Thursday, January 20, 2011

PENULIS BLOG LETAK GAMBAR GAYA MULUT ITIK DENGAN ENTRINYA

baik. aku tergerak untuk menulis entri ini bila terbaca satu entri dari blog Zara. Zara ini seorang teman yang menjadikan aktiviti menulis blog sebagai satu dari aktiviti rutin dalam kehidupannya. aku pun kadang-kadang hairan macam mana dia boleh ada idea yang bernas dalam entri-entri dia. tak pernah kering idea ke? hahaha. kenal sudah agak lama sebelum follower blog dia cecah 3000 orang lagi. aku gelar dia Cikgu Mata Hitam (CMC) dan dia gelar aku Cikgu Mata Choklat (CMH). cukup? nak tau lagi jengah blog dia, kalu tidak pun tambah kenalan FB kau dengan Zara ni, dan kenal dia sendiri.

apa yang menarik aku untuk menulis entri ini adalah persoalan dari entri; Mana Kau Lihat - Identiti Penulis Blog Atau Hasil Penulisannya? satu persoalan yang seronok untuk kita yang baca dan tulis blog ini fikir-fikirkan. pada aku, menulis blog merupakan satu keturajaan untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca. tidak kisahlah apa pun intipati tulisannya, dakwah, peribadi, ilmu, politikal, bisnes, fitnah hatta bahan pornografi sekalipun macam-macam cara dan gaya tulisan boleh kita jumpa. berbagai cara dan cerita boleh dikutip dari segenap pelusuk blog yang tumbuh macam cendawan lepas hujan. berlambak-lambak! kau tak perasan ke sekarang?

kau sebagai pembaca blog. tulus dari hati aku mahu tanya. apa yang kau cari dalam blog yang kau baca? informasi atau sensasi, identiti penulis atau intipati tulisan atau sekadar 'blogwalking' dan follow blog tanpa ada 'follow-up' ataupun cuma singgah pada blog orang lain, pergi ke choutbox dan tulis begini "hai blogwalking, i dah follow u. u follow i back tau!" (mencebik lidah!) atau kau mempunyai pengikut blog yang ramai atau kau mengikuti satu blog ini, tapi sekadar memenuhkan ruangan follower tak pernah ambil peduli dengan entri atau apa jua perihal penulis blog tersebut? kita yang bagaimana?

atau, identiti penulis blog yang mempunyai rupa paras menawan cantik dan mempersonakan dan banyak gambarnya dalam setiap entri. isi apa yang ditulisnya tidak pernah sebutir pun di ambil pusing? seperti kata Zara dalam entrinya "Sebagai contoh, ada yang asyik membaca blog seseorang itu disebabkan tuan punya blog seorang yang dikenali dengan paras dan penampilan yang menarik walaupun gaya penulisannya sedikit membantu menaikkan lagi sahamnya di mata pembaca. Padahal, isi kandungan serta gaya penulisan itu sebenarnya adalah hak milikan penulis lain yang tiada nilai komersial dan kurang menarik." nah ambil masa renungkan tiap frasa pada perenggan ini!

kalau dengan membuat aksi mulut itik dengan aksi fotogenik boleh mengumpan pembaca untuk melekat membaca blog, aku rasa mahu cuba begitu juga. apa tujuan kau tulis blog? sudah tentu mahu berkongsi tentang apa jua tentang kau mahu kongsikan dengan pembaca bukan? menjadi blog pilihan untuk dibaca atau mempunyai follower ribu-ribu dengan setiap entri yang dikomen berderet-deret merupakan bonus dalam menulis blog. setuju? atau menulis blog dengan bahasa yang sinikal lucu dan sarat dengan kritik sosial yang membina dalamnya. semuanya variasi. paling tidak pun, tulis blog dengan bahasa sms, rojak dan carca marba tapi pasarannya adalah gambar-gambar yang turut dikepil bersama entri. gaya mulut itik terutamanya. kah kah kah pelbagai dan bermacam ragam.

senang ceritalah, selera kita berbeza-beza. macam roti canai! ada orang suka makan roti canai dengan kuah kari, ada suka kuah dhal, ada yang suka banjir, ada suka dengan susu dan ada yang suka roti kosong tanpa ada cicahnya! begitu juga dengan blog. cuma, semuanya berbalik pada diri kita sendiri dalam membaca dan menulis blog. dasarkan semula atas tujuan apa kita menulis dan membaca blog? mana yang kau suka? terpulang.




***

p/s: aku punya lembab sekarang payah betul nak tulis blog dalam nada ilmiah. teruk betul dalam mengupas isu dengan baik. idea pun tumpul. huh. aku kecewa dengan gaya aku tulis blog sekarang! serius!

10 comments:

sharamli said...

Cikgu Mata Hitam (CMC) dan dia gelar aku Cikgu Mata Choklat (CMH).

TYPO ke apa?

sharamli said...

0k..baru nak baca sampai bawah

faqhrule said...

maksu: CHOKLAT tu bukan typo okey. memang dari dulu pakai choklat! huh

sharamli said...

tulus dari hati?

0k..ini tulus dari hati.
maksu baca aja mana2 entri yang rasa nak baca and berminat dengan taj0k entri walaupun kadang2 bl0gger tu memang maksu minat..tapi taj0k entri dia ari tu macam agak menyampah..
memang takkan baca k0t.

sharamli said...

maksud maksu..cmh and cmc.
tertukar :p

sharamli said...

kalau tengah serabut.
baca entri yang agak santai k0t..
isinya tak berat sangat..

eh..sebenarnya ikut mo0d la senang cerita.

faqhrule said...

maksu: ouhhh okey. chegu betulkan terima kasih maksu!

dobot said...

Penulisan blog orang, kisah diri sendiri. Tak tau ape pandangan org lain terhadap blog sayaa.

misyamissyou said...

ikut cita rasa masing2 dlm penulisan blog..kalau nak cmpur (ilmiah, pendapat,personal etc) rasenye okay..tepuk dada tanya iman dan selera..semua mula dgn tujuan dan niat berblog..silap2 dgn berblog pon dpt dosa..

qishie said...

Ikut mood. Kalau tgh rajin,baca blog pnjg2..klo x rajin,tgk blog yg ada pic..