Monday, May 10, 2010

DOKTOR, AKU MASIH SAYANG PADA KAU.



setelah sekian kalinya, seingat aku beberapa tahun lepas aku kembali kepada doktor pagi tadi. lama betul aku tinggalkan doktor. bukan dasar aku mainkan perasaannya, atau atas desakan nafsu, tapi hakikatnya masa sudah beredar, jauh menginjak pada suatu fasa baru dalam hari-hari kedepan. fasa dimana sama seperti anak-anak muda yang mengikut aliran fesyen masakini. seperti suatu trend. itu maksud aku.

doktor, aku tak pernah lupa pada dia sebenarnya. biar seorang doktor dia tidak ada sedikit rasa malu pun untuk berdamping melayan aku. mungkin tidak pernah terungkap ungkapan cinta atau rasa cinta antara kami, namun jauh disudut hati aku memang sayangkan doktor. sayang atas dasar nafsu semata. nafsu ingin memiliki, nafsu ingin dipandang tinggi oleh mereka-mereka yang mengenali doktor. dia masih seperti dahulu. tak pernah marah dengan aku, walau terkadang sikap aku agak kasar atas peribadi dia yang lemah lembut.

aku tekad pagi tadi aku nak pakai doktor. gian pada dia. lama aku tahan nafsu, tewas juga. dosa pahala aku letak tepi. memang tekad aku bulat. doktor masih macam dahulu. badan nampak keras tapi sebenarnya dalam memang lembut. tak pernah tolak bila aku masuk. walau sedikit dengus rengek tidak kedengaran. badan masih licin seperti dahulu, macam maa mula-mula kami bersama. ahhh...rindu!

mungkin pada orang doktor tak ada keistimewaan, sama seperti lain, sama seperti martini, waawa, armani, atau pada nama-nama personal yang memang menggoda jika dilihat. tapi bagi aku doktor masih dalam hati. masih cantik seperti mula-mula dulu aku kenal. pagi ni aku rasa macam jatuh cinta kembali dengan doktor. tambah bila aku hanyut dengan badan dia yang masih lembut. melayan aku macam pertama kali aku pakai dia. servis memang terbaik. mungkinkah ada cinta antara aku dengan dia?

inilah doktor. berani letak berani aku tanggung! lantaklah apa nak jadi pun.
















































DOCTOR MARTENS. hah! lu orang ingat hapa aaa? hotak kotor!

6 comments:

husnabanana said...

HAHAHA!
adoi gila power ayat
terrer bm nih

Shahrul Tanaka Safeai said...

eleh.

xmegoox said...

cilake...gua ingt lu g lorong haji taib td.....wow lawo but....

faqhrule said...

husna:
terima kasih :)

saruk:
selamat tak ada orang ingat gua budak skinhead!

megat:
but kegemilangan zaman crust punk ni

chekgu alan said...

mane lu sebat doc mart ni?
gua ade 1 kt umah kaler merah..
zmn2 skul dlu top 2..

Anonymous said...

łу poganin. Ponoć i

diаbłu ogarek znаł w kaplicy vollkommen () formułować.
Zaś ρotwór bуł ów, co ρо drаkońsku drаżniło mіеѕzczan.

Rycerz poԁjął ωolę.

Pгzerwał ѵon Εggerowi nieсierpliωym mаchnięсіem ԁ�.