Sunday, August 29, 2010

MERIAM KATAK FOR DUMMIES

dah tinggal kurang 10 hari lagi menjelang hari besar umat islam untuk tahun ini. aku masih macam tahun dulu-dulu, masih tak sabar untuk berhari raya. sekejap benar dah nak raya kan? rasa macam raya baru awal tahun dulu, dah nak raya. kalau dulu zaman dekat kampung paling seronok waktu nak tunggu berbuka. aku dengan dua tiga orang kaki lain mesti lepak belakang rumah layan meriam tanah. lu orang tau ke meriam tanah? selalu dengar meriam paip, meriam buluh kan? aku layan meriam tanah.

meriam tanah atau ada orang panggil meriam katak. mari aku kongsi sikit cara nak buat meriam nih. lu budak bandar, tak tahu kot main benda ni.

cara nak buat meriam tanah ni tak rumit pun. amalan kitar semula jimat kos. guna bahan-bahan terbuang je. mula-mula cari tin Dumex atau tin susu ke, Milo ke tin planta saiz paling besar. saiz xxl tu. selalu kalau kedai minum tin-tin macam ni memang ada tak pakai. carilah barang 5 6 biji. dapat tin dalam 6, simpan 1 tin buat tempat mencucuh.

5 tin tadi tebuk lubang diameter dalam 9 ke 10cm. gali lubang macam gali parit dalam anggaran sekaki. bila dah gali parit agak-agak boleh tanam tin tadi, susun tin memanjang dalam parit seolah nak buat pembentung. pastikan lebihkan panjang sedikit untuk tin peledak satu. kemudian timbus dengan tahan atau pasir atas 'parit pembentung tin' tadi.

nak lagi tekankan ciri keselamatan, cari guni besar, isi pasir padat-padat kemudian letak atas pembentung tadi. rasionalnya bila meriam tin ni meletus, taklah menghambur tin yang ditanam tadi keluar. bila rasa dah boleh selamat, bolehlah mulakan acara meletus meriam ni.

tin yang dijadikan peledak yang spare satu tadi, tebuk kubang ditepi bahagian bawah. jangan tebuk bahagian buntut tin pulak. lubang dalam setengah sentimeter cukup dah. isi air dalam sebelah tapak tangan dalam tin. letakkan karbaid secukup rasa. lebih baik air jangan banyak. cukup untuk membuatkan tindak balas kimia antara air dengan karbaid menghasilkan gas sudah kira lulus. bila sudah agar bergas, cepat-cepat rapatkan tin peledak berisi karbaid dan air tadi dengan pembentung yang sudah ditanam. sebaiknya himpit sedikit tin peledak dengan benda berat bagi mengelakkanya melenting ketika meletus.

sekarang part mencucuh api pada lubang tin peledak yang dah berwap gas. pastikan menggunakan kayu dalam sedepa bagi pemain meriam amatur. cucuh api betul-betul pada lubang yang gas karbaid sedang keluar. KEBABOMMMMMMM.. pasti menggegarkan sekitar kampung. AMARAN: kalau tak meletup, menyala api macam pelita dekat lubangtin peledak, jangan memandai pergi buka tin pakai tangan! memang tak putus jari tapi kemungkinan untuk berdesing telingan meriam kau meletup sendiri memang ada! sila congket tin peledak dengan kayu pencucuh.

sila eksperimen sendiri komposisi air dengan jumlah karbaid dalam tin peledak bagi megelakkan meriam anda tidak meletup atau cuma menjadi pelita sahaja. benda ni teori memang tak faham. kalau praktikalnya baru nampak benda ni tak rumit mana.

aku nak buka kelas meriam tanah ni. siapa berminat boleh letak nama. tempat terhad. yuran kita bincang lain.

3 comments:

Anonymous said...

rosak2...huhuhu

-malina-

Gen Mayhem said...

repot polis best nih

Unknown said...

Meriam katak tu meriam tin