Sunday, May 23, 2010

HAMPIR MATI LEMAS

"kau reti berenang jang?" adnan mula menegur ketika aku sampai tepian kolam. kawasan kolam memang baik, jauh dari bising dan sibuknya kilang-kilang bangi yang sombong. selayang padang pada perimeter kolam air yang diair melalui empangan bukit. jernih airnya bersih dan jangkaan aku mestinya kawasan berwarna hijau gelap ditengah kolam; paling dalam.

"pandai tidaklah, tapi boleh la sikit," kawabku ringkas. seraya, aku lucutkan baju, kini tinggal seluar tiga suku paras bawah lutut. temulang rusuk berbentuk sewaktu aku liuk lentukkan badan melucutkan baju. aku cecah hujung jemari kaki pada gigi air, boleh tahan sejuknya. biasalah dingin air bukit.

burrrrr... aku terjun ke tengah kolam. ditepi, 3 4 orang sahabat sedang terdampar, dada mereka berombak. mereka terlebih dahulu sampai dikolam mandi terbuka ini. aku kuakkan kayuhan lengan, kaki aku kocakkan pada permukaan air. sesekali aku mencungap oksigen yang makin kurang dalam paru-paru bersih ini.

sampai ditebing sana, aku binkas untuk terjunan kedua. renang makin buas, percih air makin garang. sampai di tengah kolam, aku hilang arah! tangan lenguh kayuhan kuak tidak teratur. aku panik! aku gagahkan kayuh hingga hampir ke dinding kolam. tak sampai setengah meter, aku mula karam!

hilang punca, makin tenggelam. aku mula kabur. sedikit-sedikit tertelan air kolam. jerit kecil keluar juga serentak dengan telanan air kolam. "ijat..gluppp..ijattt!" memanggil sahabat berbadan sasa untuk menolong. keadaan makin serabut. semua mata tertumpu ke tengah kolam, ada adegan mati-lemas bakal berlaku.

aizat menggenggam pinggang seluar aku lalu dijulangnya tinggi aku ke tepi kolam. cepat-cepat aku berpaut pada tebing batu konkrit. dalam-dalam aku sedut oksigen biar dapat lama aku bernafas kembali. batuk dan muntah air ditebing kolam!

syukur aku selamat. duduk dihujung kolam dengan kaki masih terjuntai di gigi air. merenung tengah kolam dengan berbagai persoalan. mujur tak arwah dalam kolam ni. kali pertama dengan peristiwa hampir lemas. sepanjang aku berendam dalam sungai ke kolam ke tak pernah lagi nyaris mati lemas macam tadi.

mugkin tuhan nak tunjuk, kalau nak mati ni, tak tunggu bila kita dah bersedia ke belum. bila-bila masa nyawa kembali pada penciptanya. aku msaih termenung memerhati gelagat rakan-rakan bersenda gurau ditengah kolam.

aku?

TRAUMA dalam beberapa ketika!

10 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

bahaya!

faqhrule said...

CMH:
selamat alhamdulillah :)

Huzai said...

nasib baik, jang!~

dark_eky said...

pengajarannye..
1-gie amik lesen penyelamat..
2-pkai la alat bantuan pernafasan..
kui3..

xmegoox said...

pergh......gua ader gak pgalaman drown nih.....memang panik dia lain macam.....at the end ko akan rasa owh aku dah nak mati...dan semuanya akan sepi seketika...seolah2 masa terhenti.......demmmm aku drown kat kolam renang awam siak

Nurul Kornain said...

alahai.. laen kali pki pelampung ye cikgu

kc nur qasedah said...

sian u,haih. alhamdullilah tak jd pape

safiQ said...

baik xmampuih!!

yoro okino said...

first time aku lemas time darjah 2 kot..time tu xde saper pon dgr kecuali akak aku..akak aku yg selamt kn aku wlaupon dier x sesempurna aku..caya laa..huhuh

student said...

aku pernah alami.
plot hampir sama, tempat berbeza.haha.