Wednesday, February 25, 2009

Curiga Tentang Esok..

esok harapnya menjadi suatu hari yang indah buat aku. macam-macam yang aku harapkan dan impikan. sebab esok, hari yang tiap tahun akan buatkan aku rasa aku makin dekat dengan mati.

*engkau rasa cerita macam benjamin button tu boleh jadi ke ha?

Tapi Aku Girang

sebenarnya banyak orang telah hantar tag ini pada aku, cuma aku agak malas melayan. tapi dah banyak kali di cabar-cabar aku pun jawab tag ini. aku tahu orang boleh tipu letak gambar yang bukan dari folder keenam mereka, tapi layankan sajalah.

begini:

The challenge is :

1) go to your picture holder in your computer.
2) go to 6th folder of photos
3) go to 6th picture of that folder
* put the picture on your blog n description of it..





hahaha demmit gambar ni yang keluar. ni gambar aku ambil di cermin dekat blok kediaman bilik kesayangan aku. time ni baru-baru putus cinta dulu. tapi paling aku sayang baju tu.. baju tour band grindcore indonesia, Raja Singha dekat seremban. tapi sayang dah hilang. munkin di 'saw qiu' orang yang jeles dengan koleksi baju hardcore aku.sigh..

* invite six friends to join the challenge..
ramai sangat dah buat tag ni.
malas la nak ajak orang buat benda dah selalu orang buat.

Tuesday, February 24, 2009

Pantun Kechundang.

Pergi ke pantai sambil berlari,
Teluk Kemang tempat menjala;
Malang sungguh nasiblah diri,
Berniat jujur disindir pula.

Sungguh nyaman pantai berangin,
Sambil berehat makan kuaci;
Dahulu suka kini dah benci,
Apa nak buat orang dah benci.

Batu empat bersih pantainya,
Tempat orang memancing pari;
Sebab berjanji ada warasnya,
Malang sekali menjerat diri.

Lagun Biru pantai terkemuka,
Mahsyur namanya sering dipuji;
Banyak sudah hati terluka,
Angkara saya pecundang janji.

Riang sungguh si anak Cina,
Mandi laut di tengah hari;
Banyak sungguh orang menghina,
Biarlah saya mengundur diri.


*punk juga tentang emosi kawan. ini cara baru aku ekspresikan emosi aku. kembali kepada akar. sigh..

Tuesday, February 17, 2009

Mari Berpantun

Setelah agak lama tidak ‘update’ blog kerana agak sibuk dengan kegiatan harian serta tahap malas yang melampau, akhirnya aku tergerak untuk menghasilkan satu entri baru. Baru-baru ini aku menyertai pesta pantun peringkat istitusi pendidikan guru kampus aku. Kerana sudah tiada lain yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, aku secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi pemantun kelas. Tanpa sebarang pencarian maklumat yang khusus ditambah dengan persediaan tahap akhir, pasukan pantun kelas pun turun ke gelanggang pantun bertemu dengan kelas junior pada pusingan awal.

Keputusannya? Sudah diduga. Pasukan kami kalah di tangan junior yang ternyata bukanlah pucuk hijau yang kami sangkakan pada awalnya. Haha. Bukanlah itu yang ingain aku coretkan disini, tapi aku dapat rasakan aku semakin tidak kritis dan puitis dalam mereka prosa klasik sebegini. Mungkin kerana telah terlalu lama ditinggalkan semenjak sekolah menengah dahulu, ataupun kali terakhir aku menyertai aktiviti sebegini hanya pada beberapa tahun yang lepas betul-betul membuatan aku agak lembab dalam mereka pantun dengan kritis, kreatif, puitis dan cantik jasad, roh dan jiwa pantun itu.

Mungkin toksik-toksik dari idealisme pemikiran, bahan audio atau pembacaan resistensi membuatkan aku agak tersiampang jauh dari benda-benda sebegini. Aku bukanlah seorang yang berjiwa sastera, tapi aku ada minat kearah itu. Jadi aku tinggalkan kamu semua dengan pantun dibawah. Kalau rajin atau pandai mwnjawab pantun, silalah beli. Tapi harus puitis tahu?


