Saturday, October 23, 2010

MERAPU PAGI AHAD

memulakan pagi ahad di kampung yang hening dengan penuh ceria. buka mata dengan senyuman lebar. kepuasan bukan kerana dapat tidur puas hujung minggu tapi dek kerana Negeri Sembilan melayakkan kaki ke final Piala Malaysia malam tadi. ah biarlah aku bukan penyokong tegar bola sepak tanah air atau antara bangsa, tapi aku cukup seronok tengok bola malam tadi, biarpun Negri main macam budak sekolah bawah 18 tahun!


pagi ahad yang indah ini dengan secawan koko panas, roti bakar sapu margerin dengan gula dengan akhbar tempatan yang abah awal-awal lagi sudah beli. baca akhbar pada ruangan yang paling sahih dahulu; bahagian sukan. sebelum beralih pada cerita-cerita klise minggu ini. malas aku nak ulas. baca sendiri akhbar!


cuaca pagi yang baik. tidak panas tidak mendung. redup sahaja. ini yang aku suka balik kampung. suasana yang tenang semuanya menghindar stress jauh-jauh. semuanya bagai satu situasi teraputik bagi orang-orang yang tertekan dengan keadaan hidup dalam tekanan yang menghimpit. tambah bila ahli keluarga semua ada sekali.


mak masak gulai kegemaran aku hari ni. ayam kampung masak lemak cili api.













sebenarnya aku cuma nak bagitahu:


AKU MALAS NAK BALIK MAKTAB! MALAS NAK BALIK BANGI! MALASSSSSS MALASSSSSSSSS!

16 comments:

Kc Kasedah said...

besh kan umah suasana kampung.

Iffah Hidayati said...

wah.syok balik serting.
rupanya sepupu aku pun maktab bangi juga sma dgan ko

qishie said...

balik la weh. ngade2. huhu

faqhrule said...

KC REMOJE:
best la KC. sangat best!

IFFAH:
ko berapa lama tak balik serting fah?
sepupu ko sem berapa?

Qish:
eleh tau la ko tak boleh selalu balik Malaysia

Fnd Rocka said...

Berhenti je study.hakhak

yana lyana said...

yeahh! hoben jang hoben..hehe meh sep sikit! :)

amyliz said...

wah! da duk uma seronok lak die.

balik la! haihh

:P

miss S said...

ah jelez dapt balik sesuke hati...jelez!

faqhrule said...

fndrocka:
haha dah tak sampai sebulan tamatlah study 5 tahun kat bangi ni

yana:
eh orang N9 ke?

amyliz:
dah balik sebab seronok tengok johor fc kalah malam semalam

una:
hehehe padan muka! siapa suruh belajar jauh-jauh

CHEKGU ALAN said...

dapat tiket free jgn lupe helo2 bro

Nursyuhaida said...

masak lemak tu terbaik..kalau nak sedap meh campak nangke muda sebijik.haha

Nurul K said...

hmm. rindu abah dan mak.

faqhrule said...

alan:
okey nanti gua tanya kalau ada la.


syuhaida:
boleh main campak-campak pulak ye? hahaha kena campak keluar rumah kang tau la.

NK:
dah nak habis blajar dah pun kan. nanti balik la rumah.

hana said...

yosh! aku suka 2 ayat terakhir tu.

hayati Al Agil said...

relax la..dah x smpai sebulan..pas ni dah jejak dah kot..

Iffah Hidayati said...

sem xtahu,lupa daaa
kali terakhir? raya aidilfitri.he