Wednesday, October 20, 2010

INI CERITA CINTA MATI.


siapa pemain sepak takraw yang engkau orang semua kenal? berikan aku 4 nama sudah cukup. janggal bukan? atau tak tahu langsung siapa pemain sepak takraw negara sendiri. itu bukan salah kau orang. itu salah orang yang menganaktirikan sukan tradisi negara sendiri.

yang nak aku cerita ini adalah satu benda yang betul betul aku jadi passion dari kecil sampai sekarang, dan dah macam darah daging aku adalah sepak takraw. mula main masa sekolah rendah sampai dah umur 23 sekarang aku belum berhenti main sukan tradisi ini. dan masih belum jemu.

mungkin tak sama dengan muda-mudi lain yang begitu menggilai sukan seperti futsal, paintball, bolasepak,badminton, tennis dan apa jugalah sukan yang ada, takraw tetap dihati. memang tak pernah sampai pada satu pencapaian yang betul-betul konsisten pada tahap tinggi, namun apa yang aku ada sekarang maksudnya kemahiran dalam sepak takraw yang aku ada memang padan dengan tempoh aku main takraw ni. cuma bakat yang ada ni belum dapat melayakkan aku untuk ada nama dalam arena takraw ini.

mungkin salah satu sebab kenapa susah untuk aku dapat kekasih hati yang betul-betul faham dengan jiwa takraw aku. petang jarang lekat dengan telefon. petang jauh pada internet, petang tak akan lekat dirumah. tahu cari aku dimana? gelanggang takraw. ada kalanya hujung minggu masuk liga takraw. sebab itu bagi aku susah untuk jumpa perempuan yang faham dengan minat aku yang satu ini.

pernah ada bekas kekasi cakap "nanti kahwin la dengan takraw tu,". "makanlah jaring dengan bola takraw tu," huh, itu aku sudah biasa dengar.

tapi ramai tak tahu takraw ni kaya seni dan falsafahnya. juga kaya dengan adab. nampak kasar tapi lembut permainannya. nampak sakit tapi nikmat puasnya. ramai orang boleh meyepak bola atas padang atau tanah atau lantai, tetapi belum tentu orang boleh menyepak bola di udara.


ajaklah aku borak cerita takraw, pasti tak diam hilang modal untuk bercerita.


mungkin ada yang mencebik bibir, mengatakan aku kolot. main sukan tak boleh pergi jauh. tak apa. hanya jauhari mengenal manikam. aku akan terus main sukan tradisi ini selagi ada kudrat sebabnya aku cintakan sukan ini.



yang paling kiri itu idola aku dalam sukan ini. Suriyan Peachan nama dia. bukan aku mengagungkan orang luar dari pemain negara sendiri. tapi aku kagum dengan cara permainan dia. bagaimana dia kawal mental dia dan regu dia. sudah berumur tapi masih lekat dalam skuad senior kebangsaan thailand. kemahiran dia memang pada tahap terbaik! salute!

8 comments:

Paan Ovrtd said...

Tu yang petang2 susah nak ajak lepak lorong tu kan? Brotherhood beb! Brotherhood! Haha!

butterflyana said...

makanlah jaring dengan bola takraw tu

biasa dengar kan? ok ini supaya bertambah biasa. :p

faqhrule said...

paan:
er errr errr... tu pun salah satu sebab. tu pasal gua ajak lepak malam!


yana:
eleh!

CHEKGU ALAN said...

tambah skit ag entri tu:
tp biler dh berusia, generasi2 muda hanya melihat & menyudu libasanku yg ku rasa cukup laju untuk mencecah gelanggang..dan kadangkala libasanku menghentam blocking lawan, tuntas masuk ke gelanggangku sendiri..aku kecewa..hahahahaa

faqhrule said...

alan:
tapi kadang-kadang abang pukul tak tersudu dek kau. sengaja abang pukul lembut-lembut biar tak terasa sangat kalahnya bila jumpa abang tambah-tambah bila abang main posisi killer kah kah kah

NURUL AMYLIZ said...

pasni cari kekasih yg pandai men takraw gak lah! :P

faqhrule said...

amyliz:

haha ada ke?

qishie said...

aku tau sorang pemain sepak takraw yg hebat.


abang aku. hahahahha