Tuesday, October 27, 2009

ENTRI DULU-DULU

hari ini aku tidak ke kelas. mungkin kerana perut yang memulas-mulas menjadikan aku malas untuk ke kelas lantas tidur semula selepas subuh hingga jam sebelas! tidur lama-lama pun tak elok sebabnya dada aku pasti rasa sakit, sebelah kiri semenjak dari dulu lagi. sebab itu aku memang jaki dengan kawan-kawan yang boleh tahan tidur malam sampai tengah hari!

menghabiskan sisa-sisa pagi yang bosan, aku membaca semula entri-entri yang pernah di pos semenjak blog ini wujud. ya, aku habis baca semua 113 entri yang telah aku tulis. tidaklah sebanyak mana entri aku pun, tapi beberapa perkara buatkan aku rasa seronok baca entri sendiri. kepuasannya lain, buatkan aku tersenyum dengan tulisan sendiri kadang-kadang sayu dan kadang-kadang marah. bercampur baur semuanya.

kalau lihat pada entri awal-awal blog ini, aku sangat suka gaya bahasa yang cantik, pilihan perkataan dan cara aku sampaikan mesej dalam entri aku. memang bukan bacaan ilmiah, tapi aku rasa seronok baca gaya tulisan aku. tidak seperti sekarang, tidak cantik sangat bahasa yang aku guna pakai dalam entri-entri dewasa ini.

dalam entri awal-awal aku banyak tulis entri panjang-panjang, tidak seperti sekarang entri ringkas dan tak ada isi sangat. politikal jauh sekali. sebenarnya hasrat awal aku tulis blog ini supaya suarakan idea-idea politikal hardcorepunk, tapi bila tengok balik blog ini, dah jadi blog peribadi kehidupan aku dan bagaimana aku bernteraksi dengan kehidupan sekeliling aku.

dulu, entri yang aku rasa sedap dibaca, kurang sangat yang komen, tak macam sekarang, entri merapu ramai yang merapu. hahaha untuk orang-orang yang jadi pengikut blog ni, atau yang baca dan juga komen, terima kasih sebab buat aku bernafsu hendak tulis blog. aku rasa cukup samapi dekat sini, dan aku dah nekad, aku nak tutup blog ini.

21 comments:

Paan Ovrtd said...

Life is always a wonderful subject to be written. No more, no less.

F. Hanim M. said...

Paan, agreed.

Paan Ovrtd said...

Lupa nak komen ayat last tu. Nak kena lempang?

Anonymous said...

ngada ah nak tutup,
nak makan kaki?
;D

giGGLe said...

gimik ke?

faqhrule said...

paan:
gua dah jemu, tulis blog!

k.anim:
agreed too

fifa:
makan hati

oren:
gimik? tak

Anonymous said...

buka blog barukah?

Daffodil D said...

nafsu lain ade jual x? ;p

Cik Chuie said...

hahaha no komen!

ameera 5a said...

alaaa...nape??? nnti saye xleh dh bace citer chegu dh taw...

damia 5a said...

chegu nape chegu tutup blog .bile saye bace blog chegu saye rase tenang jer

faqhrule said...

pink:
nak tutup terus

D:
nafsu serakah ada

sue:
no komen juga

ameera:
cerita cikgu tak best lah ameera

damia:
huhuhu maafkan cikgu ;(

Cik Chuie said...

tgk tu...

cian kat anak murid sume tu...

nangis da tu

Pais Mais said...

kasi buat balik la Bukan Cinta Biasa!!

demang said...

y fahrul y?
ni pon xcukup rebel lagi ke?
or ko kena sound kate xtrue hardkor maen blog2 ni?

faqhrule said...

sue:
tu yg buat serba salah tu

pais:
ada terfikir jugak

demang:
true hadko main ape mang?hahaha two step?

Kc Kasedah said...

bakpo nie cikgu?
awek lari ke?
takkan KLMJ kott?

faqhrule said...

KC:
mana ada awek lari lah. ada je
bukan klmj pon
blog ni tak ramai orang baca

Khaleeqa Idrus said...

Blog ni tak ramai baca? Aku anggap itu sbg impulsive response. Mana pulak tak ramai. Aku, campur dia, campur dia lagi, campur dia tu ha, banyak pe? Aku suke blog kau, sungguh.

Ameera Jamal said...

citer chegu best ape...x best la kalo chegu ttp blog...nnti xde citer dh

Anonymous said...

bro, you have a silent reader, u have a great, amazing, awesome (seriously) blog.

u'll be breaking my heart if u close the blog.

:(

so please dont.