Tuesday, March 16, 2010

DENDAM TETAP DENDAM

sekejap lagi, gua keluarkan pisau belati yang paling tajam. kilaunya sahaja buatkan orang gerun. belum lagikan tajamnya. gua pasti bila gua letakkan saja pisau belat ni pada daging-daging itu, pasti berbirat merah. belum lagi gua benamkan pisau dan sorong tarik menghiris hati-hati itu. dan pastinya darah menyembur keluar, membasahi kilau tajam pisau belati gua ini.

gua dah siapkan perahan limau nipis. biar bila luka dek hirisan pisau belati tajam gua tu lagi pedih bila gua lumur dengan titis-titis limau nipis. gua dah sediakan santan pekat. orang kata bila letak santan pekat, dia cepat busuk. sudahlah pedih luka, cepat pula busuk! bagus!

gua dah sediakan bekas kecil buat simpan hati-hati dia yang gua dah hiris tu nanti. dalam bekas tu, gua letak mauripan sikit. maklumlah guna mauripan dia punya busuk lagi tahap dewa! nanti bila gua dah hiris hati dia gua letak dalam bekas ni. gua tutup ketat-ketat.

gua dah gali satu lubang dekat depan rumah. setengah kaki dalamnya. sekejap lagi lepas gua hiris hati dia, gua letak dalam bekas dah gua akan tanam dalam lubang yang gua dah gali ni. gua nak biarkan semalaman. gua nak semua orang tahu, betapa busuknya hati dia yang gua dah hiris-hiris ni.

dendam tetap dendam...

9 comments:

Muhammad Fakhrul Rozi Abd Rahman said...

Tak baik dendam-dendam...Api kena padamkan dengan air....

sharamli said...

menakutkan bet0l la chegu ni

Paan said...

Gua x mau ambik pusing pasal dendam lu. Ni link gua ni dah tukar ke belum? Gua dendam kang.

**suzenisme** said...

wah! horror nye! mcm cte long khong! nape dendam2 ni. x elok taw. baik u hambur je kemarahan u kt die. bkn ape, u yg simpan, busuk kt u. dia x effect pape.

p/s: ni xde kne mengena ngn i kn?

faqhrule said...

semua:

saya hanya senyum baca komen kamu

kc nur qasedah said...

apakah itu? mengerikan la cikgu!

qishie said...

buat aksi cam dalam ninja assassin.
cool meh
=p

mohd khairie said...

hebat proses dendam ini...

akmal hakim said...

gua nak jadi pembantu boleh?