Friday, July 30, 2010

MACAM-MACAM HAL LA!

hari terakhir internship di sekolah semalam betul betul buat gempar. malas aku nak gebang cerita dibambu barisan pentadbiran sekolah yang tak mesra guru praktikum. entri ni entri cintan. cerita pengorbanan cinta.

seorang murid tahun enam lelaki ditangkap kerana berbelanja dengan jumlah wang yang agak besar. dan itu mencurigakan. tambah mencurigakan bila dia memberi wang belanja rm5 setiap orang kepada beberapa orang rakan yang lain. akibat dari itu makcik kantin berasa curiga kerana murid tadi membeli makanan dengan membayar not rm1oo, suatu rekod murid berbelanja besar di kantin sekolah!

siasat punya siasat, budak lelaki tadi mengaku mencuri duit tersebut. mangsa curi bukan orang lain, tapi suami makcik kantin. jumlah kecurian adalah rm500. baru belanja sikit saja. tak sempat joli dah kena tangkap. lagi satu, anak makcik kantin juga rakan sekelas murid ini tadi, turut diberikan wang poket sebanyak rm5.

siasatan lanjut mendapati murid yang mencuri ini tadi telah, memberi rm400 tunai kepada keskasih hatinya juga merupakan rakan sekelasnya. ditanya mengapa dia memberikan jumlah wang yang agak besar pada murid perempuan itu, jawabnya ringkas; "TANDA KASIH CINTA SAYANG". perghhhh...

kes dirujuk kepada jawatan kuasa disiplin sekolah untuk tindakan sususlan.

***
bai,
rm400 tu boleh beli cincin tanya, dengan cincin belah rotan siap. aku pun tak penah bagi perempuan rm400 tunai sebagai tanda kasih sayang.
lagu tema; BUNGA EMAS - IKLIM

Monday, July 26, 2010

BARIS-BARIS PUISI PENDEK YANG TERENCAT

mana madah indah,
susun kata patah bicara,
yang dulu jadi coretan tiap ketika dan detik,
yang merawang dari sudut lain, sisi berbeza;
diri aku.

bait puitis yang kian hilang,
berbalam makna, maksud berbeza makin celaru,
bukan lagi imaginasi puitis, bisa menyusun makna nahu berbeza,
menjadi tinta-tinta kata hati yang zahirnya biasa,
namun sebaliknya adalah sebuah prosa,
jujur dari bibir,lidah dan kombinasi akal dan hati.

aku kian hilang nilai puitis,
cahaya ruang sisi artistik diriku,
seperti lampu gasoline yang makin malap,
dek kurangnya kerosin idea,
atau mentol idea yang makin malap,
akibat bekalan voltan rajin yang makin pudar.



***

entri asalnya untuk hati bisu. hampir dua bulan tiada sebarang puisi ditepek disitu. ouh aku sudah tidak sepuitis dulu barangkali.

Sunday, July 18, 2010

FISH UPDATE



lokasi: danau biru fishing arena, bandar baru bangi
masa: 5.00 petang
umpan : dedak ikan + pallet
jenis: rohu
berat: 1.4kg

sekarang current hobi gua: MEMANCING.
jangan nak macam-macam, aku libas dengan joran kang!

Friday, July 16, 2010

ASMARA AKU & FATINI

biarpun dua tiga hari ni, aku dibuat bahan jenaka oleh orang-orang sekeliling aku tebalkan telinga. orang gelakkan aku potong roti paun, bancuh umpan perisa pandan dengan santan, mauripan dan telur meacam nak buat kek. aku tak peduli.

aku sedang dibadai asmara dengan fatini.

srettttttt... kekili pancing aku menjerit. seraya aku sentap kuat joran. tali menegang terus menarik-narik ke dasar kolam. kelibat tak tahu apa jenis. layan tak lama dalam sepuluh minit dah dekat dengan gigi air. terkedek-kedek teman sepemancingan datang bawa tangguk.

ouh fatini rupanya.

Sunday, July 11, 2010

BENEATH of APOCALYPSE - DEATH/ GORE/ METAL



kami bercita-cita untuk menjadi sebuah band metal yang mempunyai legasi tersendiri. metal abang-abang bukan metal adik-adik trendy sekarang. tengok muka dah tau main metal jenis gore punya. bukan metal-metal cinta. atau metal suara kontrol maco. ini metal growl dari mula sampai habis ada dua tiga part pig squeal.

aku dah tempah talipinggang peluru dekat kedai welding azmy. dia design baik punya siap offer pedang besi custom. baru macam satyricon ke macam otep ke macam amon amarth ke behemoth ke. kata metal kan?

corpse paint? aku rasa tak perlu. sebab tengok muka sekor-sekor mesti orang dah gerun. terutama mamat baju merah. memang corpse habis! kitorang bukan metal trend hitam putih. kitorang metal warna warni, cuba lari dari trend sekarang.

lagu masih dalam pemilihan. bila semua dah on, kitorang akan mula masuk studio untuk merakam. material pertama ni mungkin sedikit saja rilis dekat malaysia. kitorang nak keluarkan limited copy. tak ada cd tak ada keset. tak main. kitorang buat 7'' LP. piring hitam! tak ada turn table nasib ko lah!

***
hakikatnya; semua itu angan-angan. realitinya 5 orang tu semua sekarang dekat sekolah masing-masing. bakal guru sebenar menjelang tahun depan setelah 5 tahun belajar di institut pendidikan guru. mereka tengah kering idea nak buat projek apa untuk sekolah sempena program internship selama sebulan. gila ke hapa sebulan nak buat projek besar-besar kat sekolah?

p/s: mamat yang tengah tu saja dengar metal, yang lain tak boleh masuk langsung muzik bising. dorang akan cakap camni bila mamat tengah tu pasang lagu bisng ;
"nahaaramm sungguh haihhh...padiaaa lagu rosak akhlak ni!"

