Tuesday, April 28, 2009

BAIK. AKU AKAN PERGI JAUH III...

Sudah Rabu pun hari ni.

Beberapa jam dari sekarang.

Aku akan pergi jauh.

Pergi mana?

Pergilah mampus!

SELAMAT TINGGAL SEMUA.

BAIK. AKU AKAN PERGI JAUH II...



















Rabu esok...


aku pergi jauh...

puas hati engkau kan?

takkan jumpa aku lagi sampai bila bila...

dan aku takkan ganggu hidup kau lagi, ya takkan peduli...

jangan kata aku tak pernah bagi peluang untuk sekian kalinya...

harap kau tak salah langkah sampai kau tersungkur buat kali kedua..

jika kau tersungkur jangan cari aku lagi...

baik..

aku pergi dulu...






esok lah rabu!

bukan hari ni..

Monday, April 27, 2009

ABAH LU..



Ni Abah gua, merangkap hero dalam hidup gua. Lu ada abah? Kalau lu ada abah lu, kasi letak gambar dia dalam entri baru lu. amacam berani? oh lupa lu mana sayang abah lu kan?
orang dah tak layan lagu ni. tapi entah kenapa aku tiba-tiba minat pulak. padahal lagu ni dah berhabuk dalam playlist mp3. tapi lantak la orang nak kata aku tak 'atas kepada tarikh' sekali pun aku punya suka lah..

aku malas nak carik link lagu ni, tapi korang boleh carik sendiri lepas tu dengar sendiri.

band: avenged sevenfold
lagu: dear god

* part yang ni gua memang feeling seyh:

Dear God, the only thing I ask of you
Is to hold her when I'm not around, when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her and now I wish I'd stayed
Cause I'm lonely and I'm tired, I'm missing you again oh no
Once again

BAIK. AKU AKAN PERGI JAUH...

Semua orang bercerita tentang emosi sekarang bukan? engkau mual dengan cerita emosional? pergi mati! aku juga begitu sekarang. sangat emosi.dan engkau boleh pergi jahanam dengan hidup engkau. aku tak ambil peduli dengan hidup kau lagi. jadi lah apa yang kau hendak jadi, ikut kata nafsu kau, dan jangan salahkan aku bila kau tersungkur satu hari nanti.

Dan aku dah nekad. aku akan pergi jauh rabu ni. Apa nak jadi jadilah. Orang kata kau lari dari masalah? Lantaklah. Orang kata aku takut hadapi kenyataan? Aku tak peduli. Orang kata aku penakut? Aku berani, sebab itu aku nak pergi jaug Rabu ni. Rabu ni jadi satu lagi sejarah berdarah dalam hidup engkau. tunggulah rabu ni.

Sunday, April 19, 2009

Ada rupa ke?




Ini satu dari beberapa kad yang aku dapat pada hari terakhir disekolah tempoh hari. Hari terakhir sebenarnya pada andangan aku adalah hari dimana seorang cikgu pelatih itu melihat cermin muka pada tangan murid. Maksudnya pada hari ini seorang cikgu pelatih akan melihat sejauh mana murid terkesan dengan pengajaran yang pernah disampaikanya. Adakah murid menyukai guru itu atau sebaliknya.

Jumlah hadiah dari murid kalau dijadikan kayu ukurnya, mungkin hanya satu analogi sejauh mana guru itu popular atau disukai murid. Haha jika itu jadi kayu ukurnya, aku rasakan aku berjaya pada praktikum ini..

Dan sini aku ingin kongsi satu dari hadiah-hadiah yang aku terima. Layankan sajalah!

Chegu Dan Sesuatu


Hai.

Sejahtera semua kamu.

Agak lama tidak mencoret disini. Rindu sungguh pada tulisan-tulisan sampah yang tidak ilmiah di laman ini. Apa khabar kamu orang semua ha? Setelah sebulan dengan praktikal mengajar di SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, aku kembali semula ke ruang lingkup alam hidup aku seperti dulu.

Tiada lagi rancangan pengajaran harian atau bahan bantu mengajar untuk dihasilkan pada lewat-lewat malam. Boleh juga aku kembali untuk mengulit mimpi di awal-awal malam, bukan dinihari seperti sebulan lepas. Huh.

Sebulan sebagai seorang guru praktikum (praktikal mengajar) banyak memberikan aku pengajaran untuk menjalani rutin sebagai seorang guru kelak. Bukan mudah sebenarnya menjadi guru. Bukan seperti yang kamu lihat dari perspektif orang ketiga; guru hanya mengajar dari 7 pagi hingga 2 petang. Silap kawan!

Jadi seorang yang dipanggil cikgu bukan mudah sebenarnya. Macam-macam benda kita perlu tahu. Eh aku tak mahu cerita pasal menjadi seorang guru disini. Cuma aku nak beritahu, aku mula rindu dengan murid-murid sulung aku.


Aku mengajar Kajian Tempatan tahun 4&5. Satu kelas 43 orang, kalau 5 kelas jadinya 215 orang anak murid aku. Macam-macam kerenah aku jumpa. Seminggu aku cuma mengajar sepuluh jam sahaja. Itu pun cukup mencabar bagi aku.


Aku belajar bagaimana untuk memahami dunia mereka, keluarga mereka, emosi mereka, makanan mereka, pandangan mereka, suka dan benci mereka serta bercakap dan berfikir pada aras dan perkembangan mereka. Sebulan ini aku sempat mengajar tentang bagaimana pentingnya menjaga alam sekitar, fungsi rumah kepada manusia, kasih sayang terhadap tumbuhan dan hidupan liar dan kepentingan hidup secara kebersamaan tanpa prejudis. mengajar mereka menjadi seorang moralis. ya moralis!


Kamu paling ingat cikgu siapa pada waktu umur kamu 10 dan 11 tahun dahulu? Mengapa kamu suka pada cikgu itu?