kehadapan vivian yang dirindui,
saudari,
apa khabar saudari ditanah sejarah sana. saya disini mengharapkan saudari sihat disamping orang-orang disekeliling saudari. saudari, tidakkah saudari turut dibadai rindu bertalu sebagaimana saya alami sekarang? oh maafkan saya kerana buru-buruan menyatakan rasa hati saya sekarang dalam perenggan yang sepatutnya dalam frasa pengenalan ini.
tujuan saya mengirim warkah adalah untuk bertanya khabar saudari. sudah beberapa hari ini sepi tanpa sebarang perkhabaran. gusar hati saya apakah yang sedang saudari kerjakan. adakah saudari sedang sibuk mengerjakan sawah bendang belakang rumah? hati-hati saudari, dicelah-celahan rumpun padi mungkin ada ular berbisa yang sedang mengintai tikus-tikus liar yang menikmati padi-padi saudari. ingatan saya agar saudari tidak dipetok oleh ular, takut nanti bisanya buatkan lengan saudari lenguh.
saudari vivian,
mungkin juga saudari sedang sibuk mandi manda di pantai barangkali. untuk pengetahuan saudari, saya selalu menjadi pengintai tegar laman sosial saudari. sebab itu saya tahu saudari pergi pantai hari tu kan? saudari nampak sugul, maafkan saya atas segalanya. pantai itu juga ada kenangan kita bukan? tapi saya tak nampak gambar saudari mandi manda di pantai. mungkin saudari trauma seperti yang saudari ceritakan dahulu. trauma disesah dengan mayang kelapa kerana terlalu asyik mandi laut. betapa kita tertawa terbahak ketika saudari bercerita tentangnya suatu masa dahulu.
saudari, betapa saya menyesal dengan kesilapan saya sendiri. saya juga tak mampu lagi bertahan dibadai rindu bertalu. bila direnung-renung semula (selepas makan atau ketika tangan meraba muka memicit jerawat-jerawat cinta bila mahu tidur), selepas semua yang kita pernah ada dan lalui, jalan berpisah merupakan satu perkara yang merugikan kita. yang salah itu saya. saya mengaku. yang khilaf itu saya, hukumlah.
saudari,
mungkin kita sama-sama ego dalam mencari titik pertemuan terbaik dalam kemelut rasa hati antara kita sekarang. kesilapan saya mungkin tanpa fikiran waras saya bertindak ketika itu, maafkan dan berikan saya ruang untuk memperbaiki diri.
akhir kata jika saudari juga turun dirundum rasa rindu pada kenangan-kenangan kita, saudari tahu dimana perlu dituju. saya disini sentiasa menunggu sebarang perkhabaran saudaari dengan penuh sabar. sampai bertemu di lain warkah.
pecah kaca pecah gelas,
sudah baca berilah peluang last.
yang rindu;
ferraroroche a.k.a stephen chow
p/s:
maaf tulisan tak cantik, tangan sakit.
2 comments:
*piuh telinga chegu*
VIVIAN NI WUJUD KE TIDAK? -__-'
Wujud fa
Post a Comment