Wednesday, July 7, 2010

MEREMANG

murid bangun berdiri bila aku masuk kedalam kelas. selesai salam dan bacaan doa, aku suruh murid-murid duduk. bila semua dah bersedia nak belajar, aku mulakan pelajaran hari ini. tajuk hari ini adalah kesultanan melayu melaka. tajuk wajib dalam matapelajaran kajian tempatan tahun lima. subtopik hari ini faktor kegemilangan kerajaan melayu melaka - sistem pentadbiran yang sistematik.

aku ceritakan pada anak-anak ini sistem pentadbiran yang cekap ketika itu dek kerana kebijaksanaan pemerintah melaka waktu itu. sistem pemerintahan empat lipatan, lapan lipatan, dan seterusnya. dari tugas dan jawatan sultan, bendahara, penghulu bendahari, temenggong dan laksamana aku terangkan sehingga anak-anak ini faham.

contoh bagi setiap tugas dan jawatan pembesar aku berikan agar anak-anak ini faham dan jelas dengan objektif pembelajaran mereka dan seterusnya mencapai hasil pembelajaran di akhir sesi interaksi. dari cerita hebatnya bendahara tun perak memperdaya armada tentera siam yang mahu menyerang melaka hingga kebijaksanaan tun perpatih putih yang dapat melihat muka maharaja china dengan hanya menggunakan goreng kangkung. semua aku ceritakan. kehebatan laksamana hang tuah yang menjadi sanjungan kerajaan melayu melaka juga satu contoh wajib dalam penerangan konsep tajuk ini.

bila ada murid bertanya tentang cerita sultan melaka. aku ceritkan tentang pengislaman pengasas kerajaan gah ini. bagaimana sultan muzaffar syah meluaskan empayar dengan menakluk banyak jajahan tanpa pendekatan perang. tapi semuanya beruba bila sampai pada cerita sultan alauddin riayat syah.

sedia maklum dengan sultan melaka yang ini, sultan melaka yang begitu berjiwa rakyat. aku ceritakan bagaimana sultan ini keluar pada waktu malam untuk meronda sendiri negerinya, berpakaian seperti rakyat jelata untuk menyamar sebagai rakyat untuk menangkap penjenayah. murid semua diam, sunyi senyap bila aku ceritakan perihal sultan ini. tak semena, bulu roma meremang tegak. serius! memang aku meremang bila ceritakan perihal sultan ini pada murid-murid. nak kata sejuk, mustahil tengah hari buta boleh kesejukan sedangkan di luar kelas, bahang terik matahari menggigit kulit.

mungkin apa yang aku ceritakan tidak tepat pada sahihnya cerita yang aku sampaikan. atau sifat warak sultan ini dan adilnya sewaktu pemerintahan menegakkan hukum hukum agama tidak aku sentuh dengan betul. atau mungkin ada sesuatu yang luar dari pemikiran normal yang terselindung tak dapat aku jelaskan. realitinya aku sendiri meremang bulu roma agak lama, biarpun aku dah berhenti dari cerita tentang sultan ini.

dan, bila ketika aku tulis entri ni, aku masih meremang bulu roma. serius aku tak tahu kenapa.

BAJU BARU SAMPAI








tidur tengah hari akibat kepenatan balik dari sekolah aku terganggu dengan deringan kasar nada dering bising band crustpunx jepun Socialcrime. mimpi indah dirangsang hujan lebat di luar buatkan aku kecewa tidur terganggu. hujung talian suara perempuan. "dik datang kaunter dekat foyer sekarang, ada bungkusan sampai". dalam hati ada bibit riang dengan lebar senyum merekah-rekah memancar.

akhirnya baju yang diorder telaphpun sampai ke pangkuan aku dengan selamat. walaupun beberapa kali digoda oleh makcik kaunter depan suruh aku buka tengok baju dalam sampul pos ekspress, aku tetap tak menyerah kalah. "ni tak lain mesti baju beli online ni," kata makcik tersebut. peduli la, yang penting aku punya gembira tak tercerita!

okey ini adalah baju dari sebuah blog yang jadi inspirasi aku dalam arena menulis blog ni. dari zaman broken noise dulu sampai sekarang ulu tiram straight edge aku ikut. stail tulisan santai. macam-macam hal dia sentuh. emosi bercampur baur. gambar cantik-cantik. bahasa biasa-biasa tapi tersusun. genre pelbagai dalam setiap entri. tuan punya blog macam ganas, tapi baik walaupun tak berapa nak hensem.

tapi dari dulu sampai sekarang aku asyik terpikir kenapa dia pakai ulu tiram straight edge?. sedangkan bukan movement straight edge pun sangkut paut dengan blog ni. haha itu kena tanya tuan tanah blog ni lah. kalau rajin pergi baca blog dia. santai-santai je, tak payah nak berat-berat kepala baca. ULU TIRAM STRAIGHT EDGE

Sunday, July 4, 2010

ATAS TARIKH

update ringkas. play fast or die, itu yang aku selalu kata masa jadi penyanyi kugiran fastcore dulu-dulu masa muda.

maaf lah. banyak sawang dekat blog ni. lama sangat aku tinggalkan. banyak hal kehidupan yang perlu aku selesaikan kebelakangan ini. hal tentang diri, persekitan dan orang sekeliling. belum punya rasa candu untuk bercerita disini. nanti bila aku sudah rajin pasti akan aku update selalu ya.

eh lupa ada orang lupa makna kata pinjaman bahasa imperialis; LETTING GO. ha buka kamus dwi bahasa dan terjemahan ada disana. LETTING GO. ok?