Friday, May 6, 2011

‎"SELAMAT HARI IBU MAK, ANGAH SAYANG MAK KETAT-KETAT TAU!"






mak,

angah tahu, dari detik lahir anak mak yang seorang ini, hinggalah 24 umur mengenali dunia, tak pernah sedikit pun mak mengeluh membesarkan anak mak yang seorang ini. dosa angah pada mak, macam buih di lautan. angah tahu angah banyak buat salah dengan mak. selalu buat hati mak terguris, selalu buat mak risau, selalu juga buat mak susah hati. mak angah banyak buat salah dengan mak. dari sekecil-kecil masalah, sampaikan masalah cinta pun mak masih mampu jadi penasihat yang baik untuk angah. mak tak pernah mengeluh, mak sentiasa menyokong angah saat orang lain menghukum tanpa belas. mak, terima kasih.

mak,

kasih dan sayang mak hanya allah yang mampu balasnya. angah sentiasa doakan kesejahteraan mak, kesihatan mak dan kebahagiaan mak dunia dan akhirat. mak akan sentiasa jadi perempuan yang selalu angah sanjung. tak ada lain yang mampu menandingi mak.

mak,

tiap hari pada angah adalah hari ibu, bukan cuma ada 1 hari khas untuk meghargai jasa ibu mithali seperti mak, sebaliknya tiap hari adalah hari untuk memperingati jasa dan pengorbanan perempuan mulia bergelar ibu.


mak,
terima kasih untuk semuanya.


angah sayang mak. sebab tu angah sayang mak ketat-ketat!

3 comments:

sharamli said...

:)

✿ milly molly ✿ said...

ele. yg ni pun bodek jugak! wek

TyQa TyDy said...

smile!!
slamat hri ibu juga utk mak.. !!
^___^