Sunday, January 23, 2011

MONOLOG RINDU TAK SIAPA PEDULI

mungkin pada satu saat nanti, bila tiada semua menemani, kau akan mengerti bagaimana rindu itu bentuknya. bila satu masa nanti, bila tiada yang menyayangi, kau akan mengerti bagaimana ukurannya rindu. dan bila suatu detik, rasa kosong menghuni naluri cintamu, akan kau tahu bagaimana rasanya merindu.

aku masih seperti dulu hidup dimamah kenangan lama. belum ada padamnya nyala api kecewa yang sentiasa membentuk bayang-bayang dibalik cahaya hari-hari mendatang. masih lagi aku melangkah dalam lagu-lagu derita. lagu duka masih terngiang pada kotak lelagu kehidupan. belum ada hentinya dan seperti ianya dimainkan dalam mood yang berulang-ulang.

sungguh, disaat aku menyatakan aku merindu; pada diri sendiri, cuma yang berbisik pada kerinduan ini cumanya satu angan-angan. angan-angan yang hilang bersama kepul-kepul khilaf yang menghancurkan semuanya. sungguh aku bukan seorang maksum yang terpelihara dari melakukan khilaf dan dosa. dari kerana itulah, setiap kerinduan yang datang menjengah kenangan lama, aku tanamkan jauh-jauh dilapang dada ini. aku kambus setiap rasa rindu dengan ego-ego tepu yang terkadang larut dalam rintih merindu. tak apa, ego ini akan aku pupuk biar padunya membatas perasaan yang satu ini; rindu.

dan pastinya, monolog rindu ini cuma bicara sebuah rasa rindu yang tak terluah pada senjata tidak bertulang. medan inilah tempat aku zahirkan rasa rindu; cuma rasa rindu. rasa bukan aksi! dan sesungguhnya aku percaya bahawa;

*

kalau perih,

**

sakit,

***

sedih,

****

nestapa,

*****

di ombak rindu sekali pun;

******

TAK SIAPA PEDULI.



kan?


5 comments:

nwa said...

sangat sakit..jadikan kenangan atau kesilapan lama tuh pengajaran masa skrg..semua orang ada kenangan pahit masing2..semua orang juga ada kesilapan masing2..semua tuh menjadikan kita matang..

sharamli said...

rindu macam mana p0n..
kena simpan dalam hati..

faqhrule said...

nuwa:
kalau salah masih boleh betulkan kan?

maksu:
boleh eh maksu simpan.

Redup Pemikiran said...

rindu ni sebenarnya penyakit. kalau tak diubat boleh berjangkit.tak. sebenarnya rindu ni pundek!

Paan Ovrtd said...

apahal tak bawak lagu ni kokey? tak munasabah langsung!