Wednesday, February 24, 2010

INI BUKAN CERITA LUCAH. INI CERITA NAFSU.

semenjak berulang alik bangi-hulu langat ni cuaca tengah hari makin membahang-bahang. panas tak payah cerita. bibir gua yang seksi ni dah mengelupas dek kerana panas melampau. kalau balik dari sekolah, gua pasti kena mandi dan bagi badan sejuk baru gua rehat.

semenjak dua tiga minggu lepas, gua dah lama perhati dia ni. gua perasan dia ni tiap-tiap balik sekolah. waktu pagi-pagi tak ada pun. mula-mula dulu gua tak rasa apa pun dekat dia ni. tapi semenjak dua menjak ni menjadi-jadi dia goda gua. MENGGODA GUA!

gua nak kata gua hensem, tak ada la sangat. ada lah sikit. tapi adegan dia bersidai tepi jalan tengah hari panas dengan tak berbaju memang buat gua tak boleh tahan. sekali dua tak apa lagi, tapi bila dah banyak kali, iman gua senipis kulit bawang ini pun goyah juga. gua memang terliur pada buah dia. gua stim!

orang kata dia manis. gua percaya. sebab gua tengok dari luar pun memang dia ada umphh. gua memang dah lama pendam nak makan dia ni. mana tahan beb, tengah-tengah hari tayang badan tepi jalan.

ramai orang cakap dia ni bergetah. menurut pengalaman, kalau buah dia baru nak besar macam sekarang ini, memang bergetah. gua stim betul dengan dia sekarang ni. memang betul-betul gua tergoda.

dan tadi, tengah hari tadi, gua turutkan nafsu gua. gua cari dia sampai dapat dan gua nekad memang gua nak ratah badan dia. apa nak jadi jadilah. gua dah tak peduli. dan tadi masa balik sekolah. gua nampak dia bersidai tepi jalan. gua berhentikan motor terus dapatkan dia.

"berapa kak?" gua tanya pendek. sambil tunjuk 4 jari kakak tadi beri isyarat. gua bayar dan gua bawak dia balik. masuk bilik gua letak dia elok-elok kasi ready.gua capai tuala terus mandi kasi segarkan diri. solat dulu baru puaskan nafsu. lepas gua tunaikan kewajipan fardhu gua cari dia.

gua terus terkam dan puaskan nafsu gua dengan dia. dah lama gua geram dan pendam. dia punya nikmat jangan cerita. gua memang lahap masa kerjakan dia. gua puas.selsesai semua, gua bersandar. gua lihat biji dia bertaburan. gua pandang dia sambil tersenyum.

ni gua kasi gambar, biar lu orang geram pulak dengan dia.




gua akhiri entri gua dengan serangkap pantun;

kalau nak gugur, gugurlah nangka,
jangan ditimpa si batang pauh,
kalau nak tidur, tidurlah mata,
jangan dikenang orang yang jauh.

kahkahkahkah.
nangka madu i love u!

Tuesday, February 23, 2010

USTAZ & SOLIDARITI BUAT HALIMAH

gua lupakan seketika rasa bengang sesi refleksi pemantauan sesi pengajaran gua yang pertama siang tadi. biasalah, kalau dah nama cikgu praktikum, mesti ada cikgu senior atau guru pembimbing yang duduk belakang kelas pantau kita mengajar. masa lu orang sekolah dulu pernah tak? kalau tak pernah, memang sekolah lu orang tak ada cikgu praktikal la.

sesi refleksi gua tak nak cerita. bengang dan sebal. gua pendam rasa bengang dengan langkah longlai pergi kantin. jam dah pukul 11.45 pagi dan gua belum jamah nasi. senduk nasi putih letak kuah lemak cili api dengan ikan bawal sambal. gua makan meja hujung sekali dengan air sunquick ais. cuaca memang panas.

sedang gua makan, ada dua tiga orang murid menyanyi-nyanyi apa hujung pangkal lagu gua pun tak tau. gua ingat dia orang layan grindmetal. tak pun goregrind sebab tak tau apa buah butir dia orang nyanyi.

gua siap makan. gua basuh tangan. dengan rasa tanggungjawab serta emosi bengang gua pergi intai kelas budak-budak yang melalak tak tentu pasal. ini mungkin tahun satu punya kelas. gua masuk kelas dari pintu belakang, baik punya masa dia orang tengah syok tarik part korus;

"jongang, jongang, jongang. jongang halimah jongang. halimah gigi jonganggggggg..." ada tiga orang murid yang seronok tarik korus lagu ini dua tiga kali ulang.

" haaaaaaa.. ni apa pasal menyanyi tak tentu arah ni? sekarang waktu apa? buka buku baca! bukan menyanyi kuat-kuat ganggu orang lain belajar!" gua jerkah garang sambil buntangkan mata. ada dua tiga orang yang menyanyi tadi bertempiaran lari duduk tempat. cepat-cepat keluarkan buku matematik sambil buat-buat baca.

