Tuesday, September 20, 2011

WALIMATULURUS # 2


bagi meleraikan segala teka teki, persoalan, sms ugutan, ancaman bunuh diri yang makin meruncing serta tak terkecuali gosip melampau dan salah tanggapan dari makwe-makwe lama. baik, gua upload yang ini. okey puas hati sekarang? tak ada mrs replacement pun.

Sunday, September 18, 2011

WALIMATULURUS




Wednesday, September 14, 2011

CETUSAN HATI DAN DEDIKASI


dedikasi untuk kamu.

ya, aku rindu.

*******

suatu masa

Bagaimanakan ku mula

Dan apakah kata-kata

Yang indah untuk diabadikan

Tiap wajah berkisah

Tiap madah bererti

Manakah ilhamku


Cahaya di matamu

Senyum di bibirmu

mengukir seribu tanda pertanyaan

Mungkinkah kau jua dalam kerinduan

Di saat begini aku merindukah


Berhelai-helai surat

Terbiar di depanku

Tak dapat aku utuskan

Ku ramas semua

Dan ku buangkan

Jauh dari pandangan


Lalu aku kesal

Ku kumpul semula

Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa

Jika engkau tahu di dalam hatiku

Mungkinkah kau sahut jeritan batinku


Dengarkanlah panggilanku

Dengarkanlah lagu untukmu

Angin lalu kau sampaikan

Rasa rindu yang membara

Kepadanya


Warna-warna cintaku

Kian pudar bersama

Malam yang gelap gelita

Entahkan kau rasakan

Apa yang aku rasa

Atau kau tak endah


Tapi ku percaya

Semua telah tertulis

Dan niat suciku takkan disiakan

Dan di suatu masa

Di hari yang indah

Ku hulur tanganku

Lalu kau terima

Tuesday, September 13, 2011

MENGOMEL SENDIRIAN

bila tengok, gua naik cemburu. bila gua cemburu, gua tenung, gua renung dan gua fikir dalam-dalam. ptuih! nak cemburu kejadahnya. kalau cemburu tu langsung tak ada bawa apa-apa makna, langsung tak ada apa-apa kesan sekalipun.


okey. keep going on. gua takkan tengok dan gua takkan cemburu dah. yeah.

Sunday, September 11, 2011

WHO DO YOU THINK YOU ARE? (monolog)

menafikan rasa hati sendiri itu suatu yang kita boleh definasikan sebagai hipokrasi. mendustakan dengan perbuatan dan kata-kata kita panggil juga hipokrasi. hakikatnya menafikan apa sebenarnya yang kita rasa dengan perlakuan yang bertentangan dengan rasa hati sendiri tetap kita panggil hipokrasi. hipokrasi pada diri sendiri. terus-terusan menipu diri sendiri.

dan bila berlaku jujur dengan ada sejarahnya kejujuran itu pernah dikhianati, apa pun jalannya, apa pun caranya tetap akan labelnya hipokrit.






dan;


siapa kau fikir kau itu?



aku?

aku dulu seorang pengkhianat yang sekarang cuba menjadi jujur tapi dinafikan dengan label tulisan aksara besar; HIPOKRIT.

yang kau labelkan. dan teman-teman kau juga. kan?

Thursday, September 8, 2011

MUNGKIN

kalau menjadi jujur itu satu kesalahan, mengaku kesilapan itu juga satu kesalahan, berusaha menjernihkan keadaan itu juga satu kesalahan. apa lagi harus aku lakukan?yang datang bukan membantu, yang hadir cuma membuntu dan yang bertamu cuma mahu lelucu.

baik. teruskan. dan mulai saat ini padamu aku cuma halimunan. dan barangkali telah beberapa ketika kebelakangan ini aku cuma bayang lutsinar padamu.

jasad yang sirna dengan dosa dan nista atas sebuah kepercayaan yang dikhianati. ya aku seorang pengkhianat tak ubah seorang yang jijik nista bukan? juga dari kata-kata teman baikmu. yang itu aku ingat selalu. yang keluar dari butir mulutmu - JIJIK.


haihhh...





baik aku berhenti.


p/s:
kau ada teman yang menemani saat kau hadapi semua ini, saat kau sukar. saat kau perlukan bahu untuk semua sakit yang kau rasa sekarang. tapi aku tak ada siapa-siapa. ya aku juga bukan siapa-siapa pada kau bukan?

WARKAH UNTUK VIVIAN

kehadapan vivian yang dirindui,

saudari,

apa khabar saudari ditanah sejarah sana. saya disini mengharapkan saudari sihat disamping orang-orang disekeliling saudari. saudari, tidakkah saudari turut dibadai rindu bertalu sebagaimana saya alami sekarang? oh maafkan saya kerana buru-buruan menyatakan rasa hati saya sekarang dalam perenggan yang sepatutnya dalam frasa pengenalan ini.

tujuan saya mengirim warkah adalah untuk bertanya khabar saudari. sudah beberapa hari ini sepi tanpa sebarang perkhabaran. gusar hati saya apakah yang sedang saudari kerjakan. adakah saudari sedang sibuk mengerjakan sawah bendang belakang rumah? hati-hati saudari, dicelah-celahan rumpun padi mungkin ada ular berbisa yang sedang mengintai tikus-tikus liar yang menikmati padi-padi saudari. ingatan saya agar saudari tidak dipetok oleh ular, takut nanti bisanya buatkan lengan saudari lenguh.

saudari vivian,

mungkin juga saudari sedang sibuk mandi manda di pantai barangkali. untuk pengetahuan saudari, saya selalu menjadi pengintai tegar laman sosial saudari. sebab itu saya tahu saudari pergi pantai hari tu kan? saudari nampak sugul, maafkan saya atas segalanya. pantai itu juga ada kenangan kita bukan? tapi saya tak nampak gambar saudari mandi manda di pantai. mungkin saudari trauma seperti yang saudari ceritakan dahulu. trauma disesah dengan mayang kelapa kerana terlalu asyik mandi laut. betapa kita tertawa terbahak ketika saudari bercerita tentangnya suatu masa dahulu.

saudari, betapa saya menyesal dengan kesilapan saya sendiri. saya juga tak mampu lagi bertahan dibadai rindu bertalu. bila direnung-renung semula (selepas makan atau ketika tangan meraba muka memicit jerawat-jerawat cinta bila mahu tidur), selepas semua yang kita pernah ada dan lalui, jalan berpisah merupakan satu perkara yang merugikan kita. yang salah itu saya. saya mengaku. yang khilaf itu saya, hukumlah.

saudari,

mungkin kita sama-sama ego dalam mencari titik pertemuan terbaik dalam kemelut rasa hati antara kita sekarang. kesilapan saya mungkin tanpa fikiran waras saya bertindak ketika itu, maafkan dan berikan saya ruang untuk memperbaiki diri.

akhir kata jika saudari juga turun dirundum rasa rindu pada kenangan-kenangan kita, saudari tahu dimana perlu dituju. saya disini sentiasa menunggu sebarang perkhabaran saudaari dengan penuh sabar. sampai bertemu di lain warkah.

pecah kaca pecah gelas,
sudah baca berilah peluang last.

yang rindu;

ferraroroche a.k.a stephen chow

p/s:

maaf tulisan tak cantik, tangan sakit.