Kilat memancar, guruh cuma berdentum jauh.Di luar hujan tidak lebat. Masih belum reda rintik konsisten titis-titis air turun dari langit gelap. Aku pulang selepas maghrib tadi, tidak menunggu forum di masjid. Usai baca surah yassin, aku bingkas pulang ke bilik. Berbaring tilam empuk jadi alas selesa vetebrata. Dingin udara hujan sedikit buat aku kesejukan. Mengeluh! Aku peluk erat-erat bantal strawberi pemberian Wai Pei Mo. Fikiran merawang jauh, seperti kepul-kepul asap yang hilang dibawa angin.
Aku capai telefon bimbit , putar lagu-lagu yang lembut, tempo perlahan yang jiwa-jiwa dan sentimental. Biar aku khayal jauh dengan lamunan. Mata sedikit kuyu, mengantuk jauh sekali. Cuma melayan kudrat badan yang agak lemah diperah sepanjang petang tadi. Peluh melencun baju sepetang beraktiviti fizikal. Akibatnya malam perut jadi lapar, badan letih dan mata mudah mengantuk. Tambah pula cuaca diluar memang mudah menghanyutkan aku ke lembah pengembaraan roh tanpa jasad.
Sentimental benar malam ini, roh malam jumaat barangkali. Seperti hendak marah, menangis, merintih emosi bercampur baur. Rindu. Pada keluarga. Benci. Pada kesunyian. Ketawa. Pada kelucuan.
Entahlah. Kenapa aku macam ini pun aku bingung. Apa alamat tuhan berikan ini? tuhan tidak turunkan ujian yang tidak mampu dihadapi hambanya. Amin, aku harapkan begitu. Atau tuhan sedang berikan petanda pada aku atau pada kamu semua?
Petanda apa?
tuhan saja yang tahu
....
15 comments:
Aku suka ayat-ayat kau, mudah tapi puitis. Hinggakan buat aku tertanya-tanya, kau ni penulis mana2 buku ke? Harini pun emosi aku agak terganggu. Padahal birthday bapak aku harini :/
khaleeqa:
puitis? begitukah? seronok mengetahui itu! kamu orang pertama berkata begitu.
ucapkan selamat hari ulang tahun pada bapa kamu ya!
Lembah pengemberaan roh tanpa jasah. Aku suka ayat tu! Nak tau, aku suka baca novel, dan aku tak prnh jumpa ayat sebegitu utk menggambarkan yg org tu tertidur. Biasanya org guna, "Aku bagaikan tidak terdaya untuk membuka kelopak mata, pandangan semakin kelam and bla bla bla" Haha. Seriously.
Byk lagi ayat kau yg aku suka, yg merangsangkan pemikiran aku :) Terima ksh.
Baik, nnt aku smpkan.
emosi laa pakcik
ayat2 yang cantik..
:)
dgr lagu lembut..cekgu jgn jadik lelaki lembut tau..
x mau sedeh2 k???i kan ader..huhu...
khaleeqa:
begitu kah? aku tidak gemar sangat membaca tapi aku meminati sastera ringan.
pengaruh barag kali
sue:
puitis kot?
diba:
hahaha cantik ke?
sha:
i dengar lagu keras lah!
salhan:
bilo nak balik sorting?
ada masa kita akan rasa kosong..
atau gelisah...
itu peringatan utk tidak lupa adanya Dia..
lu ni wajib kawen dah bro..baru lu tau nikmat time ujan2 nih..
bukan emosi..
hehehe..
k.anim:
terima kasih
m-yusof:
hahaha mesti lu dah kawen kan?
nice word~
sy pon suka baca novel n menulis. tapi tak berbakat.
ayat tak cukup puitis n cantik..[demmm]
huihhhh bila nak wat buku ttg saya,cikgu?
nurul:
kena belajar kesusasteraan melayu balik kot baru boleh puitis
KC:
dah nak buat dah...
tajuk dia;
cinta misi dan kerempeng
Post a Comment