Sunday, December 12, 2010

AKU DIA DAN LAGU

"rul, pilihkan abang nombor 3. volume kasi kuat sikit eh," kata abang safuan. dia lebih mesra dipanggil brader lenthok dikalangan kaki-kaki takraw tempat aku main. brader lenthok capai mikrofon. "test, test 1 2 3," parau suara brader lenthok mencuba sistem bunyi. muzik pun bergema dalam ruang bilik yang boleh memuatkan 8 orang saiz besar dalam satu-satu masa. pengahawa dingin memang terbaik, suhu sejuk mengudarai ruang malam bilik dengan alunan seleksi lagu-lagu pilihan. malam itu, empat orang ahli kelab sepak takraw air hitam berentap dalam gelanggang yang berbeza dari arena sepaktakraw; karaoke.

brader lenthok mengalunkan lagu pilihan dengan penuh perasaan. tiap bait lirik yang terpapar pada layar, disebutnya dengan nahu yang betul. tiada sumbang tiada cacat cela. kerja mekanik, tapi suara macam penyanyi shahir af 13. seleksi pilihan brader lenthok semuanya rock cintan. semuanya mendayu-dayu tapi memang sedap dilayan.

selesai brader lenthok menyampaikan lagu terakhir, dia duduk disebelah aku. rokok dinyalakannya dan dipepis dihujung bibir tebalnya. "rul, kau tau apa beza lagu dulu dan sekarang?," tanya brader lenthok dalam nada serius. pandangan matanya jauh dilemparkan pada keindahan pekan bahau yang mati malamnya.

"hmm muzik dan melodi barangkali? hmm entahlah bang, banyak beza." aku jawab persoalan brader lenthok. "bezanya pada lirik. melodi itu improvosi, ikut perkembangan. tapi bab lirik itu yang ketara," jawabnya ringkas. sesekali asap putih rokoknya mengganggu aku untuk terus fokus pada buah bicara malam itu.

"grup dulu-dulu, senang cerita orang lama lirik dia mendalam rul. makna dia tersirat. kau boleh berfikir apa yang cuba disampaikan. tak macam grup sekarang, terlalu direct. kadang-kadang tak tentu apa sebenarnya cerita sebalik lagu yang disampaikan," ulas brader lenthok.

"dengar ni, " Hujan... bagai mengundang nestapa,Titis airnya,Bersama deru tangisanmu...(visa - dalam gerimis) cuba kau fikir apa yang dia nak sampaikan? macam mana dia gambarkan emosi dengan persekitaran? puitis tak? makna dia pun mendalam kan," kata brader lenthok serius. aku mengangguk, mengiyakan bait-bait lagu yang dinyanyikannya.

"okey dengar yang ni pula rul, Malam kian memaksa lagu menghanyut pilu, Wajah-wajah duka pun hilang, Jika tersua lagi mungkin aku menangis, Menahan getaran hati yang musnah (sons of adam - memori duka). cuba tengok macam mana dia gambarkan dia punya sedih dengar perpisahan? dia kaitkan malam dan rasa pilu dia macam mana rul? macam mana dia tahan hati dia yang luka parah? puitis kan?" tanya brader lenthok dengan serius. rokok dibuang dari bibirnya.

"budak sekarang dengar bunkpace. apa benda? muzik sedap, lirik sedap. tapi kejap saja ada dalam minda, lepastu pergi menghanyut entah kemana kan? itu sebab lagu dia tak ada sentimental value. tak tinggalkan kesan pada yang dengar rul!" "macam budak sekarang lah, nak sedap sekejap saja, lepastu buang terus. tak ada rasa yang mendalam budak sekarang ni rul!" bersungguh nadanya kali ni.

"kau pernah putus cinta kan rul? aku tengok kau meroyan dalam facebook tu kan? abang nak tanya, mana lagi kau tersentuh, bila kau dengar Fotograf- jangan kau ucap selamat tinggal dengan Shahir kebahagian dalam perpisahan mana lagi buat kau rasa nak meraung?" anak matanya menjegil tepat pada muka aku. "fotograf bang," ringkas aku balas soalannya. "haaa kau sendiri tau kan rul!" kata brader lenthok sambil menepuk bahu aku.

betul kata brader lenthok. lagu lama memang banyak meresap dalam jiwa kalau layan betul-betul. kena pula dengan situasi yang kita hadapi. bagi aku bergantung juga dengan susana persekitaran kita. kalau kita dibesarkan dengan kultur muzik pop melayu, tak mustahil memang jiwa pop melayu kuat dalam diri. begitu juga kalau kau dibesarkan dengan kultur muzik barat, mungkin pada kau muzik barat lebih nilai sentimentalnya bukan? tepuk dada tanya selera.


kami beriringan ketika menuju ke keretanya untuk pulang. banyak cerita kisah dan lagu brader lenthok malam tu aku kutip. dia ni dulu pun rockers putus cinta. nekad membawa hati yang luka menjadi mekanik kereta di pekan mahsan. kalau main sepaktakraw, dia punya servis tapak memang bahaya bhai!



"bang sebenarnya saya putus cinta lebih meroyan kalau dengar Rossa - Hati yang kau sakiti dengan aku bukan untukmu" aku jawab dalam hati.

8 comments:

sharamli said...

bukan chegu minat shahir ke? keh keh keh

Paan Ovrtd said...

Hahahaha! Jawapan paling sebetulnya tu terbaiklah!

giGGLe said...

lem,cpt bagi makngah...
cari cpt2...
haha...

dobot said...

Awwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!

Nurul Kornain said...

itu aku sokong la... org dulu2 lagu mmg puitis gila...

skang ni pun ade je lagu2 yg agak2 putis jugak.. tapi mungkin dah kurang.

diba said...

skong..dlu punye ag touching..ehe lagu indon pn boleh than kan..;)

kc qasedah said...

suka entri neh. nk komen tatau apa nk komen. tapi suka. u faham kan?

student said...

aku kalau meroyan sakit jiwa..hmm..aku cuba gak cari sidian sampai jumpa! tapi kalo tak jumpa gak.....k.e.c.e.w.a...