Thursday, April 7, 2011

KEMALANGAN NGERI

jam menunjukan pukul 5.40 pagi. aku lelapkan mata, tarik nafas dalam-dalam. masih awal, getus hati sendirian. aku memerhati sekeliling keadaan bening dini hari yang sunyi. sejuk suhu pagi ini buatkan aku terkenangkan selimut tebal dan tilam empuk untuk aku rebahkan badan dan berselingkar ketasnya, tidur nyenyak dibuai mimpi indah.

khayalan dini pagi itu terbungkam hilang merawang bila mana, sebuah kekecohan kecil kedengaran. ada dua pihak seperti berkata-kata dengan suara yang kuat. seolah ada sedikit salah faham. entah bagaimana ada sedikit rasa curiga ingin mengetahui perkara sebenar yang berlaku meresap dalam diri. aku bertapak melangkah menuju kearah kekecohan itu. ada beberapa orang sedang berkerumun memerhati gelagat orang yang bertengkar kecil tadi.

dalam celahan bahu tadi, aku berjaya menyelinap untuk memerhati apa sebenarnya berlaku. oh, kemalangan. sebuah kenderaan MPV hampir remuk di bahagian pemandu hingga ke tempat duduk penumpang belakang. kelihatan ada seorang gadis genit seperti menggelabah ketakutan, trauma barangkali. dia cuma cedera ringan di tangan. tekaan aku mungkin dia cuma penumpang. sang pemandu tidak kelihatan, barangkali sudah berada di hospital menerima rawatan lanjut.

"macam mana boleh jadi ni?" aku tanya pada gadis yang gelabah tadi. "tak tahu bang, saya tidur, tahu-tahu saja sudah eksiden," katanya. bibirnya pucat lesi dan ketara kelihatan gigil takutnya. ada dua tiga orang polis di sekitar kawasan yang meninjau-ninjau dalam kereta yang remuk tadi. "adiknya dah tahu belum?" tanya abang polis misai lebat. "belum, adiknya tuisyen dekat bangunan depan sana," jawab gadis genit tadi sambil jari telunjuk yang terketar diacung kearah deretan bangunan dihujung tempat kejadian.

kelihatan beberapa kereta tunda sudah berada untuk menarik kereta yang remuk itu ke bengkel. aku masih tercegat depan gadis genit dan abang polis misai lebat itu. "dah, sekarang awak ikut saya kita pergi bagitahu adiknya dan terus ke balai untuk buat laporan," kata abang polis misai lebat. gadis genit cuma menggangguk dan mengekori abang polis masuk ke kereta MPV yang remuk tadi. "awak pun ikut juga," kata abang polis misai lebat kepada aku. "eh, saya ke encik?" aku yang hairan bertanya. "ya, awak saksi." jawabnya ringkas. aku menuntun encik polis dan gadis genit ke dalam kereta MPV tadi tanpa banyak soal.

hairan juga, MPV hampir remuk teruk ini masih mampu bergerak dipacu oleh abang polis misai lebat. aku duduk disebelahnya di depan, manakala gadis genit hanya membisu sepenjang perjalanan.

sampai sahaja dibangunan yang dituju, adik mangsa sudah berada dibahu jalan. bersamanya sebuah fail berisi bahan bahan pelajaran dirangkul kemas. perilakunya seolah sudah maklum dengan malang yang menimpa kakaknya. "betul ke kak wani kemalangan?" itu yang terpacul dari mulutnya bila si gadis genit menghulur keluar kepala melalui tingkap belakang. si gadis genit cuma mengangguk, seraya disambut dengan tangisan lebat dari adik si mangsa. "sudah, sekarang mari ikut saya ke balai, lepas buat laporan kita ke hospital," arah abang polis misai lebat kepada adik mangsa. "kita dah lewat ni," sambung encik polis. "pukul berapa sekarang?" soalnya kepada aku. "6.55 encik,"aku jawab ringkas.





HAAAAA??? 6.55?? DEMMMMMM! aku buka mata, cahaya terang sudah kelihatan. alam tadinya gelap kini sudah terang. aku kesiangan! pukul 7.15 ada kelas Pendidikan Jasmani 4 Dedikasi. untung tak perlu gosok baju kerja. bergegas-gegas bersiap. 7.10 aku bergerak dari rumah ke sekolah dengan pantas.






***



macam mana boleh mimpi MPV hampir remuk kemalangan. lagi sedap, dah la aku tak kenal, boleh pulak ikut sekali pergi sana sini.

memang MAUT la kalau alarm dah bunyi lepastu tutup! tak memasal lambat ke sekolah harini. selamat sempat mengajar kelas 4 Dedikasi tadi. huhuhu

6 comments:

sharamli said...

bukan main lagik!

faqhrule said...

maksu:
terkena ke?

Nurul K said...

aku tertipu... igtkn betul2.

faqhrule said...

NK:
hehehe bukan kenakan kau, cuma ni ceritanya pasal mimpi

SafiQ said...

memang kena lah...kena gelak...hahahaha

bibie_suke_sukun said...

hampes..