Thursday, September 8, 2011

MUNGKIN

kalau menjadi jujur itu satu kesalahan, mengaku kesilapan itu juga satu kesalahan, berusaha menjernihkan keadaan itu juga satu kesalahan. apa lagi harus aku lakukan?yang datang bukan membantu, yang hadir cuma membuntu dan yang bertamu cuma mahu lelucu.

baik. teruskan. dan mulai saat ini padamu aku cuma halimunan. dan barangkali telah beberapa ketika kebelakangan ini aku cuma bayang lutsinar padamu.

jasad yang sirna dengan dosa dan nista atas sebuah kepercayaan yang dikhianati. ya aku seorang pengkhianat tak ubah seorang yang jijik nista bukan? juga dari kata-kata teman baikmu. yang itu aku ingat selalu. yang keluar dari butir mulutmu - JIJIK.


haihhh...





baik aku berhenti.


p/s:
kau ada teman yang menemani saat kau hadapi semua ini, saat kau sukar. saat kau perlukan bahu untuk semua sakit yang kau rasa sekarang. tapi aku tak ada siapa-siapa. ya aku juga bukan siapa-siapa pada kau bukan?

2 comments:

Siti Hanizah Sahar said...

ko ade family dan kawan2 lagi..bnyk2 besbr..:)

Anonymous said...

Kita si manusia, hamba Allah ni, memang tak dapat nak ada siapa2 setiap masa. Cuma Tuhan satu itu yang selalu ada untuk upside down kita :')

Trust me. Semua ada hikmah kan?