Monday, August 8, 2011

LEMBANGAN : CIKGU FAKHRUL GARANG!

aku melangkah tergocoh-gocoh ke dalam perut kelas 4 gigih. ada anak-anak yang tertebaran bebas melakukan aktiviti biasa bila guru lewat masuk ke dalam kelas. bila nampak susuk tubuh kurus tinggi dan kacak lebih kurang ini, mula menyusup macam tikus nampak ibu kucing garang. pandai pula senyap, pandai pula duduk buka buku dan buat muka tekun mentelaah buku kajian tempatan tahun empat.

"maaf, cikgu terlambat. baik, keluarkan peta lokasi rumah yang cikgu suruh siapkan minggu lepas," suara serius. mata merenung tepat mata-mata anak-anak yang mula mengalih iris mata tak mahu bertentang. takut ada mata yang tewas dengan mata buntang cikgu fakhrul yang garang!

ada yang laju-laju berpaling pada beg di belakang badan. cekap meraba beg dan terus buka buku kajian tempatan dan dibuka luas-luas tugasan peta lokasi rumah masing-masing ke sekolah. aku berjalan untuk periksa kerja anak-anak ini. kerja klise guru periksa kerja rumah.

"siapa tak siap? mari sini! dah berapa minggu punya kerja ni? minggu lepas cikgu bagi peluang siapkan, masih lagi takat ni! apa nak jadi ni? suka ke cikgu marah, rotan-rotan semua ni haaa?" aku marah.

"PANGGGGG.." aku hempas meja dengan buku rancangan mengajar. makin menikus anak-anak ini. yang tidak siap ada mula yang bergenang air mata jernih. tunggu masa gugur berlinang di pipi suci mereka. "ha awak ikmal, jangan nak menangis!!" aku tempik bila ikmal mula berjejeran air mata. niat aku cuma untuk beri peringatan supaya tidak ambil mudah dengan latihan bawa pulang yang diberikan.

"saya beri amaran terakhir! empat orang ni, azman, firdhaus, ariff dengan ikmal, esok saya nak tengok kamu hantar buku. kalau tak hantar, siap kamu semua!" amaran aku keras. pendek dan nyata.

pelajaran hari itu diteruskan. episod kerja tak siap, aku tinggalkan pada muka surat lepas buku teks. aku buka tajuk baru dengan nada yang baru, ceria seolah tiada apa yang berlaku sebentar tadi. tajuk hari ini bentuk muka bumi negara kita. sesi pengajaran dan pembelajaran lancar.

"sebagai penutup, sekali lagi sebutkan bentuk muka bumi negara kita, okey iffah sebut," arahan untuk murid-murid untuk ingat kembali apa isi pelajaran yang dibelajari hari ini. iffah, aiman haziq, alya, yusri, nurin semua sebut dengan betul.

"ha yang tak siap keja tadi, bangun!! sebut empat bentuk muka bumi negara kita!" keras sikit arahan untuk mereka-mereka tak siap kerja. azman, firdhaus dan ariff lancar menyebutkan semua empat perkara penting isi pelajaran hari ini.

ikmal punya giliran.


"aaa.. aaa bentuk muka bumi negara ada empat," dalam nada pelatnya.


"satu. tanah tinggi,"



"dua. tanah paammaahh,"



"tiga. pinggir laut,"



"empat. aa aa aa.... lembaa...."


"lemba apa lemba?" aku mencelah sambil buntangkan mata. apa satu lagi?



ikmal terus menjawab.



"LEMBANGANG,"



satu kelas berderai ketawa. aku tahan ketawa, gigi pun tak nampak. tapi kecundang, terburai juga ketawa. aku palingkan muka.

"dah! cukup! semua duduk, hari khamis saya nak tengok kerja hari ini!" kata aku sambil keluar kelas.


dalam perjalanan aku tertawa kecil sendiri, terkenang telatah anak-anak yang aku didik ini. semoga allah memberkati ilmu yang mereka pelajari.

berderai juga ego marah aku hari ini dek ikmal pelat.

LEMBANGANG ye? hahaha

7 comments:

Unknown said...

ikmal orang terengganu.

xmegoox said...

kah kah kah kah..kah..........cilaka,lembangang...ini cempion woi

Kc Kasedah said...

hahahaha ikmal ikmal!

syafiqxsaifullah said...

dia gugup nak sebut..
lemba....H!
tapi dia sebut lemba..
ekau potong.
mmg lembangang la jadiknya!

Khaleeqa Idrus said...

Cikgunya garang benor. Tu yg murid tu tergagap-gagap :p HAHAHAHA :D

Anonymous said...

Ikmal comel. Kbye! :D

SUCI KUDUS said...

ekeke.. bloody funny.. lembangang anyone? hiks