Thursday, May 6, 2010

TAG: JANGAN SEBUT LAJU-LAJU!


tag ni aku dapat dari stargone. dah tak musim tag-tag dah sekarang ni. tak macam masa mula-mula jadi blogger sosial dulu. bersepah tag sampai termuntah atas keypad nak jawap.

okey. layan tag ni dulu. nanti cerita belakang kira aa.


1. Anda rasa anda hot?
ya. cuaca sekarang buatkan aku rasa panas. biarpun hujan malam-malam. tapi berpeluh jugak dibuatnya. huh hot sungguh!

2. Upload gambar kesayangan anda!
gambar kesayangan? payah tu sebab banyak sangat gambar yang aku sayang. ishhh sayang la nak upload. tapi aku bagi gambar yang satu ni, ni boleh?

3. Kenapa anda suka gambar ini?
ni gambar masa aku tadika kemas. tak nampak ke hapa? kan ke bapak comel kiut miut tu! ishhh!

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
beberapa tahun yang sudah. saya memilih lempeng pisang buatan mak saya. cicah dengan gula merah. kena teh panas waktu hujan petang. perghhh.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?

BARAKA ALLAHU LAKUMA by MAHER ZAIN. baru dengar sekali gua dah tertarik hati. hari-hari dengar grindcore tepu jugak jadinya. sedap doe lagu ni. lembut hati jadinya. try la dengar!

6. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
layan Facebook sambil tahan lapar. kejap lagi nak pekena nasi goreng daging masak pedas dengan jus belimbing medium.

7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
Aaron aziZ, daniel craig, taufik batisah. eh apasal? memang orang panggil aku macam tu siot! apa?? NABIL?? WTF!

8. Tag lagi 8 orang tanpa rasa kekesalan

  1. Farhan hassan
  2. Shuzen
  3. Megat Azlan
  4. Qish
  5. Saruk
  6. Kak Anem

Siapa no.1 kepada anda?
bloodbrothers aku nih. dia dulu ada band thrashcore. lepas tu main metalthrashfastcore, lepas tu selisih pendapat dengan bandmates, merajuk. setiausaha persatuan PUNK KRASTI BAHAU. anak ustaz hassan. akak dia tak suka dia pakai baju band hardcore, tak macam sepupu dia yang belajar dekat mesir tu

Bagaimana pula no.3?
Merupakan seorang kawan gua jugak. hensem bergaya. comel dan meminati fotografi. minat muzik hardcore jugak ni. masih mencari teman istimewa. moralis macam aku yang sayang pada keluarga. nak tahu lebih lanjut baca blog dia ni!

Pendapat anda pada angka 4?
Orang ke-4 ni merupakan seorang perempuan yang baik, anak kepada seorang tokoh agama. tak boleh reveal nanti dia marah aku. sekarang belajar di malang indonesia. tak lama lagi jadi doktor. dulu dengar cerita dia ada hubungan intim dengan yang no5 tu. nak tahu lebih lanjut? tanya dia sendiri. tanya aku apa aku tahu?

Kata sesuatu tentang orang ke 2?
yang ni childhood grown up fren aku. dulu masa dia tinggal dekat rumah nenek dia, aku selalu ngorat jadi awek aku. jual mahal! lepas SPM jadi awek aku sekejap. rasa macam tak boleh jadi pasangan kekasih, kami bertekad menjadi sahabat baik. baru habis belajar dekat UTM. nak jadi geomatis ke apa ke ntah. masih mencari bakal suami yang agak berduit.

Hubungan anda dengan no 6?
ni dah macam kakak gua. dia ni suka membaca. sekarang berkhidmat nun jauh di sarawak. macam garang, sebab dia tinggal dekat teluk panglima garang. tapi jauh dalam hati, dia ni baik doh. serius!

Perawakan no.5?
perawakan tak boleh dijangka. suka sawan babi tak semena-mena. kuat sentap. tapi macam mana buruk pun dia ini, pun kira bloodbrothers aku jugak. geng hardcore klang. tapi bukan geng hardcore two step. muka tak hensem tapi hati baik. menjadi kegilaan janda-janda klang. sebab tu dia bawak diri belajar dekat johor. meminati kiugiran Young and Dangerous.

sebenarnya ramai lagi aku nak tag. tapi tak apa. ambil je tag ni lepas tu rajin-rajin buat okey!

8 comments:

Paan said...

Pahal ni? Nak kena lempang? Gua report banglong kasi 'sebat' lu sket.

faqhrule said...

paan:
abglong gua dah salam cium perut siap cangkuk dah, kawtim baek punyeeee

F. Hanim M. said...

jangggggggggggggggggg..
xpelah..
ko jeles sbb aku xpyh buat asaimen, xde exam..ko suh jawab tag plak..ok2..

xmegoox said...

adohai.....dah lama x pekena tag2 ni....musim dia dah mai la ni.....

faqhrule said...

sila jawab jangan tau menjawab cakap orang tua je

qishie said...

hahaha..aku lempang kau karang!
gossip kan la aku ngan johnny depp ke!
haih!

sok aku buat.pasal baru lepas update. hehe

Stargone said...

Haha! cayalah bro.. gambar ko masa kecik tu memang kiut gile. aku rasa nak lempang-lempang je.. eh silap, aku rasa nak cubit cubit je.. hahaha!

Nabil? Wakakaka! dalam banyak-banyak nama tu, memang sesuai sangat la nama Nabil dengan ko. :P

**suzenisme** said...

Geomatis? hahah.. mcm dramatis.
GIS Specialist la encik...

mencari bakal suami yg agak berduit? mst la. nk kawen pki dress Vera Wang kt hotel One Utama. hehe.. kidding!
aish., bakal suami belum tentu dpt, nk ade value added plak..