Semalam aku teman kak long ke Seremban untuk servis Viva 850 baru dia. Semenjak kak long beli kereta aku sentiasa disuruh untuk menjadi penasihat pemandu. Maklumlah orang baru dapat lessen baru pula beli kereta mesti la nak ada penasihat disebelah. Aku sentiasa membebel bila kereta tersenggut-senggut kerana mendaki kawasan berbukit dengan gear yang tinggi. Kak long terpaksa menahan bebelan aku sepanjang perjalanan. Kak long mengeluarkan ayat paku buah keras untuk memberhentikan bebelan aku dengan ayat ni “cakap banyak la kau ni angah. Lesen tak ada ceramah mengalahkan cikgu sekolah memandu”. Erk. Aku betul betul terpaku dengan ayat kak long.
Lepas siap servis kereta, kak long mengajak untuk mengisi perut yang tengah berghazal lapar. Pada aku ini masanya untuk aku paku balik kak long. Dalam kepala, aku terbayang nasi beryani gam, kurma ayam, air jus lemon, pabedum dalca dengan ABC. Memang siap la kak long lepas ni aku order paku baik punya. Tapi semua angan aku musnah bila kak long bawa aku masuk dalam satu restaurant francais multinasional yang bapak kapitalis. Macam mana ni. Aku memang tak belanja duit kau dekat tempat makan macam ni. Kebetulan aku pergi seremban dengan memakai baju sebuah band yang sangat lantang meludah kapitalis keparat koporat dan anti multi nasional punya produk.
Aku
Dalam hati aku tak tahu nak cakap apa sebab ada budak-budak yang memerhati sinis mungkin dari oputfit aku. Peduli la yang penting aku masih pegang perinsip aku. Aku tak spend duit aku dekat syarikat ni. Aku tak consume produk dia. Aku makan dekat sini sebab kak long kau belanja! Mungkin ada yang akan mencemuh, kata atnti tapi makan jugak. Aku makan bukan aku belanja wang aku kat syarikat ni.
Pernah ada yang memerli, lapuk la iedologi orang macam kau. Memang lapuk tapi ini cara aku untuk kurangkan pengaruh kapitalis dalam kehidupan aku. Memang kita tak boleh lari dari cengkaman kapitalis tapi sekurang-kurangnya aku ada cara aku sendiri untuk berbuat sesuatu. Bukan hanya menjilat kapitalis yang semakin hari semakin kaya!
Aku tetap dengan prinsip aku. Mudah. Memang mudah, aku tak belaja duit aku kearah mereka tapi aku tak menolak untuk makan produk mereka. Hahahaha .
Hanya kita dapat pertahankan apa yang kita pegang. Jangan dek kerana salakan anjing liar yang
No comments:
Post a Comment