setelah mendengar cerita sebenar dari seorang teman, hati aku jadi panas, mendidih sangat. aku mengambil keputusan drastik! aku setuju mengikut teman-teman yang lain. ini soal maruah! soal jantan! soal dendam! dengan hati penuh dendam membara aku bersama 18 orang teman seperguruan meredah sibuknya arus lebuh raya utara selatan. hati kami tekad dan nawaitu kami bulat! hanya satu tujuan kami. parang sengaja tidak dibawa takut-takut ada sekatan oleh polis. seorang teman beritahu, parang semua telah disediakan di sana.
perjalanan dari tol ukm ke tol ayer keroh tak terasa lama langsung. potong meotong, celah mencelah, selit menyelit berlaku disana sini. semuanya ingin sampai cepat untuk membalas dendam kesumat. dalam kereta semuanya ketat serius! radio sengaja tidak dipasang, penghawa dingin dibiarkan tidak digunakan. cermin tingkap sedikit tidak diinjakan. kesemuanya dirasuk amarah yang dasyat!
Nampak sahaja papan tanda DURIAN TUNGGAL, semua kawan kawan sudah geram. mengetap bibir! buku lima digenggam erat-erat. sesekali ada yang terlalu marah dan menumbuk numbuk bumbung kereta! yang menyumpah seranah tak kurang hebat marahnya. ini semua disebabkan satu perkara yang perlu diselesaikan. apa nak jadi biarlah jadi. alang alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. HUTANG DARAH DIBAYAR DARAH!
AMARAN: KALAU TAKUT JANGAN TENGOK GAMBAR DIBAWAH! NGERI!
* asam pedas ikan pari dengan durian part aku sorang makan dalam pinggan!
lu orang pernah makan aiskrim durian? ni durian freeze kita panggil! bapak sedap!
*ada tiga bakul yang telah dimakan. yang ni je yang tinggal tak dapat dihabiskan lagi!
*gua dengan tuan rumah merangkap anak tuan punya durian. pokok durian 4 batang tapi berbuah dekat 2 lori. sungguh! gua tak tipu. nama je durian tunggal, tapi bersepah je durian dekat sini gua tengok!
*ritual kemuncak penggemar duriancore!
hahaha amacam? terkena tak? tajuk entri ni sebenarnya DURIAN FEST #2. yang #1 dulu aku tak datang. ni kira balas dendam la ni. burppp... alhamdulillah...