Wednesday, November 10, 2010

BIE, MENGAPA HARUS KITA JUMPA DAN BERPISAH!


aku tinggalkan cerita cinta tak kesampaian di belakang. puas dan pelbagai cara aku buat, namun jawapannya tetap sama. tak ada peluang untuk betulkan kesilapan dulu. bila aku nyatakan rindu dia masih tak peduli, itu tanda cintanya telah mati. mati bersama khilaf yang pernah tertulis dalam cerita cinta dahulu.aku campakkan semua kisah duka cinta hampa bersama kenangan jauh dibelakang.

dan sekarang aku dah jumpa cinta baru. cinta yang baru singgah dalam hidup aku. kenal tak lama tapi rasa cinta dah mula berputik. dulu cuma putik sekarang dah mekar menguntum. betul, tempoh perkenalan yang singkat. tak sampai sebulan, tapi rasa kasih dan sayang tu lahir dari hati jujur dan ikhlas tanpa sebarang sandaran nafsu semata!

dia manja, pandai, cantik semua ada pada satu kayu ukur yang aku tetapkan untuk seorang kekasih. biar kadang-kadang dia suka mergam atau perangai seolah kanak-kanak tapi aku tak kisah. biarkan janji rasa cinta yang berputik ini akan membahagiakan aku.

tak kisah apa orang mahu herdik. biarlah kata mereka cinta terlarang. namun pada aku, hadirnya dia dalam hidup aku sekarang, bawa sinar baru. sinar untuk aku tinggalkan kisah sedih yang lama membendung tak berarak menjah dalam hidup aku sekarang.

tapi kenapa sekarang baru dia muncul? kenapa bila aku nak tinggalkan tempat ini setelah 5 tahun bermastautin di bangi ini? kenapa? kenapa setiap bahagia yang aku mula kecap pasti berakhir dengan kesedihan dan perpisahan? siapa yang temankan dia bila dia mahu bermanja? siapa yang akan suapkan makanan bila dia lapar? siapa yang akan tenangkan dia bila dia sakit dan resah nanti? siapa?

untuk bie, jang harap bie tabah dengan semua ni. sabarlah mungkin bukan jodoh untuk kita bersama. jang harap bie akan teruskan hidup bie dekat bangi ni dengan baik. maafkan jang kerana tak dapat bahagiakan bie. terima kasih sebab bie datang dalam hidup jang bawa sinar baru, biarlah sekejap tapi jauh lebih bermakna dari mengharap kasih orang tak sudi. biar jang banyak kekurangan bie masih boleh terima jang. biar jang ni penipu, bie sanggup terima jang. biar jang ni cakap kasar, bie sanggup terima jang. terima kasih bie. jang sayangkan bie selama-lamanya!












ini dia cinta hati gua yang baru;

GARETH BALE @ BIE- L






ha bukan ke comel dia ni! eeeee geram!





siapa nak bagi dia makan frieskies lepas ni? nak harap cleaner? kena hamput pakai penyapu ada lah! :(





bie suka buat sepah atas meja aku.




lepas tu buat sepah atas kotak pulak!





bie termenong jauh bila aku cakap aku dah nak habis belajar dan tinggalkan tempat ni.
:(

gareth bale ni seekor kucing jantan, gemuk dan manja dan bersih cuma tak ada yang nak jaga.
:( u will be missed bale @ bie!

26 comments:

una said...

sagt comelll....

faqhrule said...

yan:
lepas ni tak tau sapa nak jaga dia :(

senah jongos~ said...

haha...sadis gile entry nih..kalo utk pompuan lah...konpem pompuan tuh lulul lah..
btw...bawak lah bie ni p tmpt ngajaq nnti...habis crita..xrindu2... =)

CHEKGU ALAN said...

bak kate sorang brador tu:
mencintai x semestinya memiliki

Mi$s NiCkeL=? said...

hehe
igtkan sape la bie tu..
semoga abg jang akan jumpa seseorang yang dpt mghargai abg jang..
aminn

faqhrule said...

senah:
haaa cantik gak idea tu, bawak dia balik rumah la kan!

alan:
brador kedai sup tadi kan.

nik:
amin. tq nik :)

Atikah Azmidi said...

huk... cian bie.... carila bapa angkat baru utk bie... leh tlg jaga2 n tngok2 kan dia.. bg mkn utk dia

faqhrule said...

atikah azmidi:
setakat ni tak ada yang sanggup bela dia lagi :(

sharamli said...

jaga BIEni chegu baik2...

kagum dengan chegu..
chegu ada sifat yang maksu xada
:)

catl0ver~~

syafiqxsaifullah said...

bungkus dlm kotak beso kemas2.
bawak balik kampung ja encik bale
tuh! sian dia en
nt barang sapa dia nak sepahkan pulak?
hahahaha

faqhrule said...

maksu:
laaaa maksu tak suka kucing ka? awatnya?

syafiq:
aku ada plan nak bawak balik gak. tapi takut dia tak biasa pulak hidup cara kampung. yelah duduk bandar baru bangi la katakan :P

diba said...

xsuke kucin ngat..huu
kim slam kt bie..jgn sdey2..he

Paan Ovrtd said...

Kucing jumpa ni memang lain dia punya sentimental value. Gua selalunya tahan je jiwa nak bela kalau jumpa kat memana, pasal ramai ahli keluarga gua lelah.

cik helena said...

bg kite lah!

CHEGU ALONG said...

oh sungguh ku terharu dgn cinta terlarang milikmu..lalalala~~~

Pais Chaos said...

bie ko sempat ajar dia shufle x?

faqhrule said...

diba:
bie jawab salam meowww meowwww je :P


paan:
kadang-kadang gua sedih jugak bila tengok kucing dekat kedai makan tak ada siapa jaga. ada yang cantik tapi tu la pasal bila dah banyak sangat jadi pengganggu pulak bila dia datang masa kita nak makan.

cik helena:
nak ke? nak meh la datang sini ambik.

along:
tolong jaga kucing abang jang boleh tak long?

pais:
aku ajar dia macam mana nak handle facebook sendiri pais

qishie said...

ala..ape seh semua tinggalkan selangor.

NURUL AMYLIZ said...

saspen seh! haha

dobot said...

Dah agak dahhh! :DD

ZAIMEZAINIE said...

bro...gimik mmg mendebarkanla bro..khateep tentu kecewa..chentamu terbahagi 2...
tapi,mmg betullah..kalau cinta org tu suci..dia akan terima buruk dan baiknya kita kan..bukan menghukum sewenang2nya...takpe bro..do the right decision..gua support dari belakang!!!!~

CHEKGU ALAN said...

anta vatinari (cm sinar fm ckp)
hahha

faqhrule said...

qish:
5 tahun dah jadi warga selangor, kena tukar pulak la sekarang.

amy sai:
hehehe cuak ke?

fifa:
hehehe dah macam klise pulak kalau entri suspen ni kan?


yayan:
hehhe khateep tetap di hati sis! tq for the motivation :)

alan:
bukan sinar dol. suria!

giGGLe said...

x bley blah lem....hahaha....
oke,angkut la bie 2 skali bl posting nt..xde sp jeles pya..

F. Hanim M. said...

~huu..
trus tringat kucing2 yg i suke bg mkn friskies kt blok E dulu...ade lg ke x agaknye..

Cikgu Fikri said...

Ha......
kucing ni lah yg kwn sy bg nama FIKRI!!!!
kURANG aSAM BTOL....