Sunday, April 8, 2012

PINGGAN PORSELIN CORAK HATI

hati ini macam pinggan porselin. nampak cantik kuat dan utuh. hakikatnya ia tak seperti yang tergambar pada jasadnya. materialnya cumaan porselin. kalau dilambung tinggi tidak disambut kembali pasti jatuhnya berderai. bersepai.

tapi, yang bagusnya hati pinggan porselin ini, banyak manapun kali jatuhnya. akan selalu dikutip sisa serpih yang tadinya pecah merata, dicantum-cantum kembali. biarpun serpihnya halus, kalau dikumpul kemudian tampal dengan pelekat, pasti bercantum. tapi jasadnya sudahlah berubah. nampak cacat dengan sumbingnya serta kesan-kesan pelekat supaya terus bercantum.

tapi ruhnya, masih kental sperti dulu. masih lagi mahu menjadi penampung pada isi yang sedia berada diatasnya. biar apa pun yang mahu ditampungnya seperti gulai lemak cili api, pengat pisang, kuih kelepung sekalipun sanggup dia jadikan alas. biarpun pahit peria, basi makanan atau apa juga yang tidak enak diatasnya, selagi masih diperlukan. masih ia tetap menjadi sebuah pinggan porselin.

hinggalah riwayatnya suatu hari nanti berhenti bilamana jasadnya tidak lagi mampu menampung ruh dan jiwanya yang besar.

mungkin bila satu hari nanti, bila tak ada lagi pinggan porselin ini, orang akan berbicara, "kalaulah ada pinggan porselin dulu..". mungkin pada masa itu, hanya jasanya jadi kenang-kenangan.

atau, langsung tidak dikenang? manusia berubah bukan? siapa tahu kan?

Monday, April 2, 2012

PATAH HATI

gua dah berhenti menulis blog. gua patah hati dengan orang-orang sekeliling yang berpura-pura dalam kehidupan mereka. yang tidak mahu berterus terang dengan persoalan jelas memerlukan jawapan. jawapan yang ringkas tepat. ya atau tidak, mahu atau tidak, gua atau dia.

gua cari jawapan pasti,tahu?

dan gua juga patah hati dengan celcom. sama dengan gua patah hati dengan awak, you, dan semua yang pernah ada kena mengena dengan gua.

patah hati juga dengan orang yang tiba-tiba tanpa usul periksa buat tuduhan. kalau tak tahu tanya, jangan tuduh. ya kadang-kadang gua kejam, tapi kejam gua bersebab. takut nak tanya kenapa, renung-renung balik kenapa sampai gua jadi macam ni? kalu bukan sebab lu?

dah cukup. baik. gua berhenti.

fine.

Wednesday, March 21, 2012

BERHENTI ATAU UNDUR SAJA

antara sebab mengapa payah untuk aku buka hati dalam hubungan hati dan perasaan adalah soal saingan. bukan hendak aku bersaing-saing soal hubungan ini. sebab pada aku, mencari teman hidup ini bukan suatu perlumbaan. bukan pertandingan. bukan untuk direbut-rebut.

aku tak berani nak letak harapan tinggi lagi.

" i need time to be more serious,". nevermind then, take it. but yeah, i'm stepping back, aside.


tak apa, itu sudah biasa.

Thursday, March 15, 2012

APA NAK LETAK TAJUK NI?

assalamualaikum.

sedang berbahagia dengan seminggu kelepasan cuti yang diberikan. tiada yang paling indah bersama dengan keluarga tersayang.

okey, secara jujurnya mood untuk menulis sesuatu yang indah dari sisi hidup aku semakin berkurangan. semacam kalau makan nasi tak bertambah, masih ada sisa yang tak habis. lauk sedap tapi nafsu makan tu dah berkurang. boleh kalau gua analogikan begitu?

sedang meneruskan kehidupan seperti biasa, jatuh bangun, sakit pening sekarang dengan emak abah, adik beradik sahaja. senyum terukir dan tidak aku palingkan dengan sugul air muka lagi. akan aku sembunyikan semuanya.

eh, mungkin aku lambat bab-bab hiburan tanah air ini, tapi satu ketagihan baru yang buat aku kecanduan adalah ini:


serius karya dia sedap, walau semuanya versi saduran, tapi memang buat aku kecanduan. cubalah!

carian saluran youtube disini : AJEK HASSAN

Monday, March 5, 2012

PARANOID

bila kondisi diri tak stabil, terutamanya soal hati dan perasaan ini diri sendiri macam dibelenggusuatu rasa yang menyesakkan dada. bercampur baur rasanya. tapi paling tepat kalau diistilahkan sebagai; paranoid.

paranoid dengan perasaan sendiri. total! tambah bila duduk sendirian, mulalah terkenang itu ini, dan kejap lagi paranoid dan akhirnya menghela nafas panjang seolah mengeluh.

rasa terhumban ke parit.

yeah. gua sedang paranoid dengan rasa hati gua sendiri. gua harap semua ini cepat berakhir.


eh.

apasal semua lagu pop cintan 80-90an ni semua tuju kat muka gua pulak ni?

Saturday, March 3, 2012

GUA RASA GUA PATUT TUKAR BLOG NI JADI TEMPAT LUAHAN PERASAAN LA. GUA RASA LA. LU RASA MACAM MANA?




Maaf atas kekurangan diri ini,
Aku belum tayak untuk mencintai,
Namun jauh sudut hatiku ingin dicintai..

Aku tahan perasaan ini kerana kekecewaan semalam..
Sampai bila aku juga tak pasti..

Yang pastinya,
Tidak aku buka hatiku melainkan ALLAH hadirkan perasaan cinta pada insan yang juga ALLAH hadirkan perasaan cinta padaku.
Kerana aku mahu mencintai seterusnya menikahinya..

Aku tak mahu hanya sekadar memenuhi perasaan sedangkan itu bukan ketentuan. Kerana aku tahu sakitnya mencintai tetapi dikhianati.

Thursday, March 1, 2012

THEY ARE MOVING ON, LOSER!

antara hadiah hari lahir yang paling memberikan kesan pada ulangtahun ke25 ini adalah sesuatu yang memberikan kesan mendalam terhadap diri gua sendiri.

dia lebih kurang macam inilah kata inggerisnya - SENSE OF BELONGING.

rata-rata wanita yang pernah hadir dalam hidup gua dan memberikan kesan pada hati gua pada suatu ketika, kini masing masing sedang meniti kegembiraan dan kebahagiaan dengan pilihan hati masing-masing.

ada yang sedang dalam hubungan serius, ada yang hendak bertunang, juga ada yang bakal menamatkan status bujang juga ada yang sedang bergembira dengan teman istimewa. peliknya semua dalam pada satu tempoh yang hampir sama.

tak apalah, bukan gua tak suka atau cemburu jauh sekali dengki, mereka juga berhak mendapat kebahagiaan dengan lelaki yang jauh lebih baik dari gua, tapi cumanya benda ni, hurmm entahlah, sense of belongings macam gua cakap tadi.

ah, tak apalah. esok mati pun dalam kubur sorang-sorang juga.


"saya baru ambil darah sikit dah mengadu sakit awak ni cikgu, tu belum malaikat ambil nyawa lagi hahaha," -kasar betul gurau doktor tadi.