Monday, December 5, 2011

BERPATAH ARANG BERKERAT ROTAN (ii)

lu: lupakan aku, kau carilah yang lain, bina semua dari mula. yang pastinya dengan yang baharu.
gua: mana mungkin aku boleh mulakan semuanya atas sesuatu yang telah aku bina.
lu: tapi kau yang memusnahkan semuanya bukan?
gua: ya, itu silapnya. salah langkah dan akhirnya menjebak leher sendiri pada jerat yang aku sendiri bentangkan.
lu: nah. itulah balasannya. cukup sampai disini dan tiada sekali lagi. tiada!
gua: kejamnya keputusan.
lu: kau lebih kejam.
gua: tiada satu ruang langsung untuk semuanya semula?
lu: tamat.

*****

lu: tapi kita masih boleh berkawan?
gua: kawan?
lu: ya. kawan! bila kau perlukan aku, aku akan sentiasa ada untuk kau.
gua: jadi kita ini apa? sekarang ini kita bagaimana? cuma kawan?
lu: ya. kawan.
gua: cuma kawan? apa perasaanmu padaku sekarang?
lu: aku sayang kau. tapi sekadar kawan. kawan baik.
gua: tak perlulah jika kita sekadar kawan. mungkin kita tak perlu jadi kawan, teman mahu sahabat.
lu: kenapa?
gua: jika sekadar kawan, aku tak ubah sama seperti teman-temanmu yang lain. seperti dia, dia itu dan yang itu (menyebut beberapa nama). sedangkan aku cuba untuk kembali menjadi yang istimewa lebih dari sekadar seorang teman.

*******

menerima hakikat itu bukanlah suatu yang mudah. memaafkan juga bukanlah mudah. keduanya mudah diatur dihujung lisan. namun selarinya lisan dan penerimaan pada hati juga perbuatan tidak dapat dipastikan.

teruskanlah. teruskan kita menipu rasa hati kita sendiri.



3 comments:

hati itu bulat said...

untuk menerima hakikat mmg la bukan mudah....rasa hati yg perit dan sakit mmg sukar untuk diubati..namun harus kuat untuk melangkah ke hadapan tanpa memandang kebelakang lagi....yg lepas jadikan sbg pengalaman yg akan mematangkan kita lagi lpas ni.. :)

Anonymous said...

0rang cakap kal0 dah put0s mana mungkin ada istilah kawan lagik. Gila apa nak kawan dengan 0rang yang bet0l2 kita sayang. Tapi kan b0leh jugak. Emmmm

faqhrule said...

tulah, hakikatnya sekarang dalam menerima hakikat itu. proses menerima hakikat tu yang payah.