"lain kali kalau tak ada cikgu, duduk tempat kamu sendiri dan jangan buat bising! kalau kamu bising, nanti mengganggu kawan lain nak belajar. faham tak!!!!" gua tinggi suara. gua marah. marah demi kebaikan.

"ketua kelas mari sini, pergi cari guru waktu sekarang ni dekat bilik guru,". berlari kecil budak paras pinggang gua datang depan gua.

"baik ustaz. saya pergi dulu ustaz. assalamualaikum ustaz." kata ketua kelas tadi penuh lemah lembut.

gua tak jadi marah. terus jadi sejuk macam air batu campur waktu panas-panas sekarang ni. gua cair. gua menyesal pun ada marah tadi.

muka gua ada muka ustaz ke?

Sunday, February 21, 2010

SIBUK CUMA ALASAN BODOH.

Miggu ketiga : 15 FEBRUARI 2010 – 20 FEBRUARI 2010

Tarikh

18, 19, dan 20 Februari 2010

Tajuk

Latihan Rumah Sukan (7.45 – 10.00 pagi)

Peristiwa

Minggu latihan rumah sukan menjelang sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Serai.

Bisikan hati/ Perasaan

Saya telah dilantik sebagai guru penasihat rumah sukan untuk rumah Hijau. Saya amat berbesar hati dengan tugas yang diberikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Menganalisis / Menilai

Memandangkan guru penasihat rumah Hijau sesi pagi terdiri daripada majoritinya guru perempuan, sudah menjadi tanggungjawab saya yang menjadi tenaga pengajar dalam melakukan pengajaran, penerangan dan tunjuk cara bagi acara seperti lompat tinggi, lontar peluru, lompat jauh dan acara pecut.

Kesedaran Baru / Harapan

Saya amat bersyukur dengan ilmu yang telah dipelajari semasa latihan di IPG dimana segala teori dan pengalaman dalam subjek Pengurusan Olahraga dapat diguna pakai sewaktu latihan rumah sukan dijalankan.

Pengetahuan tentang olahraga yang dipelajarai juga mampu disalurkan sewaktu latihan rumah sukan. Saya juga berpeluang untuk melakukan demonstrasi serta tunjuk cara dalam melatih rumah sukan Hijau untuk menghadapi kejohanan sukan tahunan yang bakal berlangsung.

Saya berupaya mempelajari bagaimana untuk mengurus murid dalam bilangan ramai dimana semua murid tahun satu, lima dan enam terlibat serentak dalam latihan rumah sukan. Pendekatan serta kaedah dalam melatih murid dalam aktiviti fizikal merupakan suatu pengalaman baharu yang saya pelajari dimana ia merupakan situasi yang berbeza dengan pengajaran dalam bilik darjah.

Saya juga turut berasa gembira dan berbesar hati dengan sumbangan yang saya mampu berikan terhadap rumah Hijau dalam latihan rumah sukan. Secara tidak langsung saya dapat membantu guru yang majoritinya perempuan dalam melicinkan lagi perjalanan latihan rumah sukan dimana saya berpeluang mengendalikan aktiviti pemanasan badan, regangan, konsep serta cara perlaksanaan aktiviti yang bakal dijalankan.

Cadangan / Tindakan

Dalam tempoh menjelangnya sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, saya akan sedaya upaya untuk membantu murid terutamanya yang mewakili rumah Hijau untuk berjaya dalam setiap acara yang dipertandingkan. Latihan serta motivasi yang perlu akan saya cuba terapkan dengan baik.

Saya juga harus memperbaiki teknik penyampaian, penerangan serta kepelbagaian aktiviti bagi menjadikan latihan rumah sukan menjadi suatu aktiviti yang menarik minat murid dan murid mampu memperkembangkan potensi diri mereka tidak hanya terhad dalam akedemik namun juga dalam aktiviti sukan di luar bilik darjah.

Wednesday, February 17, 2010

MAHU MENGAMOK




rasa yang tak dapat nak gambar dengan kata-kata. gua rasa gambar ni dah jelas untuk zahirkan ekspresi emosi situasi gua sekarang. banyak betul ujian datang dalam hidup gua sekarang. semoga allah permudahkan segala urusan gua. amin.






***
astaghfirullahalazim...


Monday, February 15, 2010

INI SOAL RASA HATI GUA.

Buat sekian kalinya perasaan hati gua rasa dicarik-carik lagi; setelah beberapa kali disiat-rabak. Gua kecundang lagi. Gua pun tak tahu kenapa hati gua ni macam kertas tisu tisu muka ke tandas; senang benar cariknya. Kena air pun boleh tiris, apatah lagi disiat-koyak. Gua terkadang tewas, tewas dengan perasaan hati gua sendiri. Kenapa gua masih tak boleh move-on kata bahasa PPSMI, gua pun tak tahu.

