksu:
rumah hijau memang baik punya pun

Khaleeqa Idrus said...

If i had a teacher like you back then when I was still schooling, I would not miss curricular activities, not even once! Haha! :D

faqhrule said...

khaleeqa:
hahaha
really?
i wonder why?

fezaL Mohd said...

saya rumah merah dulu haks . haha

chekgu alan said...

jgn time praktikal je smgt, time da posting 6t x wat lak sukan kt skul

faqhrule said...

fezal:
rumah merah semangat je lebih. hahaha

alan:
alah lu, buat rph pun belum pas lagi nak cerita praktikal.

Paan said...

Ni dah apa jadah dah ni? Parah, parah...

Hahahaha! Bendahara!

faqhrule said...

paan:
hoi ingat zaman melayu melaka ke?