Wednesday, May 12, 2010

26 TAHUN PENUH CINTA, TANPA KURANG SEDIKITPUN!



selamat ulangtahun perkahwinan.

dedikasi khas buat dua orang insan istimewa ini. personel yang merangka dan membentuk roh, jiwa, jasad dan nyawa cinta suci mereka 27 tahun yang lepas hingga sekarang. atas dasar cinta mereka inilah, aku terzahir menulis disini. atas dasar cinta mereka inilah aku dapat merasa nikmat mencintai dan dicintai. atas dasar cinta mereka inilah, aku mencintai mereka sepenuh hati.

26 tahun sudah berkahwin mungkin ada yang berkata tidak lama mana jika diukur dengan banding umur perkahwinan pasangan yang lain. tapi pada aku, 26 tahun penuh cabaran dan dugaan badai rumah tangga dan mampu diatasi dengan sabar dan hemah matang dua mempelai ini, suatu yang aku boleh dabik dadakan!

abah menikahi mak atas rasa cinta pada umur abah awal 30-an sedangkan mak baru melangkah awal 20an. terbarai gelak kecil sewaktu mak ceritakan perihal abah datang bertemu keluarga mak untuk melihat mak secara dekat buat kali pertama. perihal saudara-perihal cerita dengan arwah datuk-perihal gulai telur itik. semua itu buat aku tertawa dan muka abah akan sedikit sipu disebalik misai lebatnya bila mak buka lembaran cinta yang mereka simpul kemas 26 tahun yang lepas.

selama 23 tahun aku hidup dipayungi kasih sayang mereka, belum pernah aku lihat abah berkasar dengan mak, belum pernah aku dengar tinggi suara abah menempelak mak, belum ada kasar tangan abah hinggap di muka mak.

mak dan abah masih romantis. Abah masih seperti selalu memanggil mak dengan YANG, tak pernah malu biar di keduri kendara jiran atau dalam masyarakat. mereka masih lagi keluar bersama, tidur sebantal, berteman setia. sungguh bahagia! bahagia dengan apa yang mereka ada, anak-anak yang membahagiakan menceriakan hidup mereka.

tuhan, untuk sekian kalinya, hamba rafakkan syukur kehadratmu, atas kurnia mu dua insan saling mencintai ini dalam hidup hamba yang hina ini. apalah kiranya wahai tuhan, ampuni segala dosa mereka, bahagiakan mereka sehingga hujung usia, didunia dan akhirat kelak. kurniakan mereka cinta yang memangkin cinta kepadamu ya tuhan. perkenankanlah hajat hambamu yang satu ini ya ALLAH.

4 comments:

qishie said...

fuhlamak comel la citer parents ko.

wish happy 26th anniversary to them!

moga berkekalan hingga ke syurga.

faqhrule said...

qish:
TQ qish nanti aku sampaikan kat mak abah aku =)

Nervhous Records said...

power...!

dobot said...

Woot woot. Insya Allah, bahagiaa sampai bilaaa2
Berkekalan hendaknyaaa, amin.
:D