"tak dapat cara baik, cara kasar aku buat. tak dapat cara lembut, cara halus aku buat," dialog yang sering kali kita dengar bila kita tonton cerita cinta melayu klise. lagak seorang (loser) yang berniat menggunakan sihir apabila hasrat dan hajatnya ditolak demi memuaskan hati sendiri.
***
kita orang lelaki ini, kalah ditolak lamaran tak apa, jangan kalah dalam jalan akidah kita pada agama. dikecewakan oleh perempuan adalah satu hikmah sebenarnya. hikmah untuk kita merenung diri; adakah cukup baik untuk kita memiliki dia ataupun allah s.w.t telah menetapkan yang dia bukan jodoh kita.
memilih untuk bersekongkol dengan syaitan demi memuaskan hasrat yang tidak tercapai adalah satu kebinasaan yang diundang. memilih untuk berpaling dari pertolongan allah dengan meminta pada yang selain-Nya demi untuk mendapatkan wanita yang digilakan satu perbuatan yang fikirannya dengkit. cetek.
aku juga pernah berdepan situasi begini dahulu, dimana orang yang kita kasih kita sayang diuji dengan ancaman begini. tidak dapat cara baik, cara halus dihantar. niatnya cuma untuk memiliki apa yang bukan hak. yang derita hanya perempuan itu, yang terseksa wanita itu. yang puas serakahnya adalah lelaki jahanam yang sersekongkol dengan syaitan!
janganlah senang-senang kita gadai nikmat islam paling besar kita dapat dengan mensyirikkan Allah sebab kerana cinta kita ditolak. jangan kita menurutkan hawa nafsu semata dengan mengamalkan sihir. fikirkan jika ini terjadi kepada adik beradik perempuanmu hatta ibumu sekalipun. sakit bukan?
3 comments:
say no to sihir
mungkin sakit. Tapi puas. K0t
suka entri ni. ada positif side~
Post a Comment