Tuesday, October 28, 2008

Nikmat Sesal!


Kelmarin dulu aku baca dalam akhbar, ibu muda mengaku buang bayi, macam tu lah lebih kurang bunyi tajuk berita tu. Terpampang besar gambarnya dengan tangan bergari, menekup muka dengan hoodie hijau menyorokkan malu disebalik pancaran flash kamera wartawan yang cuba menangkap gambarnya. Aku hairan mengapa si perempuan itu sahaja ditangkap. Mana pergi jantan yang membuntingkannya? Jantan itu juga patut dihukum berat!

Mungkin satu negara tahu dan gempar dengan berita macam ini. Tapi bagi aku, benda-benda macam ini bukan lagi suatu yang asing dalam masyarakat negara kita. Seks bebas dan pengguguran bayi secara haram. Akhbar tempatan kita tak pernah sejuk dengan topic ini. Secara tak langsung benda ini bukan perkara taboo dalam masyarakat.

Pada aku, kalau dari moral agamanya, cukuplah dengan dosa berzina yang subhanallah besarnya, ditambah dengan membunuh bayi yang tak berdosa, itu sangatlah bodoh. Aku jadi marah bila react dengan cerita macam ini. Tau nak sedap seronok nikmat menggelepar saja! Tapi dari segi ‘pendidikan’ semuanya kosong! Bodoh! Kadang-kadang orang yang ‘well-educated’ pun tersilap langkah jadi bodoh macam orang yang belajar sekolah tak habis.

Aku sendiri menolak amalan seks sebegini. Untuk nikmat seketika aspek pencegahan selalu tak diambil pusing. Padahnya? Ada yang menyesal tak sudah! Bila setitis air nikmat dah menjadi segumpal darah, ditiup roh ke atasnya dan sedia untuk menjadi penghuni baru dunia ini, ada yang tak mahu ia untuk melihat alam luar dari rahim tempat ia dijadikan. Kejam. Dah jadi janin, tergamak untuk menggugurkannya! Bodoh. Macam-macam cara dibuat untuk menggagalkan kehadiran insan yang tercipta dari kebodohan sendiri. Lagi teruk ada yang dah mengandungkan bayi untuk sembilan bulan, dilahirkan dengan sakit lelah tergamak pula dibunuh. Ditinggalkan ditepi rumah ibadat. Ada yang lagi busuk, bayi yang dibuang mati dan dimakan binatang. Aku memang cukup benci orang yang macam ni. Lagi teruk dari binatang!

Dari pujukan manja, kata-kata manis, janji sumpah setia si jembalang hidung belang, tewas kedua-duanya. Tewas dalam pelyaran lautan dosa. Nikmat hubungan yang penuh dosa sangat seronok! Tapi bila si gadis mula lewat datang haid, pelbagai perkara bermaian difikiran. Mana pergi janji manis si jembalang tanah? Sanggup setia seribu tahun lagi, mana? Melakukannya atas dasar cinta kata mereka. Bodoh! Bila pelbagai perkara datang menghimpit akibat kesilapan sendiri, akal diletakkan di hujung kemaluan mereka! Jadilah seperti yang kita lihat di dada akhbar. Penyesalan begunung-gunung. Air mata berbondong-bondong mengalir. Mula lah mencari tikar sejadah, memohon pertolongan tuhan. Memohon ampun atas dosa besar yang dilakukan. Baru sekarang mengenal tuhan yang lama ditinggalkan. Barulah mengenalbutir-butir tasbih menguntai kalimat-kalimat memuji tuhan di hujung bibir yang selama ini sudah lama ditinggalkan. Barulah menyelak kitab-kitab suci membaca surah yang entah zaman bila ditinggalkan.

Entahlah. Aku sangat emosi bila terbaca berita sebegini. Mana pergi rasa kemanusiaan kita? Membunuh bukan norma kita sebagai manusia! Siapa kita untuk mencabut nyawa orang yang tak berdosa? Apa hak kita untuk menafikan hak janin itu untuk hidup. Janin itu ada hak untuk hidupnya! Hey, cuba kamu fikir jika ini terjadi kepada ahli keluargamu, kawan karibmu atau bekas kekasihmu. jangan hanya tahu menilai dan mencerca . Itu tidak akan membantu mereka! Buatlah sesuatu yang mampu membantu bukan membuntu!

5 comments:

dzulhakim baharom said...

kamu sangat bagus menulis,
keep it up!

mohon doa agar keluarga, sahabat handai, kenalan rapat malahan diri sendiri jauh drpd bahana nauzubillah ciptaan syaitan laknatullah ini,amin..

Anonymous said...

harap2 dijauhkan
amin...

ikhmas_86 said...

junk...dun u eva stop on writing..leh wat buku...seyes...owg ske sume...da bce abis da...

faqhrule said...

terima kasih kak mas..
apa lagi tulis la blog plak

Anonymous said...

seks bebas/ haram adlah idealisme insan durjana yg alpa dengan nikmat percuma...