Wednesday, February 23, 2011

MELANKOLIA LENCUN KUYUP

hujan lebat membasahi segenap tempat bumi bertuah kangkar pulai. aku yang tadinya bercadang untuk berteduh dari menunggang, menggagahkan tekad untuk terus memecut laju meredah lebat titisan air yang turun dari langit rahmat allah s.w.t. perjalanan masih jauh, tapi alang-alang mandi biar basah; alang-alang dah basah teruskan juga. kesudahannya aku lencun sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

asalnya aku baru pulang dari menjadi guru pengiring pasukan bolasepak sekolah yang mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekolah jiran. kami kalah 0 berbalas 3. bermain cantik, tapi rezeki bukan milik kami. dalam hujan renyai, harimau cilik sk kangkar pulai masih lincah beraksi dipadang.

sudahlah kalah, malang nasib aku petang ini, tangki minyak motosikal kesayangan pula kering. puaslah menuntun belalang tempur hijau dalam gerimis petang ke stesen minyak berhampiran. gagahkan juga. mungkin patutlah aku berkira-kira untuk memiliki kenderaan berbumbung. walaupun harga kenderaan dan bahan bakar makin tinggi menggila.

sampai dirumah, tangan sudah hampir pucat. kecut seperti berendam di jeram yang dingin. kecut jemari dek sejuknya hujan menemani. pening kepala makin mendenyut. migrain menyerang kembali. cepat aku bersihkan diri dan aku selesaikan maghrib di penghujungnya.

dihujung senja itu, aku termenung jauh. terdetik soal-soal sihat tubuh badan di benak. masih kuatkah jasad ini untuk terus hidup? masih berkudratkah tubuh ini untuk menjalani hidup. semuanya tanpa penyakit? sedangkan dengan pening yang mencengkam kepala hingga ke tengkuk sudah tidak tertanggung maha sakitnya ini.

teringat kata kak long tadi,

" oit,cmne leh terjadinya peristiwa sebentar td? ko ni saje wat mak risau n byk fikir.huhu.."

rasa berdosa pula beritahu mak tentang perkara ini tadi. semoga allah merahmati mak dan sentiasa melindungi dan mengasihi bonda dan keluarga tercinta. aku harap lepas paracetamol ini hadam, semuanya kembali seperti sedia kala.

***

teringat satu ketika dulu jika sakit sebegini pasti ada saja yang akan ambil berat. jika tidak diambil ubat, pasti saja kedengaran bebelan comelnya itu. sumpah itu juga yang aku rindukan. sekarang? sudah menjauh. makin menjauh. jauh sangat.

3 comments:

Siti Hanizah Sahar said...

erm...
sabor je la ye...
dh nme mat rempit..
standard la lencun weh..

klu jaoh..ko cbe dektkan..mne tau boleh..kan...
=)

✿ milly molly ✿ said...

ok tahu, itu pasti bukan saye..
hmmm..

sharamli said...

pesen tak b0leh lupa makwelama.
keh keh keh