Thursday, October 21, 2010

RUMAH HATI

aku tahu kau orang tak berapa baca sangat cerita takraw mengarut aku bawah sana. Suriyan Peachan pun bukan kau orang kenal. yang mahu aku kongsi, dan mungkin ada yang tidak pernah perasan sisi gelap aku yang satu ini. mungkin juga yang sudah sedia maklum tentang satu lagi kegemaran aku untuk tulis puisi.

jadi, rumah satu lagi ini, yang pasak tiang serinya bertunjang pemikiran otak kanan. seninya halus tapi tak termampu dizahir dengan indahnya susuk rupa. cumanya, penilaian pada nilai seninya terletak pada persepsi dan interpretasi kau orang yang membacanya.

tak pernah ikut serta sayembara puisi pun, manakan lagi kerap muncul di acara-acara deklamasi puisi. tapi atas sandaran pada gelojak nafsu ingin menulis sesuatu yang pada aku itu adalah mutiara jujur yang keluar dari hati aku sendiri.

mengolah bait-bait nahu yang biasanya tertutur pada kombinasi lidah, gigi, atau mulut kepada sesuatu yang tertulis dengan rasa hati. yang aku harapkan bila kau orang baca akan terlintas pada kotak imaginasi kamu sesuatu yang indah yang cuba aku garapkan.

kau orang pandai tulis puisi? tak perlu pandai. cukup dengan luahan kata jujur yang keluar dari hati. seperti hati aku yang berkata-kata di sini;




*sebenarnya gua nak beritahu, blog satu lagi tu dah update!

5 comments:

aTiKa aTeRkaH said...

hahaha..style cara kau nak bagitau ea...

kc nur qasedah said...

okayh jadu!

faqhrule said...

atikah:
hahaha syle ke?

KC:
okey REMOJE

Paan Ovrtd said...

'syle'

NURUL AMYLIZ said...

memang kuat typo error lah die ni! ahaha