Hendak ke hutan mencari madu,

Sayang terlupa membawa kunci;

Bila berjauhan terasa rindu,

Bila berjumpa mengapa benci?



Pergi ke kota bawa belati,

Beli petai atas pengkalan;

Janji bercinta sehidup semati,

Mengapa bercerai di tengah jalan?



Hari senja menebang balak,

Ambil mancis nyalakan sumbu;

Bila ketawa terbahak-bahak,

Mengapa menangis tidak berlagu?



Nah. Kalau handal balas pantun diatas. Jangan hanya tahu jawab TAG mengarut sahaja. Cuba sesuatu yang sebegini; sangat seronok sebenarnya. Oh lupa; kamu hanya tahu mencarut memaki sahaja, berpantun mana kamu reti bukan? Sigh…

Tuesday, February 3, 2009

Minta Tolong



aku sudah berjanji dengan seseorang untuk membelikan dvd cerita ini. tapi malangnya puas sudah mencari tapi belum dapat jugak. minta tolong siapa-siapa yang pemurah carikan untuk aku, dan aku akan bayar.. tolong
YOUNG AND DANGEROUS #1..

Pernah Tak?

kamu pernah tak rasa mahu marah. maru bertempik, atau berpekik. kuat! jerit sekuat hati kamu, sambil tangan membuku genggam erat seolah ingin menumbuk? gigi menggetap bibir menggeletar menahan marah yang sangat. adrenalin marah yang amat sangat menguasai diri kamu. kalau diukur dengan warna, mungkin merah menyala menjadi tema. kata-kata yang mungkin keluar dari lisan mungkin menyangkal persepsi orang terhadap kamu; tersentak mendengar hamburan maki, cerca atau seranah.

pernah kamu rasa sebegitu?

*gambar tiada kaitan



Ucapan Penghargaan Untuk Kamu

Ini untuk awak…

Selamat hari ulang tahun persahabatan yang ke-2. Lama kita sudah jadi sahabat bukan? Dua tahun bukan satu jangka masa yang sebentar. Berkenalan dalam ‘Ruang Saya’dengan cuma perlu menambah rakan baru; kita menjadi kawan bukan? Ingat lagi? Saling berbalas komen di ruang tersebut membuatkan kita mula menjadi rakan rapat bukan? Ingat lagi sewaktu waktu-waktu sukar dalam hidup saya sekitika dahulu? Awak datang menjadi penasihat peribadi. Tak jemu memberi inspirasi sepanjang waktu sukar begitu membuatkan saya sedikit goyah dengan anasir negatif. Saya begitu berterima kasih atas bantuan awak dahulu. Besar sangat budi awak pada saya. Kalau tidak saya mesti sudah lama ‘lost edge’ dengan pil dan ubat batuk itu semua bukan?

Awak;

Ingat kita pernah bergaduh dahulu? Agak besar juga. Tidak bertegur sapa. Dendam mungkin barangkali? Menghentam satu sama lain. Ego besar dalam kepala ini sangat sukar dipecahkan. Kalau dapat pun hanya serpihan pipih sahaja dapat saya sendiri kikis. Terima kasih atas banyak berabar dengan karenah saya.

Awak;

Untuk hari-hari mendatang, saya harap kita tetap bersahabat seperti mana yang kita sudah ada sekarang. Mungkin saya bukanlah lelaki terbaik untuk menjadi teman istimewa awak, tapi saya harap saya sahabat paling atas dalam senarai sahabat kamu. Sahabat yang selalu akan cuba menemani awak, mejadi bahu untuk awak menangis, menyambut ketika jatuh, bergantung ketika goyah. Saya gembira mengenali seorang yang baik seperti kamu. Selamat ulang tahun menjadi sahabat!

Pak Cik Fachrule..