Saturday, March 13, 2010

SIRI BERCAKAP DENGAN .........

dia: engkau apahal?

aku: eh bawak la bertenang, salam lah dulu. (hulur tangan)

dia: huh. (salam tidak disambut)

aku: ewah garang sangat nampaknya.

dia: eh lantaklah. engkau apa peduli. ni apahal cari aku? engkau tak lain, bila ada masalah baru tehegeh-hegeh cari aku kan? bila senang, gembira, riang ada kau ingat aku?

aku: emmm... (tidak menjawab seketika). aku sekarang sibuklah, tak ada masa sangat nak jumpa kau.

dia: ah semua alasan. lelaki macam kau bukan aku tak tahu, ada alasan berjuta nak lepaskan diri. bila kau nak pakai aku, tau pula nak cari aku dekat mana kan? bila kau dah sedap, kau tinggal-tinggal kan aku!

aku: janganlah marah. aku betul-betul sibuk sekarang ni.

dia: ni tak lain, ada masalah dengan perempuan lain baru nak cari aku, nak luah perasaan nak minta simpati orang. hei sedarlah, kau luah dekat aku sini pun, orang lain mana ada peduli. langsung tak ada yang ambil pusing pasal kau tahu?

aku: masalah tu, memang ada tak boleh lari.tapi bila pendam lama-lama tak boleh tahan. engkau saja pilihan aku untuk lepaskan apa yang aku pendam.

dia: engkau lepaskan pun, bukan ada orang kisah. lepas tu engkau tetap jadi macam tu juga.

aku: hmm..aku buntu. tak apalah biar aku pendam saja rasa ini. minta maaf kalau aku abaikan kau selama ini. bukan aku sengaja, aku sibuk dan penat sekarang ini. aku cuma minta kau faham itu, bukan susah pun. kalau kau tak mahu faham juga tak apalah. biarkan saja. abaikan.

dia: okey fine. bye. take care.



***
INILAH AKIBAT KALAU BLOG DAH MERAJUK

9 comments:

Cahaya Kekasih said...

susah kalau blog merajuk ni...kena pujuk la..heheh

**suzenisme** said...

apakah?

crazy_labelle said...

haha... kalo blog merajuk , xpe... i ade.. hikhikhik...

faqhrule said...

Cahaya:
itu lah masalahnya, tapi dah sibuk nak buat macam mana kan

suzen:
siri bercakap dengan blog sendiri

crazy labelle:
alah u cakap je...

sharamli said...

nak meraj0k dengan bl0g jugak la...

faqhrule said...

maksu:
toksah nak buat hal. tak ada idea la tu nak tulis entri baru!

qishie said...

duh~ini psychology je neh!=p

Rajuna said...

eceh!ko lempang je budak blog tu. mengada.

Stargone said...

wah, blog pun dah pandai merajuk sekarang ni. hohoho