Sunday, October 26, 2008

Modenisasi membunuh budaya kolektif masyarakat kampung.

Aku nak tulis secara santai yang ini. Malam tadi family aku buat kenduri tahlil dan doa selamat untuk kakak sulung aku yang dah selamat graduasi dah ada kerja tetap dan baru beli kereta. Sigh... sedikit cemburu dengan kondisi kakak aku sekarang. Dah mampu sara hidup sendiri dapat lagi hulur kat mak abah aku duit. Baru keja tak sampai setahun dah mampu nak keluar kereta. Untung la kak long dah lepas perit jadi student dah boleh pegang duit sendiri kerja tak perlu risau semua lagi. Setelah selesai kenduri aku terdetik untuk menulis sesuatu. Sekuarang-kurangnya ada jugak modal nak letak dalam blog aku.

Acara masak memasak bermula petangnya. Menu yang mak aku pilih ayam kurma, gulai lemak umbut kelapa, gulai cendawan, ikan masin goring sambal tempoyak dan sambal belacan. Pergh… lama dah tak makan makanan kenduri macam ni. Hidup di kawasan rancangan felda ini, tak perlu nak pakai catering untuk sediakan juadah macam ni. Jiran-jiran terdekat akan datang tolong masak-masak terutamanya mak cik-mak cik sambil masak sambil gossip apa lagi. Yang pakcik-pakcik akan dating tolong pasng khemah dan buat kerja-kerja dapur yang perlukan tenaga lelaki.

Suasana macam ni memang masih lagi berterusan dalam masyarakat kampong aku. Tak tahu lah di tempat kamu macam mana? Tapi yang aku Nampak suasana macam ni mulai terhakis dari sehari ke sehari. Anak-anak muda mulai kurang dalam acara macam ni. Ramai yang berhijrah ke Bandar untuk memenuhi keinginan hidup kota metropolis. Tak kurang jugak yang tak mahu bercampur dengan masyarakat atau menjadi kera sumbang.

Aku tidak mempunyai masalah untuk datang dalam acara-acara macam ni. Bercampur dengan pakcik-pakcik bukan menjadi masalah besar bagi aku. Mungkin sudah terbiasa mengikut abah ke majlis majlis sebegini sejak dari dulu lagi. Bercampur dengan orang tua merupakan suatu pengalaman yang seronok. Banyak cerita dan pengalaman baru dapat kita kutip. Secara tidak langsung hubungan dalam komuniti tu jadi rapat dan jurang usia bukan jadi masalah untuk bergaul.

Aku terkadang merenung masa depan. Apa masihakan ada situasi begini lagi hari mendatang? Atau budaya bergotong royong secara kolektif ini akan musnah dek kemajuan zaman yang semakin hari hanya mementingkan material semata? Ada lagi kah pakcik-pakcik yang melapah daging untuk dimasak dalam kenduri kahwin? Atau makcik-makcik yang mencedok lauk sambil bergosip di dapur kenduri kendara? Dapat kah anak-anak aku nanti untuk bergaul dengan pakcik-pakcik yang umur setara dengan ayah mereka? Huh.. modenisasi menelan budaya kolektif dalam masyarakat!

2 comments:

Anonymous said...

nk rasa duk kampung gak
dah busan duk bandar yg kacau bilau nih

ikhmas_86 said...

huu..owg ske la bce die nyer blog ney...jeles lak tgk smpai rse nk wat gak...huu da jd tren nmpknyer..tp xde idea lew..nnt ntah ape2 lak jdnye..pe pun cayok2..dun u eva stop it..leh gep owg bce time bowink...huwhuw..