Thursday, December 23, 2010

AKU LELAKI YANG HIDUP DALAM KENANGAN

pada aku, seseorang yang payah untuk meninggalkan kenangan; baik manis ataupun pahit yang berbekas dalam kehidupannya merupakan orang yang menghargai kenangan itu. ya, biarpun semuanya sudah menjadi kenangan tapi mengambil masa untuk melupakannya atau pada aku mengambil masa untuk menerima hakikat itu; adalah orang yang mempunyai kesukaran menerima hakikat dan ketentuan. bergantung dan terpulang pada cara menghargainya. ya seorang yang retorik barangkali.

aku juga begitu, masih tak boleh hidup tanpa dibanyangi kenangan lama. masih juga belum boleh menerima haikat sebenar yang aku sendiri terpaksa menempuh kehidupan yang berbalam-balam lagi kenangan lama. buatlah apa pun, terdikit pasti ada lintasan-lintasan kenangan lama yang membunuh jiwa sendiri.

semuanya ini gara-gara status KLMJ aku di facebook (KLMJ merupakan akronim untuk KENANGAN LALU MENGUSEK JIWA) satu terma dimana digunapakai bila seseorang individu itu teruk dibadai kenangan lama, yang sadis terutamanya.

***

come on la move on la! "carilah yang lain and move on to ur future..." (komen status FB gua)

mungkin pada orang lain, move on itu hanya semudah yang diucap. tidak pada aku. mulut mengiyakan tapi hati tak ikhlas merelakan pengucapan. macam mana?

klau xblh move on dont disturb others.. (komen status FB gua lagi)

dude, aku tak pernah kacau hidup orang. tambah-tambah bila orang pernah ada hubungan rasa dengan aku. cuma, cara aku 'overtake' mungkin menyakitkan hati. ya kalau kau orang baca status aku di FB memang sesuatu yang menjengkelkan. tapi itu cara aku, cara aku buat kau tibulkan rasa benci dan jelek terhadap aku. dan pada aku, cara itu yang membantu aku untuk hadapi semua ini. ya benda ini suatu yang sukar. ya, aku seorang PSYCHO kan? nice one :)

lepaskan dy dlm pkrn KAMU.... if u love somebody set them free....(last gua copy komen status FB gua)

lepaskan dari dalam fikiran? mustahil pada aku. manusia normal pasti sukar menghadapi saat-saat getir dalam hidupnya. dan saat-saat getir yang berlalu itu akan menjadi suatu kenangan. sejauh mana kenangan itu menjadi sesuatu yang manis atau yang pedih mengguris terpulang pada personal individu itu sendiri untuk mengendalikannya.


aku tanya kau orang kembali. if u love somebody set them free. boleh? aku tidak.




p/s: gua tak pernah paksa lu dalam apa juga lu buat dalam kehidupan lu. dan gua tak pernah paksa lu benci gua. tapi dalam keadaan sekarang terpulang pada lu untuk benci gua. kerana, kebencian lu satu sebab kenapa lu tak boleh terima gua semula. dan pada kaca mata lu dan kawan-kawan lu gua yang jahat ni punca segalanya. baik itu gua terima. dan gua harap satu hari nanti lu dapat rasa macam mana pahitnya rasa terbuang, macam gua sekarang.


10 comments:

Anonymous said...

:')

Paan Ovrtd said...

Go out there and fall in love - Yasmin Ahmad

http://www.youtube.com/watch?v=QD2AjWMqmCc

Kc Kasedah said...

orang senang cakap,bagi kata2 perangsang - tu i mmg hargai.

tapi nak lepaskan,nak lupakan ingat senang? walaupun kita da ada yg lain,kalau hati dan fikiran tetap pd kenangan lama,takleh nak ubah apa-apa.


KLMJ STILL RULES :)

Anonymous said...

Time is too slow for those who wait, too swift for those who fear, too long for those who grieve, too short for those who rejoice, but for those who love, time is eternity
Do enjoy ur KLMJ..
Just ignore what others said..
:)

Nurul K said...

kenangan manis tu pengubat jiwa yang lara. walau ianya cuma tinggal kenangan.
walau kita cuma ketawa seorang
senyum seorang
manisnya seorang.

take ur time beb. melepaskan kenangan itulah yang pahit dan derita.

tapi percayalah, tanpa kecewa, bahagia berganda-ganda takkan datang. because we learn sumthing from our memories, eventhou ianya sangat pahit untuk ditelan.

aku doa yang baik2 untuk kamu okay.

Anonymous said...

Orang yang tak ada KLMJ ni orang gila jer yang mindanya kosong tak mampu menyimpan apa apa kenangan. Biasanya orang yang bijak pandai, mindanya penuh dengan kenangan dan mampu memutarkan semua kenangan dari mula hingga akhir dalam sepanjang hidupnya.

student said...

hidup dalam kenangan sentiasa buat aku terkenang..cari lain?bukan semudah mainan lidah dan bahasa..

student said...

bro, gua tag lu!

P/s: kamu di-tag..dialu-alukan ambil disini..^_^ http://www.cetusan-student.com/2011/01/bloglist-istimewa-untuk-blogger-baru.html

nurul amyliz said...

yang, i tag u in a post. jom join!

http://beingcolorful.blogspot.com/2011/01/izamir-ridzwan-pendrive-giveaway.html

yannah said...

Sabar..patah tumbuh hilang berganti..