Tuesday, May 18, 2010

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.

menulis entri tanpa ada idea yang baik itu suatu tindakan berani mati. umpamanya seperti berkayuh rakit bambu tengah gelombang samudera ganas diwaktu malam. tiada petunjuk kompas, tiada lampu neon menerang lautan, cuma ada balam-balam cahaya rembulan separa penuh yang kadang-kadang dilitupi awan.

begitu juga dengan kehidupan ini. kalau tiada matlamat atau arah tujuan yang kita sasarkan, rasanya hidup ini macam tanpa arah. tak tahu mana yang patut kita buat. apa yang seharusnya kita kerjakan dan apa yang sepatutnya kita capai pada jangka masa yang telah kita rangkakan. macam meraba dalam gelap. bahaya! kalau salah raba tak ke naya! macam macam kebarangkalian boleh berlaku.

dari itu, matlamat kena jelas. biar kita letak matlamat itu tinggi dan relevan untuk kita capai. jadi kita akan berusaha untuk mendapatkan apa yang telah kita sasarkan. percaya pada diri itu penting. bila ita ada kepercayaan pada diri, moral itu akan terbina, semangat akan ada, minat kita bentuk, tabiat kita pupuk. biar langkah setapak dua, janji kita mengorak langkah. jangan sasaran cuma tinggal angan-angan. biar susah digapai tapi ada usaha menggapai.


renung-renungkan dan selamat beramal.



***



*inilah akibat sebenarnya kalau tak study betul-betul subjek bimbingan dan kaunseling kanak-kanak exam tadi. pandai-pandai buat teori sendiri. ah lantak lah! janji ada matlamat kan!

12 comments:

faqhrule said...

tak ada idea nak tulis entri baru sebenarnya kahkahkah

xmegoox said...

mcm pakar motivasi...tinggal nak ketip gambor telunjuk hala ke dahi je lagi

butterflyana said...

bimbingan dan kaunseling best bukan?
tapi banyak teori yang mentidakbestkannya..
heheee

selamat beramal!

F. Hanim M. said...

hahaha...nnt dh keje dh x ingat dah teori2 tu...
apatah lg duk ulu mcm i..
relevankan teori2 itu di suasana sebegitu??

tp, jwb exam baik2.

F. Hanim M. said...

**relevankah?

Shahrul Tanaka Safeai said...

tulah main fb je..

faqhrule said...

megat:
macam datok fadilah kamcan kan?

yana:
teori tu yang buat merapu sebenarnya kan? padahal common sense je pun.

kak anim:
tak relevan langsung rasanya.

saruk:
Eleh~

shah_reel said...

jangan lupe ye..
kongruen dan kejelekitan ye..
suma tuh ye..
ciri2 seorg kaunselor ye..
haha~

faqhrule said...

ustaz kabel:

bagaimana dengan terapeutik?
hahaha haram tak keluaar!!!

nnbca91_(^_^) said...

trase plak diri ku ini....adei!!haha...stiap yg terjadi bersebab kan ustaz aaron kamcan...hehe...

faqhrule said...

nabila:
hehehe aaron kamcan ea?

Nurul Kornain said...

trime kasih cikgu fakrul. anak murid akan sentiasa igt pesan cikgu.