Tadi pagi pukul 5 tepat penggera jam berbunyi. dikejut manja supaya bangun untuk siapkan diri bersahur. perjalanan jauh dari serting, kampulng halaman ke kangkar pulai masih memberat dibahu dan belikat pinggang. rasa kelopak mata dihempap batu bata kerana payah benar hendak dibuka luas. anak mata coklat amat kecil irisnya. seksa!
gagahkan juga kudrat untuk terus bangun. dek memikirkan bekalan makanan yang mak bungkuskan dengan penuh kasih sayang ibu terhadap anak bujangnya yang kacak, yang merantau jauh ke negeri orang, aku gagahkan jua untuk bangun bersahur.
longlai kaki melangkah menuruni anak-anak tangga rumah sewa yang tidak berapa lama akan aku tinggalkan. perlahan menuju ke dapur. dalam gelita gelap tanpa sebarang sinaran kalimatang didapur, tangan merayap meraba suis.
KTAK (bunyi ON suis)
mata tertumpu pada bungkusan makanan. perlahan aku ambil nasi putih dalam bungkusan serta lauk ayam masak merah. kuah gulai tertinggal. tak apa, getus hati. masih ada sambal tempoyak penambah rasa.
teh o bujang jadi peneman nasi tanpa kuah. kira tercekik nasi bersama lauk di kerongkong, adalah air teh aku bilaskan nanti.
aku kepal-kepal nasi. cubit peha ayam dan aku lalukan isi ayam pada sambal tempoyak. ada kesan merah hijau cili pada kuningnya isi durian -sambal tempoyak. aku hayun penuh ikhlas dan gemalai suakan pada mulut. air liur mula kecur dengan pembuka rezeki dini pagi hening itu.
"allahuakbar, allahuakbar...."
azan? getus hati kehairanan. biar betul baru pukul 5 azan subuh dah berkumandang! aku pandang nasi dan lauk di hujung jari tangan kanan. air mata mula bergenang. aku letakkan semula nasi dengan lauk dalam pinggan. sambil merenung hampa hati merungut kesal. "kesian kat mak, penat-penat mak bungkuskan lauk. sekali aku lambat bangun sahur. mak, maafkan anakmu yang jauh di rantau," monolog hati sendiri.
bunyi azan mengiringi aku yang kecundang sahur pertama kali sebagai perantau sunyi.
aku amati tiap baris azan yang dilagukan. merdu. pernah dengar azan p.ramlee dalam cerita semerah padi? sayu dan syahdu. ha macam tu lah azan dia.
eh kejap! kenapa azan subuh dia tak ada 'assolatuhairumminannaum'? ya. aku memang betul pasti. haa betullah! tak ada!
ni dah sah azan kejut orang sahur.
teguk air teh o. lancar sahaja aku suap nasi dengan lauk makan sahur pagi tadi. alhamdulillah. kenyang. terima kasih mak atas bekalan makanan yang tak pernah mengecewakan anak bujang mak yang kacak, baik hati, lemah lembut dan hormat orang tua ni.
memang dekat sini akan ada azan dalam pukul 5 pagi. kejut orang sahur gamaknya. penanda waktu imsak aku pulak, bila dah mula dengar orang masjid mengaji. dalam sepuluh minit kurang lebih, azan subuhlah!
***
tak masalahnya sekarang dah pukul 2.30 petang. bulan puasa sekolah habis 12.35. bila hujan nak berhenti? sejuk duduk dalam makmal pendingin hawa ni. perut pun lapar mata pun mengantuk. ni semua buat senang-senang pahala puasa aku kurus kejap lagi!
4 comments:
ok la tu...kat sini jam 5 pagi tu dh masuk subuh..sahur pukul 3.30 macam mase duduk hostel skolah je..hehe
hehe kak nem sana buka cepat. untunglah
yeahh..hehe
kampulng halaman
Post a Comment