Sunday, May 2, 2010

DARIPADA MASTURAH 5 MUAFAKAT (BUDAK TARIK TALI)

oleh sebab tak berkesempatan untuk buka hadiah dari murid0murid tercinta jumaat lepas sebab nak bergegas pulang ke kampung halaman, aku ambil keputusan untuk buka pada hari isnin. kalau nak diukur kuantiti hadiah yang diterima pada praktikum kali ini dengan yang sebelum ini, jauh bezanya. namun itu tak penting, apa juga pemberian murid, aku terima dengan besar hati.

semua hadiah aku buka satu persatu dengan cermat dan teliti. buka elok-elok kalau boleh biar tak carik teruk pun. hinggalah sampai pada satu hadiah ini, hadiah yang buat aku teruja untuk buka. murid aku yang sorang ni, sibuk suruh buka. dalam facebook siap hantar mesej tanya dah buka ke belum.

jadi aku buka dengan rasa hati yang tertanya-tanya kenapa beriya-iya suruh aku buka hadiah ni. pembalut cantik. siap ada gambar bunga-bunga besar. siap ada riben polka dot. ada tulisan besar sebelah sudut kanan atas sekali. "DARIPADA MASTURAH 5 MUAFAKAT (BUDAK TARIK TALI). ouh mas. kenal! kenal!

buka balut hadiah, ada lagi satu balut hadiah. macam ni rupa balutan hadiah yang kedua. teruja untuk lihat apa isi dalamnya.



agak musykil dengan tagline serta emotikon hadiah. aku rakus buka balutan hadiah seterusnya. mungkinkah coklat? mungkin buku nota? mungkin dompet kulit berjenama mahal? mungkin kalendar bulan-bulan islam? mungkin himpunan doa-doa harian? atu booklet cara mudah untuk sukses dalam perniagaan MLM? atau buku rahsia bagaimana untuk berjaya dalam bisnes internet? juga mungkin tips untuk menjadi suami mithali. atau yang paling dekat dengan aku, buku motivasi cara-cara untuk mencari kekasih? yeah teruja!

KAHKAHKAHKAH...
terbarai gelak tahan senak perut. hampir saja untuk kejang urat kentut. hadiah yang suruh memeranjatkan! kini baharulah aku tahu kenapa dia letak tagline dan emotikon sebegitu. MASTURAHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!



apa apa pun terima kasih buat masturah dengan hadiah yang sungguh luar jangkaan. cikgu hargai hadiah masturah! okey cikgu letak gambar mastutah dekat sini sebagai penghargaan. =)


*yearghhhhhh tarik mas tarikkkkkkkkkkkkk.....

11 comments:

chekgu alan said...

hahaha..mmg cayalah budak 2
gua pn xpernah telintas adiah cm 2..

dobot said...

HAHA. Comel syial.
:)

qishie said...

k dah ada idea nak bg bday orang!

faqhrule said...

alan:
gua pun tak teragak boleh dapat hadiah tu!

qish:
chegu memang comeyl ok

qish:
pon bakal jadi hadiah untuk orang lain jugak lepas ni haha

kc nur qasedah said...

terbaik la masturah. syg cikgu sgt2 la tuh! gagagaga

faqhrule said...

KC:
takut cikgu kena denggi tu

F. Hanim M. said...

wahhhh...
cikgu anem pun sayang masturah!!
so thoughtful..
i mean, maybe that's her way of being funny..tp dlm mase yg sama..berguna jugak benda tu...hehe...nice2...kreatif bdk ni..

ATIKAH AZMIDI said...

hahaaa....!!!!
ade plak die t'pk nk bg ubat nyamuk... kes syg chegu nye pasal..isau btoi dia takot chegu kne denggi..

faqhrule said...

k.anim:
hahaha tak terfikir langsung kan?

atikah:
entah mana dia dapat idea ni tak tau la!

Anonymous said...

bagus masturah..jimat wit ckgu fakrul xpyah bli ubat nyamuk stok sminggu..hahahaha

-malina-

faqhrule said...

malina:
kat bangi ni tak ada pakai ubat nyamuk pun :)