Friday, March 19, 2010

GUA TAK MAHU BALIK BANGI!! APA NAK JADI LANTAKLAH!

baik. ada banyak kemungkinan yang buatkan gua berat punggung untuk angkat kaki kemas baju dan berambus pulang menghadap hari-hari penuh tekanan di bangi. praktikum yang masih berbaki enam minggu buatkan hati gua masih resah dan tertekan dengan kerja-kerja yang melambak-lambak.

kemungkinan utama dan sebab utama gua tak mahu balik bangi; masakan mak yang tiada boleh dilawan! gua cerita masakan mak gua hari ini saja. tengah hari tadi mak masakkan juadah yang buat nafsu makan gua rabak. kecur air liur tahu? mak masak gulai lemak cili padi burung puyuh salai. kalau dah namanya pun orang negeri sembilan kalau tak makan masak lemak memang tak true! bagi gua seminggu tanpa masak lemak semacam tak lengkap. semacam ada facebook tapi tak update status, macam ada twitter tapi bila lu update status orang bolayan! ha macam tu lebih kurang analogi gua kaitkan.

makan malam pula, gua sengaja suruh mak tak payah masak lain, panaskan gulai tengah hari cuma tambah telur dadar ayam kampung. campur cili padi dengan bawang dan tabur sikit daun sup. memang buatkan peluh memercik halus dari ruang-ruang roma. kalau lu orang tak tahan pedas, jangan berani cuba. silap meleleh air mata tak pun air hidung sambil mata lu orang merah!

usai makan malam, aku dengan abah saja duduk dekat laman rumah. ambil angin malam. mood malam memang layan, abah bakar rokor surya sambil layan radio malaysia negeri sembilan. lagu retro zaman A.Ramlie. abah memang layan. tengah duduk-duduk layan angin malam sambil berborak dengan abah, mak gua datang. datang bawa bubur jagung! pekat! jangan cerita dia punya lemak. air teh panas siap asap-asap.

amacam? dapat lu orang bina imaginasi dengan entri tanpa gambar kepil gua? nak cuba mari ikut gua balik rumah. rumah gua sentiasa terbuka pada tetamu!

sebenarnya, inilah sebab utama gua malas balik bangi! air tangan mak gua ni memang lain macam. penangan mak gua pun boleh tahan juga. gua kecik-kecik selalu jugak berbirat kena dengan mak gua.

gua rasa kalau tiga bulan terus-menerus gua duduk rumah makan tido dengan masakan mak gua yang semacam ini, yakin dan percayalah perut gua kan memboroi kehadapan sambil pipi gua berisi daging gebu yang membuatkan gadis-gadis hangat mahu mencubit manja!

***
perhatian pada gadis-gadis hangat luar sana:
GUA NAK CARI CALON ISTERI YANG PANDAI MASAK MACAM MAK GUA.

20 comments:

crazy_labelle said...

haha... wa nak gi kampung lu... nak rasa gak air tangan mak lu... xpe... perut wa dah biasa dilatih segemgam cili padi masak bersama 1 paket megi...

tp terbaca ayat last...
T_T wa xreti masak... huhu...

faqhrule said...

belle:
hehe serius lu nak datang kampung gua?
gua tak ada hal boleh je.
hehehe tak reti masak tak apa boleh je jadi...

Shahrul Tanaka said...

cari lekas..nanti gua dapat merasa nasi minyak ;)

Paan Ovrtd said...

Tak sama beb...

faqhrule said...

saruk:
lu bila nak langsung?

paan:
tak sama tapi boleh latih tubi kasi sama

Muhammad Fakhrul Rozi Abd Rahman said...

wah bolehlah singgah nanti...hehehe

Rajuna said...

statement yg kat bawah tu memang rabak. selamba sudah. ha ha ha

qishie said...

ala...6 minggu je pun

eh..pasal syarat tu...amacam kalau ada wanita2 di luar tu plak cakap

gua nak cari calon suami yang sangat gentleman dan mampu membimbing cam ayah gua ?
huhu

CHEKGU ALAN said...

jang:
haha..lu tggu smggu ag,gua balik,lu kasi hentak sama itu bola..

faqhrule said...

fakhrul:
nanti balik malaysia datang la rumah, abang mintak mak abang masakkan

juna:
diperlukan seorang awek!

qish:
nak reveal kat entri baru ke siapa ayah qish tu?

alan:
gua nak berhenti main takraw lah

sharamli said...

mentang-mentang saya xpandai masak.
siap pesan awal2 lagik.nak merajuk la dengan chegu..cis

faqhrule said...

maksu sha:
haaa? maksu tak pandai masak? tak jadi la nak ngorat maksu

crazy_labelle said...

faqhrule said...
hehehe tak reti masak tak apa boleh je jadi...

bole jd ape? *blush*

faqhrule said...

belle:
u nak jadi ape belle?
=)

qishie said...

tak payah.mekasih.
haha

faqhrule said...

qish:
DMT? reveal eaa??

puansriain said...

sy reti masak!!
haahaha
alan da mkn lauk masakan sy..
haha

faqhrule said...

nico:
ala nico tak boleh masuk list lah. nanti alan touching! haha

Pais Mais said...

mak gua pun pandai masak.. lu jgn kaco mak gua.. nak kene blasah ngn bapak gua!

qishie said...

bengong pais