Gua sedar, gua ni pemurah, baik hati kata mak gua. Berapa kali orang buat salah besar dengan gua pun, gua tetap maafkan. Gua pasti beri peluang punya. Biarpun kadang-kadang gua kentalkan hati ini; supaya jadi lebih tepu, lebih tegar dan kejam barangkali, tapi hujungnya pasti gua kalah juga.

Kadang-kadang gua senyum; tampal senyum dan ikat muka kata cikgu mata hitam. Tapi dalam sini (tepuk dada kiri) tak semua tahu apa yang gua pendam dalam sini. Sakit dia, luka tak nampak darah. Rasa sayu dia, macam kita berdiri atas bangunan tinggi dan pandang kebawah. Sedih dia, macam menangis paksa keluar air mata yang dah habis. Gua sendiri tak tahu nak definisikan rasa hati gua sekarang macam mana.

Mungkin ada orang cakap, benda macam ini tak payah ambil serius sangat. Benda tak pasti dan jangan mengharap. Betul gua setuju, tapi apa yang kita lihat tak sama apa yang kita rasa. gua tak reti macam mana nak buang rasa yang gua sendiri dah bina dan rasa itu sesuatu yang buat gua rasa bahagia. Dan pula, orang yang buat gua rasa macam tu, boleh wujudkan rasa tu pada orang lain. Pening bukan?

Gua sebenarnya keliru dengan rasa hati gua dan keputusan yang gua ambil. Soal rasa hati ini kadang-kadang boleh buat hidup ini jadi tak tentu arah. Kusut, serabut dan semak samun. Gua pun tak tahu bila masalah KEY EL EM JEY gua ini akan berakhir. Haih..

Jangan sayang gua sebab kasihan dengan hidup gua yang sorrow kata PPSMI. Gua tak perlu simpati dan kasihan orang. Yang gua nak Cuma rasa dicintai seseorang. Seseorang yang boleh terima kekurangan pada diri gua ini. itu je gua minta. ITU SAJA. Tak banyak.



Sunday, February 14, 2010

SEMANGAT NADZAB HIDZAN. lu kenal siapa mamat ni?

malam tadi main futsal sama kawan-kawan yang balik bercuti tahun baru cina. kawan dari sekolah, kawan geng cikgu praktikum, kawan hardcore, kawan jururunding ukur, kawan berniaga jamu obat kuat dan tak ketinggalan kawan blogger.

lama tak kumpul sama, gua tengok semua dah berubah. dari yang tak berambut, dah jadi rambut abang-abang taraf hidup, yang dulu slim sekarang dah mula ada kandungan perut kedepan berlebihan, yang dulu tak pandai main bola dah pandai buat skill macam saiful sabtu, main dengan johor fc tu. dan masih ada yang tak pandai main bola, tetap juga "pengkar".

malam tadi gua main center back. kira macam jaap stam masa main dengan mancester dulu. lama tak main rasa semput semacam. tapi yang seronoknya, gua banyak mematahkan serangan pihak lawan yang rata-rata geng hardcore line up semua.

tapi yang paling gua puas hati, dapat balun mamat ni. gua ada baca blog dia, dia rajin main futsal dekat shah alam. peluang baik. tadi dia main posisi penjaga gol. sekilas macam khairul anuar bekas penjaga gol sabah, cuma dia ni kurang inci dengan rambut tak berapa nak panjang. peluang one-by-one banyak gua manfaatkan dengan 'tuam' bola dekat mamat ni. banyak juga gol di bolos tadi. gua malas cakap banyak. setakat sembang dalam blog main futsal letup-letup gua tak goyang brader. kasi berembat dulu baru cerita lah.

trivia mamat ni:




*pais memberikan alasan makan limau banyak sangat sebagai punca jumlah jaringan yang dilepaskas olenya malam tadi.

nama dia pais mais.
blogger handalan. dia ada blog: klik sini.
dia menyanyi untuk band abnormal psycology, ni hardcore laju-laju jerit marah.
dulu dia main bass dalam band gua, mynightville.
belajar dekat shah haram.
dia pemalu; tapi buat-buat pemalu.
setiausaha bahau krasti punk lorong assosiation.

Thursday, February 11, 2010

CHEGU DAN BELALANG TEMPURNYA.



*gua dengan belalang tempur kesayangan.

bakal pulang ke kampung halaman di serting sebentar lagi. jika anda nampak seperti gambar di atas, di lebuh raya utara selatan menuju ke senawang atau dari senawang menuju ke bahau, sila bunyikan hon tanda sokongan. setiap hon anda penyumbang motivasi kepada penunggang. sekian terima kasih.

kepada abang-abang kereta besar, harap bertimbang rasa dengan penunggang motosikal. tak semua penunggang motosikal tu samseng jalanan ok. gua samseng tadika je. mat rempit mana pakai jacket tampal-tampal macam tu.

jangan rindu-rinduan jadi kenang-kenangan ya!

p/s: gambar 2008, gambar baru belum ambil.