sekarang ni waktu maghrib di johor cepat masuk waktunya. dalam 6.50 dah azan, jadi aktiviti petang gua dianjak jadualnya. kalau dulu turun gelanggang takraw , 6.00 petang sekarang ni 5.30 dah mula main dah.
cumanya, keadaan dan faktor cuaca hujung tahun ini monsun membataskan kegiatan sukan paling gua cintai ni, jadi kebarangkalian hujan petang sangat tinggi. tengahari panas bukan main, 5.30 berderau basah jalan dengan titisan hujan lebat. tidur lepas waktu asar memang tak lah. dari kecil gua diajar jangan tidur lepas asar.
jadi waktu terluang gua isi dengan maraton menonton drama melayu. yang paling terbaru gua sedang layan drama Tentang Dhia. OK fine! sebelum ni pun memang gua layan drama melayu slot akasia (slot maghrib) Nora Elena dengan Kasih Alian memang gua layan okey! kehkehkeh
kan ke lawa macam tu. eh dah nak mula dah ni. kena pulak musim hujan sekarang ni memang...... haih!
5 comments:
comel kan dhia? fuhhhh..... aku suka dhia... tp aku bkn lesbian.. kekekeke.
cumel seyh!!! aummm haha
BILAAA ZIKIRRRR NAK KELUARRRRR???!!!!
Mengikut pemerhatian saya lah kan, lelaki yang menonton drama sedemikian berjiwa sentimental, tetapi tidak menunjukkan sangat yang dia sayang akan seseorang tu walaupun hakikatnya, dia sayang bagai nak rak.
Aha, Adamaya layan tak? Nora Danish sumpah lawa "gilbab" dlm tentang Dhia. Semoga Tuhan bukakan pintu hati dia utk betul-betul bertudung. Daaaan, Ady Putra .. ah, kacak teramat! -___-"
khaleeqa:
sangat setuju dengan perenggan yang pertama.
Post a Comment